Wanita TTC pernah tak tiba-tiba nampak garisan OPK makin terang walaupun dah lepas waktu subur? Mesti terus rasa “Eh, aku mengandung ke ni?”

Tambah pula rasa tak sedap badan, payudara bengkak, perut kejang. Memang automatik rasa teruja. Tapi tunggu dulu, ramai terkeliru fungsi OPK dengan pregnancy test (UPT).

Memang ada kes di mana hormon hamil (hCG) ‘terbaca’ dekat kit OPK sebab struktur molekul dia hampir sama dengan LH. Tapi itu bukanlah cara yang tepat.

Bila terlampau berharap dekat OPK dan period tiba-tiba muncul, emosi boleh down sebab kecewa.

Cara OPK Berfungsi dan Hubungannya Dengan Kehamilan

Sebenarnya, nak faham kenapa OPK boleh bertukar positif, ibu kena tengok cara dia kerja dulu.

Fungsi asal OPK ni simple sahaja itu mengesan hormon LH (Luteinizing Hormone). Bila garisan terang, maksudnya telur bakal keluar dalam masa 24 ke 36 jam. Haa, masa ni lah waktu terbaik untuk anda ‘bersama’ suami!

Tapi kalau ditakdirkan persenyawaan menjadi, badan mula rembes hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) iaitu hormon kehamilan.

Struktur hCG dengan LH ni rupa dia nak dekat sama. Jadi, strip OPK boleh tersalah anggap hCG tu sebagai LH. Sebab tu timbul kes OPK positif tapi rupanya tak hamil langsung. Kadang hormon LH memang boleh melonjak lagi-lagi kalau ada PCOS atau kitaran period berterabur.

Adalah lebih baik untuk anda tidak bergantung pada OPK semata-mata. Perhati juga isyarat badan lain, contohnya kerap kencing atau perut mula rasa mengeras.

opk positif tanda hamil
OPK positif tanda mengandung boleh berlaku kerana hormon hCG meniru hormon LH dalam badan.

Kenapa OPK Positif Walaupun Lewat Haid?

Salah satu sebab ramai percaya OPK positif tanda mengandung ialah bila alat masih menunjukkan dua garisan gelap selepas haid tak datang.

Dalam keadaan ini, ada dua kemungkinan besar:

  1. Anda memang hamil. Hormon hCG mula meningkat selepas implantasi menyebabkan OPK membaca “positif palsu” kerana hCG menyerupai LH.
  2. Anda tidak hamil. Kadang-kadang, OPK positif tapi tidak hamil berlaku sebab hormon LH masih tinggi selepas ovulasi atau alat test terlalu sensitif.

Kalau situasi ini berlaku, jangan terus panik atau terlalu berharap. Buatlah ujian kehamilan selepas 2 hingga 3 hari untuk sahkan. Kalau masih samar, ulang semula test pada hari ke-5 selepas haid sepatutnya datang.

Perbezaan OPK Positif Sebab Ovulasi vs OPK Positif Tanda Hamil

Ramai keliru antara OPK positif tanda hamil dengan ovulasi biasa. Cuba perhatikan perbezaan di bawah:

PerkaraKetika OvulasiKetika Hamil
Waktu ujianHari ke-12 hingga ke-16 kitaranSelepas ovulasi, 7 hingga 10 hari
Hormon utamaLH meningkathCG meningkat
HaidDatang seperti biasaTidak datang
Simptom badanLendir subur, suhu naikRasa loya, payudara tegang, kerap kencing
Hasil UPTNegatifPositif

Kalau ibu kerap kencing, ia mungkin tanda awal mengandung sebab rahim dah mula membesar dan menekan pundi kencing. Sama juga kalau rasa perut macam tegang atau mengeras. Benda ni biasa berlaku sebab perubahan hormon awal kehamilan dan rahim yang meregang.

Sebab tu kalau garisan OPK masih pekat lepas waktu subur, pastu badan pulak mula rasa lain dengan rasa pening kepala, ada kemungkinan besar jawapannya memang positif hamil!

Tapi kalau ibu langsung tak ada simptom apa-apa, garisan OPK tu mungkin just garisan ‘palsu’ atau hormon LH melonjak sekejap.

OPK positif tanda hamil
OPK positif tanda mengandung ke?

OPK Positif Tanda Hamil

Selain bergantung pada kit ujian, badan ibu sebenarnya cepat menunjukkan perubahan bila hamil. Kalau garisan OPK kekal pekat dan memang ada rezeki mengandung, selalunya tanda-tanda ni akan mula muncul:

  • Kerap ke tandas. Hormon progesteron dan hCG (Human Chorionic Gonadotropin) tengah meningkat buatkan aliran darah ke buah pinggang makin laju.
  • Pening dan cepat penat. Perubahan hormon awal ni boleh buat tekanan darah drop sikit. Sebab tu anda mudah rasa penat, melayang atau nak baring je.
  • Perut rasa tegang. Kalau rasa perut keras atau kembung, itu tanda rahim mula mengembang dan otot perut tengah menyesuaikan diri untuk persediaan pembentukan janin.
  • Suhu badan maintain tinggi. Bila Basal Body Temperature (BBT) terus tinggi melepasi 14 hari lepas ovulasi, itu memang petanda kuat.
  • Loya dan payudara ngilu. Rasa mual-mual dan buah dada sensitif bila tersentuh ni juga tanda hormon hCG makin aktif.

Tanda Tanda Hamil Yang Lain

Ramai wanita mula tertanya-tanya tentang tanda tanda hamil seawal beberapa hari selepas ovulasi, terutamanya bagi yang sedang TTC dan peka dengan perubahan tubuh.

1. Haid Lewat Atau Tidak Datang

Haid yang lewat daripada kitaran biasa sering menjadi salah satu antara tanda tanda hamil. Ini berlaku apabila hormon kehamilan mula meningkat dan menghalang proses haid daripada berlaku seperti biasa.

2. Keputihan Lebih Banyak Daripada Biasa

Tanda tanda hamil yang lain adalah keputihan lebih banyak daripada biasa. Keputihan boleh menjadi lebih jernih, cair dan tidak berbau berbanding kebiasaan. Ini berlaku akibat peningkatan hormon estrogen yang membantu melindungi rahim daripada jangkitan.

3. Deria Bau Jadi Lebih Sensitif

Tanda tanda hamil yang lain adalah deria bau yang lebih sensitif. Bau tertentu seperti makanan, minyak wangi atau asap boleh menyebabkan rasa tidak selesa.

Ini merupakan reaksi normal tubuh terhadap hormon kehamilan yang semakin meningkat.

4. Rasa Sakit Atau Kejang Di Bawah Perut

Tanda tanda hamil yang lain adalah sakit yang ringan atau rasa kejang di bahagian bawah perut. Rasa mencucuk atau kejang ringan di bahagian bawah perut boleh berlaku tanpa pendarahan.

Ia biasanya berkait dengan proses implantasi embrio pada dinding rahim.

Bila Waktu Sesuai Buat Ujian OPK Selepas Ovulasi?

Soalan paling kerap: “Berapa hari OPK akan positif?”

Jawapannya OPK akan positif 1 hingga 2 hari sebelum ovulasi, dan biasanya negatif selepas telur dilepaskan. Tapi kalau kekal positif selepas 7 hingga 10 hari, itu boleh jadi OPK positif tanda hamil.

Namun, ada juga kes OPK positif tapi tidak hamil kerana bacaan LH tak stabil. Jadi kalau anda nak guna OPK untuk kesan kehamilan, buatlah ujian setiap hari pada waktu sama, elak minum air terlalu banyak sebelum test dan catat hasil untuk bandingan.

opk positif tanda hamil
Berapa hari OPK akan positif?

Cara Elak Salah Tafsir Keputusan OPK

Untuk elak salah faham antara opk positif tanda hamil dan ovulasi biasa, ikut langkah ini:

  1. Buat ujian pada masa sama setiap hari.
  2. Elak minum air 2 jam sebelum test.
  3. Gunakan cahaya semula jadi untuk baca warna garisan.
  4. Catat tarikh dan masa ujian.
  5. Buat UPT selepas 2-3 hari OPK kekal positif.

Kalau keputusan masih keliru, ibu kena ingat bahawa OPK hanya alat sokongan. Hanya UPT dan ujian darah boleh sahkan kehamilan sebenar.

Bila Patut Jumpa Doktor?

Kalau anda dah seminggu haid lewat dan opk positif tanda hamil tapi UPT masih negatif, elok berjumpa doktor. Mungkin ada sebab hormon lain seperti PCOS, cyst atau masalah ovulasi.

Doktor boleh buat ujian darah beta-hCG untuk sahkan kehamilan lebih tepat.

Cara TTC Dengan Betul

Menurut Dr. Atikah Fauzi, bila setiap kali wanita TTC datang period, mesti anda rasa kecewa, kan?

Bagi anda yang rasa putus asa tiap kali datang period dan tiada harapan untuk mengandung, ada perkara yang boleh membantu perjalanan TTC iaitu kena amalkan folic acid sebab benda ni penting untuk prepare rahim kita.

Lepas tu, cuba ambil vitamin D3 1000 IU untuk bantu stabilkan hormon. Jangan lupa juga untuk makan ubat subur selepas jumpa doktor supaya doktor boleh pantau dos yang betul.

Kalau ada masalah PCOS, pastikan ikhtiar rawat sekali. Last but not least, cuba turunkan berat badan 10% dalam 3 bulan sebab cara ni terbukti sangat membantu naikkan peluang kehamilan.

UPT Negatif Tapi Period Lewat

Berdasarkan perkongsian daripada Dr. Raihana Ismail, period 5 hari tetapi UPT negatif tidak bermakna ibu tidak mengandung. Ini disebabkan oleh hormon hCG masih terlalu rendah untuk dikesan.

Anda dinasihatkan tidak terburu-buru melakukan scan kerana keputusan awal mungkin masih kosong atau rahim kelihatan tebal (yang boleh menjadi tanda nak period atau hamil awal).

Jika tiada simptom mengandung, tunggu 48 hingga 72 jam lagi dan repeat UPT menggunakan first morning urine untuk hasil yang lebih tepat. Namun, jika sudah lewat seminggu dan UPT tetap negatif, barulah anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan melalui ujian darah beta hCG atau ultrasound.

Adalah lebih baik untuk tidak membuat kesimpulan terburu-buru kerana lewat period tidak semestinya mengandung dan UPT negatif juga belum tentu bermaksud tidak hamil.

Kesimpulan

Kesimpulannya, OPK positif tanda hamil boleh berlaku bila hormon hCG menyerupai LH tapi tak semua keputusan positif bermakna mengandung.

Kadang-kadang OPK positif tapi tidak hamil pun boleh berlaku kerana faktor hormon. Kalau anda tertanya “Berapa hari OPK akan positif?”, biasanya 1 hingga 2 hari sebelum ovulasi.

Dan kalau anda alami tanda-tanda seperti adakah kerap kencing, pening atau perut mengeras, besar kemungkinan badan anda sedang memberi tanda awal kehamilan.

Namun untuk pastikan betul-betul, buatlah UPT atau jumpa doktor untuk pemeriksaan. Rasa artikel ini bermanfaat untuk geng TTC? Jangan lupa share artikel ini dekat kawan-kawan, group WhatsApp atau komuniti ibu-ibu yang lain.

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

9 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Will my ovulation test be positive if I’m pregnant?
  2. Ovulation predictor kits (OPK)
  3. Ovulation home test
  4. Will an Ovulation Test Be Positive If Pregnant?
  5. Can an ovulation test detect pregnancy?
  6. Can an ovulation test detect pregnancy: Here’s what you may want to know
  7. Tanda-Tanda Awal Kehamilan: Gejala Utama yang Perlu Diperhatikan
  8. Tanda-Tanda Awal Kehamilan: 12 Simptom Awal Hamil Yang Ramai Wanita Perasan
  9. 7 Tanda Awal Kehamilan vs Senggugut (PMS): Cara Beza

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.