Bila dah berbulan-bulan mencuba tapi UPT masih menunjukkan satu garis, terus-terang rasa risau itu mesti mula datang, kan? Mesti timbul tanda tanya dalam fikiran sama ada benih yang dilepaskan itu benar-benar “sampai” ke dalam rahim atau sebaliknya.

Sebenarnya, proses persenyawaan ini nampak je mudah, tapi laluannya agak mencabar untuk sel sperma. Kalau ada halangan di separuh jalan, memang sukar untuk kehamilan berlaku.

Jom kita fahami apa yang berlaku di dalam tubuh dan apa petanda sebenar serta ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim yang perlu suami isteri ambil tahu.

Perjalanan Benih Suami: Bagaimana Sperma Bergerak ke Rahim?

Sebelum risau tentang peratus kejayaan air mani masuk ke dalam rahim, jom fahami dulu bagaimana sperma bergerak di dalam tubuh wanita. Waktu ejakulasi berlaku, jutaan sperma dilepaskan ke dalam faraj. Tapi jangan terkejut, perjalanan mereka dari pintu serviks hingga ke tiub fallopio sebenarnya ibarat satu “maraton” yang tersangat sengit.

Daripada jutaan sel tadi, cuma beberapa ratus sahaja yang berpeluang bertahan dan bertemu dengan telur. Kenapa sikit sangat? Ini sebabnya:

  • Bentuk Fizikal Sperma: Sel yang tidak berenang lurus atau ekornya tidak kuat biasanya tewas awal dan tak mampu menembus cecair serviks.
  • Keadaan Asid Faraj: Persekitaran semula jadi faraj agak berasid, jadi sperma yang tidak cukup tangkas akan mati sebelum sempat melepasi pintu rahim.
  • Lendir Serviks Terlalu Pekat: Jika cecair ini pekat (terutamanya luar waktu subur), sperma seolah-olah terperangkap dan susah nak bergerak ke atas.

Bila ada halangan macam ni, air mani biasanya akan melimpah keluar semula dan tak sempat dibawa masuk ke dalam rahim.

Ciri-Ciri Sperma Tidak Masuk ke Rahim

ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim
Ada beberapa tanda yang membantu anda untuk tahu sperma berjaya masuk ke rahim atau tidak selepas bersama.

Berikut antara tanda dan ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim yang boleh diperhatikan selepas hubungan intim:

Ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim 1. Air mani keluar semula selepas bersama

Normal kalau sedikit air mani keluar, tapi kalau terlalu banyak hingga terasa menitis, kemungkinan besar sperma tak sempat masuk ke rahim.

2. Tiada rasa pekat atau lekit dalam faraj

Biasanya bila sperma kekal dalam faraj, ada rasa lekit seketika. Kalau semuanya keluar semula dan faraj terasa kering, itu antara tanda sperma tidak masuk.

3. Lendir serviks terlalu pekat atau kering antara ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim

Lendir serviks yang jernih dan licin bantu sperma bergerak ke rahim. Tapi kalau terlalu pekat, sperma tak boleh berenang naik lalu menyebabkan ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim.

4. Posisi selepas bersama tidak membantu

Jika terus bangun atau ke tandas selepas bersama, sperma tak sempat bergerak naik ke dalam rahim.

Tanda Sperma Berhasil Masuk

Sebaliknya, ada juga tanda-tanda yang menunjukkan sperma mungkin berjaya masuk ke rahim:

  • Sedikit rasa lekit di bahagian faraj selepas bersama.
  • Lendir serviks terasa lebih licin dan jernih (tanda waktu subur).
  • Tiada air mani berlebihan keluar semula selepas hubungan.
  • Kadang-kadang ada rasa sedikit cramp atau sengal ringan di bahagian bawah perut (kesan dari proses serviks terbuka dan sperma menembusi).

Namun, tanda-tanda ini bukan jaminan kehamilan. Ia cuma petunjuk bahawa keadaan dalaman badan sedang sesuai untuk persenyawaan berlaku.

Berapa Banyak Sperma Boleh Sampai?

Mungkin ramai pasangan yang tak tahu, walaupun air mani nampak banyak, peratusan sperma yang benar-benar berjaya masuk ke rahim sebenarnya tersangatlah sikit.

Ibarat menyertai ujian saringan yang tersangat ketat, tubuh wanita ada ‘sistem tapisan’ semula jadi. Secara puratanya, ini angka sebenar yang berlaku di dalam:

  • Peringkat Ejakulasi: Sekitar 200 hingga 300 juta sel benih dilepaskan di kawasan faraj.
  • Tembus Pintu Rahim: Hanya sekitar 1% sahaja iaitu lebih kurang 2 ke 3 juta sperma yang berjaya melepasi halangan serviks.
  • Perjalanan ke Tiub Fallopio: Daripada berjuta tadi, cuma 200 hingga 300 sel sahaja yang sampai ke lokasi telur berada.
  • Proses Persenyawaan: Akhirnya, hanya SATU sperma terbaik yang ditakdirkan menembusi ovum untuk menjadi janin.

Sebab itulah, jika laluan atau cecair serviks kurang mesra, jumlah yang terselamat akan jadi jauh lebih sedikit. Bila fenomena ini berlaku, cecair benih selalunya akan melimpah keluar semula dan mengurangkan peluang untuk wanita hamil.

Ciri-Ciri Sperma Tidak Subur

Selain masalah laluan ke rahim, sperma yang tak sihat juga boleh menyebabkan gagal menembusi ovum. Berikut ciri-ciri sperma tidak subur yang biasa berlaku pada lelaki:

  • Jumlah sperma terlalu rendah (oligospermia) iaitu kurang daripada 15 juta sperma per mililiter air mani.
  • Pergerakan sperma perlahan (motility rendah), sperma tak cukup laju untuk berenang ke rahim.
  • Bentuk sperma abnormal (morphology). Sperma cacat, kepala tak sempurna atau ekor pendek.
  • Air mani terlalu cair atau pekat menyukarkan sperma untuk keluar dan bergerak.

Masalah ini boleh berpunca daripada gaya hidup, pemakanan, stres atau pendedahan kepada haba tinggi (seperti letak laptop atas riba terlalu lama atau sauna).

Cara Membunuh Sel Sperma yang Sudah Masuk

Menariknya, tubuh wanita juga mempunyai mekanisme semula jadi yang boleh “menapis” atau membunuh sel sperma yang sudah masuk jika tidak sesuai.

Antara faktor yang boleh menyebabkan sperma mati dalam rahim:

  • Kandungan asid tinggi dalam faraj. pH yang terlalu berasid boleh membunuh sperma dalam beberapa minit.
  • Sistem imun wanita. Antibodi tertentu boleh menyerang sperma yang dianggap “asing”.
  • Lendir serviks tidak mesra. Lendir yang tebal atau kering menyebabkan sperma tersekat dan mati sebelum sampai ke rahim.
  • Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, ambil alkohol dan kekurangan nutrisi menyebabkan keseimbangan hormon terganggu.

Walaupun bunyinya negatif, proses ini sebenarnya cara semula jadi tubuh wanita melindungi diri daripada sperma yang tidak sihat.

Faktor Lain yang Menyebabkan Sperma Gagal Masuk ke Rahim

Selain ciri-ciri sperma tidak subur atau lendir serviks yang pekat, beberapa faktor lain juga boleh mempengaruhi proses ni:

  • Masalah struktur serviks atau rahim seperti polip, fibroid atau cervical stenosis.
  • Jangkitan faraj yang menyebabkan perubahan pada pH dan lendir.
  • Kekurangan hormon estrogen yang menjadikan lendir serviks terlalu kering.
  • Hubungan tidak dilakukan pada waktu subur.

Gabungan faktor-faktor kecil ini boleh menyebabkan sperma gagal masuk walaupun hubungan intim dilakukan dengan cara yang betul.

@dr.raihana.ismail

3 perkara punca sperma gagal jumpa ovum untuk mensenyawa walau dah bersama ketika waktu subur. Jom tonton sampai habis dan mungkin anda boleh kurangkan 3 perkara ni jika ingin ikhtiar hamil. Jangan lupa share ilmu penting ni kepada pasangan anda. #efferty #drraihanaismailofficial #tiktokguru #tiktokgurumalaysia #educationalvideo

♬ original sound – Dr Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty

Cara Bantu Tingkatkan Peluang Sperma Masuk ke Rahim

ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim
Cara bantu tingkatkan peluang sperma masuk ke rahim.

Kalau anda perasan ada ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim, jangan risau! Banyak cara boleh dicuba untuk bantu proses ni:

a) Waktu Subur adalah Kunci

Gunakan kalkulator ovulasi atau test kit. Hari ke-12 hingga ke-16 kitaran haid (bagi kitaran 28 hari) adalah masa paling subur. Boleh dapatkan kit ovulasi OPK di sini.

b) Posisi yang Sesuai

Posisi “missionary” atau “doggy style” bantu sperma sampai lebih dekat ke serviks. Lepas bersama, baring sekurang-kurangnya 10-15 minit.

c) Kekal Hidrat dan Jaga Pemakanan

Minum air secukupnya supaya lendir serviks kekal licin. Amalkan makanan seperti telur, madu, avokado, pisang dan sayur hijau untuk tingkatkan kesuburan.

d) Elak Pelincir Berasid

Sesetengah pelincir boleh membunuh sperma. Gunakan pelincir “fertility-friendly” yang pH-nya neutral.

e) Ubah Gaya Hidup

Elakkan stres berlebihan, tidur cukup, berhenti merokok dan kurangkan kafein. Semua ni bantu hormon jadi lebih seimbang.

Bila Waktu Sesuai Jumpa Doktor?

ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim
Jika anda dan pasangan sedang berusaha untuk hamil, dapatkan konsultasi doktor untuk mengetahui punca dan solusinya.

Jika anda dan pasangan dah cuba lebih 6 bulan hingga setahun tapi belum berjaya, mungkin dah tiba masa jumpa pakar kesuburan. Doktor boleh cadangkan ujian seperti:

  • Semen analysis untuk periksa kualiti sperma lelaki.
  • Post-coital test untuk semak sama ada sperma masih hidup selepas hubungan.
  • Ujian hormon wanita untuk lihat tahap estrogen, progesteron & kesuburan.

Hasil ujian ni boleh bantu kenal pasti sama ada masalah berpunca daripada ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim atau faktor lain.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim boleh disebabkan oleh banyak faktor daripada lendir serviks, posisi, masa subur sehinggalah kepada kualiti sperma sendiri. Walaupun kelihatan rumit, kebanyakan masalah ini boleh diatasi dengan pengetahuan, kesabaran dan sedikit perubahan gaya hidup. Yang penting, jangan cepat stres.

Ingat, kehamilan bukan sekadar soal fizikal tapi juga keseimbangan emosi dan kesihatan dalaman. Kalau anda sedang mencuba untuk hamil tapi bimbang ada ciri-ciri sperma tidak masuk ke rahim, jangan tunggu lama. Dapatkan pemeriksaan awal di klinik atau pakar kesuburan.

Semakin cepat anda tahu puncanya, semakin besar peluang untuk mendapatkan rezeki zuriat yang dinanti.

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

7 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Sperm
  2. Ovulation and fertility
  3. Cervical Mucus Monitoring
  4. Fertilization
  5. Conception: How It Works
  6. Conception
  7. Bagaimana Memastikan Air Mani Masuk Ke Dalam Rahim

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.