Nak buat ujian kehamilan di rumah, tapi tahukah anda cara guna pregnancy test?
Jika salah caranya, maka hasil keputusan ujian anda itu boleh jadi mengelirukan atau false negative atau false positif!
Ramai wanita menggunakan alat ujian kehamilan di rumah sebagai langkah pertama untuk mengesahkan sama ada mereka sedang hamil atau tidak.
Ujian ini boleh dilakukan di rumah dengan mudah, namun hasilnya boleh terjejas sekiranya tidak digunakan dengan betul.
Dalam artikel ini, kita akan bincangkan secara terperinci bagaimana cara menggunakan pregnancy test yang betul, waktu terbaik untuk menggunakannya dan jenis-jenis UPT yang ada di pasaran.
Jom baca!
Apa Itu Pregnancy Test dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Ujian kehamilan atau pregnancy test direka untuk mengesan kehadiran hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dalam air kencing wanita.
Hormon ini dihasilkan oleh plasenta sebaik sahaja embrio melekat pada dinding rahim, biasanya beberapa hari selepas persenyawaan.
Cara guna pregnancy test sebenarnya sangat mudah, namun penting untuk memahami bagaimana alat ini berfungsi.
Terdapat dua jenis utama:
- Ujian jalur (strip test): Anda perlu mengumpul air kencing dalam bekas dan celupkan jalur ke dalamnya.
- Ujian titis atau alat digital: Anda boleh menitis atau menyalurkan air kencing terus ke atas alat menggunakan alat khas atau terus ke muncung ujian.
Kebanyakan pregnancy test akan menunjukkan hasil dalam masa 1–5 minit.
Keputusan biasanya muncul dalam bentuk satu atau dua garis, simbol tambah, atau dalam alat digital – dengan perkataan “pregnant” atau “not pregnant”.
Bila Boleh Check Pregnancy Test Selepas Bersama?

Selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan, anda tidak boleh terus buat pregnancy test keesokan harinya kerana proses persenyawaan dan implantasi mengambil masa.
Biasanya, persenyawaan berlaku dalam masa 24 jam selepas ovulasi, dan implantasi (di mana embrio melekat pada dinding rahim) berlaku 6 hingga 12 hari kemudian.
Hanya selepas implantasi, hormon hCG mula dihasilkan dalam badan.
Oleh itu, waktu terbaik untuk check pregnancy test adalah selepas 14 hari daripada tarikh ovulasi, atau lebih mudahnya, sehari selepas haid sepatutnya datang.
Jika anda tidak pasti tarikh ovulasi, tunggu kira-kira dua minggu selepas hubungan intim baru buat ujian.
Ini akan meningkatkan ketepatan keputusan dan mengelakkan keputusan negatif palsu.
Jangan lupa gunakan air kencing pertama pagi dan elakkan minum air terlalu banyak sebelum ujian kehamilan berlangsung.
Ini kerana, ia boleh mencairkan hormon hCG dalam air kencing.
Cara Guna Pregnancy Test yang Betul Langkah demi Langkah

Untuk memastikan ketepatan keputusan, berikut adalah cara guna pregnancy test yang betul berdasarkan panduan umum dan saranan pengeluar:
Cara Guna Pregnancy Test #1: Pilih Masa yang Sesuai
Waktu terbaik adalah seawal hari pertama haid berikutnya sepatutnya datang.
Gunakan air kencing pertama pagi kerana ia mengandungi kepekatan hCG yang lebih tinggi.
Langkah 2: Baca Arahan Penggunaan
Setiap jenama pregnancy test mungkin sedikit berbeza, jadi baca dan fahami arahan yang diberikan pada pembungkusan atau risalah.
Pastikan anda membaca arahan penggunaan dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan ketepatan keputusan.
Cara Guna Pregnancy Test #3: Sediakan Keperluan
- Pregnancy test kit
- Bekas bersih (jika perlu menadah air kencing)
- Timer atau jam tangan
- Tisu atau kain lap
Langkah 4: Lakukan Ujian
Cara menggunakan pregnancy test strip atau jalur adalah dengan celupkan ke dalam air kencing selama 5–10 saat.
Jika menggunakan alat digital, tadahkan di bawah aliran air kencing selama 5 saat atau gunakan dropper.
Langkah 5: Tunggu Keputusan
Letakkan alat pada permukaan rata dan tunggu 1–5 minit.
Jangan terus baca keputusan pada kit atau jalur kerana ia boleh memberikan positif palsu.
Tunggu beberapa minit selepas ujian kehamilan dibuat, barulah anda boleh lihat keputusan sebenar.
Cara Guna Pregnancy Test #6: Baca Keputusan
- 1 garisan: Tidak hamil
- 2 garisan: Hamil
- Tiada garisan langsung: Ujian tidak sah, perlu ulang semula.
Cara guna pregnancy test yang betul bukan sahaja menjamin keputusan yang lebih tepat, tetapi juga mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan tidak perlu.
Contoh Pregnancy Test Positif
Contoh pregnancy test positif biasanya ditunjukkan dengan dua garisan jelas pada alat ujian, simbol tambah (“+”), atau paparan digital yang menulis “Pregnant”.
Walaupun jenis dan jenama pregnancy test berbeza, namun tanda-tanda positif biasanya konsisten.
Sebagai contoh, bagi ujian jalur, satu garisan kawalan (C) akan muncul untuk memastikan ujian berfungsi, manakala garisan kedua (T) menunjukkan kehamilan.
Jika kedua-dua garisan kelihatan – walaupun garisan T agak samar – ia dikira sebagai keputusan positif.
Bagi pregnancy test digital pula, keputusan lebih mudah difahami kerana paparan akan terus menunjukkan “Pregnant” tanpa perlu menilai garisan.
Ketepatan hasil bergantung kepada waktu ujian dilakukan dan cara penggunaannya.
Untuk hasil terbaik, gunakan air kencing pertama pagi dan baca keputusan dalam masa yang disyorkan (biasanya 1–5 minit).
Sekiranya anda mendapat keputusan positif, langkah seterusnya ialah membuat janji temu dengan doktor untuk pengesahan melalui ujian darah atau imbasan.
Ini penting bagi memastikan kehamilan berlangsung dengan sihat dan memulakan penjagaan pranatal yang lancar seawal mungkin.
Kesilapan Lazim Semasa Anda Buat Cara Guna Pregnancy Test

Ramai wanita melakukan kesilapan kecil yang boleh menyebabkan keputusan tidak tepat.
Antara kesilapan paling biasa berkaitan cara guna pregnancy test termasuklah:
a. Melakukan ujian terlalu awal
- Ujian kehamilan yang dibuat sebelum tarikh haid seterusnya, mungkin belum dapat mengesan hormon hCG.
b. Tidak gunakan air kencing waktu pagi
- Air kencing yang dicairkan (minum terlalu banyak air sebelum ujian) boleh menyebabkan keputusan samar.
c. Baca keputusan terlalu awal atau terlambat
- Waktu membaca hasil keputusan juga sangat penting, jadi sila ikut masa yang ditetapkan.
d. Guna ujian kehamilan yang sudah tamat tempoh
- Pregnancy test yang luput tarikh boleh memberikan hasil tidak sah.
e. Tidak Simpan kit/ jalur ujian kehamilan dengan Betul
- Simpan dalam tempat kering, jauh daripada haba dan cahaya.
Mengelakkan kesilapan ini sangat penting agar cara guna pregnancy test memberi hasil yang tepat dan meyakinkan.
Bila Waktu Terbaik Buat Pregnancy Test?
Mengetahui waktu terbaik untuk melakukan ujian kehamilan adalah kunci utama kejayaan dalam cara guna pregnancy test.
Waktu terbaik adalah selepas anda terlepas hari haid yang sepatutnya datang.
Anda boleh mula membuat ujian kehamilan seawal hari pertama haid sepatutnya datang, iaitu sekitar 14 hari selepas ovulasi.
Ini kerana, hormon hCG (human chorionic gonadotropin), yang dikesan oleh pregnancy test, biasanya hanya dapat dikesan selepas implantasi berlaku – lebih kurang 6–12 hari selepas persenyawaan.
Untuk keputusan paling tepat, lakukan ujian menggunakan air kencing pertama pada waktu pagi kerana ia mengandungi kepekatan hCG yang paling tinggi.
Sekiranya ujian dilakukan terlalu awal, ada risiko untuk anda mendapat keputusan negatif palsu walaupun sebenarnya sudah hamil.
Oleh itu, jika keputusan pertama negatif tetapi haid masih belum tiba selepas beberapa hari, anda digalakkan ulang semula ujian selepas 2–3 hari.
Gunakan pregnancy test kit yang sensitif dan sah dari farmasi.
Jadi, ini ringkasannya jika persoalan mengenai bila waktu terbaik buat pregnancy test.
Hari Selepas Ovulasi
- Hormon hCG mula dihasilkan 6–12 hari selepas ovulasi.
Selepas Haid Lewat
- Ujian lebih tepat dilakukan pada hari pertama haid yang lewat atau beberapa hari selepasnya.
Waktu Pagi
- Gunakan air kencing pertama pagi kerana ia paling pekat dan mampu kesan hCG dengan lebih jelas.
Ujian Ulang (Jika Keputusan Samar)
- Jika keputusan tidak jelas, ulang semula ujian selepas 48–72 jam.
Ujian kehamilan yang dilakukan terlalu awal mungkin menunjukkan negatif palsu walaupun anda sebenarnya hamil.
Jadi, fahami masa yang tepat dalam cara guna pregnancy test sangat penting.
Jenis Pregnancy Test di Pasaran & Ketepatan Keputusan
Kini, terdapat pelbagai jenama dan jenis pregnancy test kit yang boleh didapati di farmasi, dengan pelbagai tahap sensitiviti dan harga.
Jenis-Jenis Alat Ujian Kehamilan :
- Strip Ujian Standard
- Harga paling murah.
- Perlu tadah air kencing.
- Alat Digital
- Paparan perkataan seperti “Pregnant”.
- Lebih mahal, tetapi senang dibaca.
- Midstream Test
- Tadah terus di bawah aliran air kencing.
- Praktikal untuk digunakan di luar rumah.
- Early Detection Test
- Boleh digunakan 6 hari sebelum haid lewat.
- Sangat sensitif terhadap hCG.
Ketepatan:
- Ketepatan mencecah 97–99% apabila digunakan dengan betul.
- Cara guna pregnancy test yang salah seperti waktu tidak sesuai atau cara penggunaan tidak tepat boleh menurunkan ketepatan kepada bawah 85%.
Kesimpulan
Cara guna pregnancy test yang betul bukan sahaja memberi keputusan yang tepat, malah membantu wanita memahami tubuh mereka dengan lebih baik.
Penggunaan ujian kehamilan dengan cara yang betul termasuk memilih masa yang sesuai, menggunakan jenis ujian yang tepat, serta membaca keputusan dalam tempoh yang disarankan adalah kunci utama.
Dalam dunia yang serba moden ini, ujian kehamilan boleh dilakukan dengan mudah di rumah tanpa perlu ke klinik, tetapi kebergantungan kepada ketepatan hanya akan tercapai apabila arahan diikuti sepenuhnya.
Ingat, jika ada keraguan terhadap keputusan ujian, langkah terbaik adalah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan lanjut.
Jika anda baru pertama kali mencuba pregnancy test, pastikan anda membeli kit yang berkualiti dan sah dari farmasi berdaftar.




