Bila masuk usia 30-an dan mula merancang nak hamil, soalan pasal kualiti telur selalunya mula terlintas dalam fikiran. Mana taknya, faktor umur memang memainkan peranan besar. Semakin bertambah usia, paras bahan semula jadi seperti Coenzyme Q10 (CoQ10) dalam badan akan berkurangan, lalu menjejaskan tenaga sel telur.

Sebab itulah ramai ibu atau bakal ibu mula cari tahu pasal suplemen ini. Jom kita fahami bagaimana CoQ10 bertindak, cara makan yang betul serta penyerapannya bersama nutrisi lain seperti Vitamin D3.

CoQ10 Untuk Apa? Kenapa Sangat Penting Untuk Kesuburan?

Ramai hanya tahu CoQ10 sebagai “vitamin tenaga”, tapi sebenarnya CoQ10 mempunyai fungsi jauh lebih penting, khususnya untuk sistem pembiakan wanita. Mari lihat CoQ10 untuk apa sebenarnya dan apa kebaikan coq10 untuk kesuburan wanita.

Kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita #1. Menghasilkan tenaga untuk sel

CoQ10 penting dalam proses menghasilkan tenaga di dalam mitokondria (tempat penghasilan tenaga dalam sel). Telur wanita memerlukan tenaga yang sangat tinggi untuk berfungsi, membahagi dan berkembang. Bila CoQ10 rendah, telur ikut jadi “lemah”.

#2. Lindungi sel daripada ‘oxidative stress’

Oxidative stress berlaku bila badan mengalami keradangan atau pendedahan radikal bebas. Ini menyebabkan DNA sel mudah rosak. CoQ10 bertindak sebagai antioksidan kuat yang melindungi telur daripada kerosakan.

Kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita #3. Melambatkan penuaan sel

Bila usia makin meningkat, paras CoQ10 makin menurun, jadi kualiti telur pun menurun. Suplemen CoQ10 membantu menambah semula tenaga dan perlindungan sel untuk telur kekal sihat lebih lama.

Pendek kata, kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita sangat ketara kerana ia menyokong tenaga telur, melambatkan penuaan dan menguatkan struktur DNA.

Manfaat Q10 Untuk Wanita Yang Sedang Merancang Kehamilan

kebaikan coq10 untuk kesuburan wanita
Manfaat CoQ10 untuk wanita yang sedang merancang kehamilan.

Bahagian ini kita fokus lebih khusus kepada manfaat Q10 untuk wanita, terutamanya yang sedang TTC (Trying to Conceive).

#1. Tingkatkan kualiti telur (egg quality)

Ini kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita nombor satu yang membuatkan ramai ambil vitamin ini. Telur yang berkualiti tinggi lebih mudah disenyawakan dan lebih tinggi peluang menjadi embrio yang sihat.

Kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita #2. Membantu keseimbangan hormon

CoQ10 membantu mengurangkan keradangan dan menyokong sistem endokrin. Bila hormon lebih stabil, kitaran haid pun lebih teratur. Jadi ini sangat membantu wanita yang cuba hamil.

#3. Manfaat Q10 untuk wanita: Menyokong kesuburan wanita berusia 30-40 tahun

Semakin meningkat umur, semakin perlahan penghasilan tenaga dalam telur. CoQ10 membantu “boost” tenaga sel kepada tahap lebih optimum. Banyak kajian menunjukkan pengambilan CoQ10 sebelum IVF atau IUI meningkatkan kadar kejayaan.

#4. Mengurangkan risiko telur rosak

Telur rosak (poor egg quality) atau masalah kromosom sering berlaku akibat faktor umur. CoQ10 bertindak sebagai pelindung kepada DNA dalam telur.

Kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita #5. Menyokong metabolisme ovari

Ovari memerlukan tenaga tinggi untuk ovulasi setiap bulan. CoQ10 membantu proses pematangan telur dan menjadikan ovulasi lebih stabil.

Semua manfaat ini berkait rapat dengan kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita yang menjadi tumpuan kita dalam artikel ini.

Panduan & Tips Pengambilan CoQ10 Agar Lebih Berkesan

Suplemen dah ada di tangan, tapi macam mana cara makan yang betul? Kalau tersalah gaya pengambilan, rugi pula sebab khasiatnya tak dapat diserap sepenuhnya oleh badan.

Nah, ini beberapa panduan praktikal yang boleh anda amalkan:

  1. Nikmati bersama hidangan berlemak sihat. CoQ10 jenis larut lemak. Jadi, elok ambil terus selepas makan hidangan yang ada lemak baik seperti telur, avokado, atau ikan untuk bantu penyerapan optimum.
  2. Garis panduan dos mengikut umur
    • Bawah 30 tahun: 100-200 mg sehari
    • 30 hingga 40 tahun: 200-300 mg sehari
    • 40 tahun ke atas: 300-600 mg sehari (Nota: Jika anda sedang menjalani persediaan IVF, dapatkan kepastian dos daripada doktor terlebih dahulu).
  3. Pilih waktu pagi atau tengah hari sebab CoQ10 merangsang penjanaan tenaga sel, terbaik makan awal siang. Elakkan ambil waktu malam kalau tak nak tidur terganggu.
  4. Pertimbangkan jenis Ubiquinol. Ada dua bentuk di pasaran: Ubiquinone (biasa) dan Ubiquinol (penyerapan lebih tinggi). Walaupun harga Ubiquinol agak keras sikit tapi ia lebih mudah diproses oleh badan.
  5. Beri masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Proses mematangkan telur makan masa sekitar 90 hari. Sebab tu kena disiplin makan sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut untuk lihat hasilnya.
kebaikan coq10 untuk kesuburan wanita
Makan suplemen CoQ10 bersama makanan berlemak seperti avokado untuk keberkesanan lebih tinggi.
@dr.rozierazali

jika saya sukar hamil, as wanita,perlukah saya ambil supplement coq10 doktor? #coq10 #ttccommunity #ttc #CapCut

♬ Dj Kancingan Meluncur Ke Tkp Bilang Pa Mama Mantu (Remix) – Bulan Sutena

Jenama CoQ10 Terbaik

Ramai tanya: “Jenama CoQ10 terbaik yang patut saya beli?” Jawapannya bergantung kepada bajet dan bentuk CoQ10 yang anda perlukan. Berikut ciri jenama CoQ10 terbaik:

1. Menggunakan Ubiquinol

Ini bentuk CoQ10 yang paling mudah diserap dan paling sesuai untuk kesuburan.

2. Ada third-party testing (USP / NSF)

Suplemen yang berkualiti mesti menjalani ujian pihak ketiga untuk memastikan ketulenan dan keselamatan.

3. Tiada bahan tambahan meragukan

Elakkan produk yang mengandungi pewarna, pengawet atau campuran bahan tidak perlu.

4. Softgel lebih mudah diserap

CoQ10 dalam bentuk minyak lebih baik daripada tablet biasa.

Contoh jenama popular (sekadar contoh, bukan promosi):
• Kaneka Ubiquinol (antara yang paling disyorkan).
• Doctor’s Best.
• Solgar.
• Blackmores CoQ10.

Anda bebas memilih jenama mana asalkan memenuhi ciri-ciri kualiti. Yang penting, manfaatnya tetap sama iaitu membantu kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita.

Boleh dapatkan suplemen CoQ10 di sini.

Pengalaman Perkongsian Dari Komuniti Ibu-ibu

Menerusi carian di komuniti Facebook Group Ikhtiar Hamil TTC Malaysia (RASMI), ramai ibu yang tampil berkongsi pengalaman peribadi masing-masing apabila ditanya mengenai tindak balas serta keberkesanan pengambilan CoQ10 ini:

  • “Ikhtiar 3 tahun, akhirnya lekat…” Setakat ini memang tiada sebarang kesan sampingan. Saya amalkan baru sebulan, alhamdulillah terus lekat selepas 3 tahun ikhtiar (TTC). Saya ambil CoQ10 ini pun atas saranan doktor. Apa-apa pun seeloknya rujuk doktor dahulu sebab setiap masalah ada rawatan yang berbeza.”
  • “Penting untuk semak dos terlebih dahulu…”“Puan perlu pastikan dos yang diambil itu bersesuaian dengan keperluan badan sendiri.”
  • “Persediaan seawal 3 bulan…”“Saya amalkan seawal 3 bulan sebelum merancang nak hamil untuk anak kedua hari itu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.”
  • “Kitaran haid dan ovulasi jadi lebih teratur…”“Saya amalkan atas cadangan doktor juga sebab faktor umur. Setakat ini tiada sebarang kesan sampingan. Malah setiap bulan haid datang mengikut masa dan waktu ovulasi pun tepat. Saya pernah berjaya hamil 3 kali sepanjang mengamalkan CoQ10 ini.”

Perlu Ke Ambil Vitamin D3 Sekali Dengan CoQ10?

Rupanya selain CoQ10, ramai juga ibu yang terlepas pandang soal Vitamin D3. Padahal, gabungan dua nutrisi ini bagus untuk persediaan rahim dan sel telur anda.

Ini antara sebab kenapa Vitamin D3 selalu disarankan sekali:

  1. Bantu tingkatkan kualiti telur. Bila badan cukup Vitamin D, proses pematangan telur dan kitaran ovulasi biasanya jadi lebih teratur dan stabil.
  2. Sokong fungsi hormon progesteron. Hormon ini penting untuk menebalkan dan menyediakan dinding rahim. Tanpa progesteron yang stabil, susah untuk proses implantasi penempelan janin berlaku.
  3. Tingkatkan peluang hamil. Tak kira mencuba secara semula jadi atau melalui fasa IVF, kajian ada menunjukkan wanita yang paras Vitamin D cukup ada peratusan kehamilan lebih baik.
  4. Bantu kawal simptom PCOS. Rata-rata wanita yang ada PCOS didapati kurang Vitamin D. Ambil suplemen ini sikit sebanyak bantu sensitiviti insulin dan melancarkan semula ovulasi.

Bila gabungkan CoQ10 (untuk tenaga sel telur) dan Vitamin D3 (untuk hormon serta rahim), memang lengkap ikhtiar kesuburan anda.

kebaikan coq10 untuk kesuburan wanita
Pengambilan vitamin D membantu meningkatkan peluang kehamilan.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, kebaikan CoQ10 untuk kesuburan wanita memang sangat banyak terutama untuk membantu wanita berumur 30-40 tahun mempunyai peluang kehamilan lebih tinggi. Jika anda cuba hamil sama ada secara natural atau melalui rawatan IVF/ IUI, CoQ10 adalah antara suplemen paling baik untuk dipertimbangkan.

Digabungkan pula dengan vitamin D3 untuk kesuburan, kesannya akan jadi lebih menyeluruh. Badan kita perlukan masa untuk memperbaiki telur, jadi jangan putus asa!

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

7 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Does coenzyme Q10 supplementation improve fertility outcomes in women undergoing assisted reproductive technology procedures? A systematic review and meta-analysis of randomized-controlled trials
  2. Exploring the protective effects of coenzyme Q10 on female fertility
  3. CoQ10 shows promise in boosting female fertility by reviving aging eggs
  4. Exploring the protective effects of coenzyme Q10 on female fertility
  5. Coenzyme Q10
  6. Manfaat pengambilan co0-enzyme q10
  7. CoQ10 untuk Kualiti Telur: Adakah Ia Berkesan? Bukti Terkini

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.