Alahan Mengandung, Kenapa Ibu Rasa Mual & Loya Tak Habis-Habis?

Alahan mengandung adalah antara pengalaman pertama yang dirasai oleh ramai ibu hamil – dan sejujurnya, ia bukan sesuatu yang menyeronokkan.

Bayangkan anda bangun pagi dengan loya, hidu bau makanan terus muntah, atau tiba-tiba tak boleh bau sabun sendiri.. Huh, siksa rasanya!

Tapi percayalah, semua ni adalah sebahagian daripada proses indah menyambut kehadiran si kecil.

Walaupun memenatkan, namun alahan semasa mengandung sebenarnya memberi petanda bahawa hormon kehamilan anda sedang berfungsi dengan aktif.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan tentang jenis-jenis mabuk hamil, bila ia bermula, berapa lama ia berlarutan, serta cara hilangkan alahan mengandung.

Apa itu Alahan Mengandung?

alahan mengandung
Simptom morning sickness ibu hamil.

Alahan mengandung atau mabuk hamil (morning sickness) merujuk kepada simptom-simptom tidak selesa yang dialami oleh wanita semasa hamil, terutamanya pada awal kehamilan.

Simptom ini biasanya melibatkan:

  • Loya.
  • Muntah.
  • Pening kepala.
  • Sensitif terhadap bau.
  • Hilang selera makan.

Alahan ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan, terutamanya hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dan estrogen yang meningkat dengan cepat pada trimester pertama.

Nmaun, jangan risau!

Mabuk hamil ini adalah sangat biasa dan dialami oleh lebih 70% wanita hamil, terutamanya dalam 3 bulan pertama.

Ia dianggap sebagai tanda bahawa kehamilan sedang berkembang dengan baik.

Beberapa punca alahan mengandung termasuk:

  • Peningkatan hormon kehamilan.
  • Deria bau yang jadi lebih sensitif.
  • Perubahan sistem penghadaman.
  • Faktor emosi atau tekanan.

Walaupun tidak semua wanita mengalami alahan, dan tahapnya berbeza-beza antara individu, namun ia tetap dianggap normal selagi tidak mengganggu kesihatan ibu dan bayi secara serius.

Alahan Mengandung Seawal Berapa Minggu Sebenarnya Bermula?

alahan mengandung
Alahan mengandung seawal berapa minggu?

Ramai bakal ibu tertanya-tanya: “Alahan mengandung bermula bila?”

Jawapannya berbeza bagi setiap orang, tetapi secara umumnya, alahan bermula sekitar minggu ke-5 hingga ke-6 kehamilan.

Ini kerana pada waktu ini, hormon hCG meningkat dengan cepat untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Hormon ini jugalah yang menyebabkan rasa mual, pening kepala dan tidak selesa.

Bagi sesetengah ibu, mereka mula rasa perubahan seawal minggu ke-4, malah ada juga yang tidak mengalami sebarang alahan langsung sepanjang kehamilan.

Ini normal dan tidak menjejaskan perkembangan bayi pun.

Alahan Mengandung Berapa Lama? Dan Bila Alahan Mengandung Akan Hilang?

Satu lagi soalan popular: alahan mengandung berapa lama?

Biasanya, alahan akan memuncak sekitar minggu ke-9 hingga ke-11 dan mula berkurang menjelang trimester kedua (sekitar minggu ke-13 hingga 16).

Namun, ada juga ibu yang mengalami alahan hingga ke akhir kehamilan, walaupun ini adalah gejala yang kurang biasa berlaku dalam kalangan ibu hamil.

Jika alahan anda masih berterusan selepas minggu ke-20, berbincanglah dengan doktor kerana mungkin ada rawatan yang boleh bantu mengurangkan ketidakselesaan.

Berita baiknya, ramai ibu mendapati alahan mereka hilang sepenuhnya apabila masuk trimester kedua – dan mereka boleh mula menikmati makanan seperti biasa semula!

Alahan Mengandung Teruk, Bila Mual Sampai Tak Boleh Makan Langsung!

Bagi sesetengah ibu, mabuk hamil bukan sekadar rasa loya biasa.

Ia boleh jadi sangat teruk sampai tak boleh makan atau minum langsung.

Keadaan ini dikenali sebagai hyperemesis gravidarum.

Ibu akan muntah banyak kali sehari, menyebabkan dehidrasi dan kehilangan berat badan yang ketara.

Simptom alahan mengandung teruk termasuk:

  • Muntah lebih dari 3-4 kali sehari.
  • Tidak boleh menyimpan makanan atau air dalam perut.
  • Badan jadi lemah, letih dan tak bertenaga.
  • Tanda dehidrasi: bibir kering, air kencing pekat, jarang buang air kecil.

Jika anda mengalami simptom ini, penting untuk dapatkan rawatan segera!

Kadang-kadang, doktor akan beri ubat tahan muntah atau minta anda dimasukkan ke hospital untuk hidrat semula melalui drip.

Jadi, jika anda mengalaminya, jangan malu untuk minta bantuan – kesihatan anda dan bayi adalah keutamaan!

Alahan Mengandung Anak Perempuan: Mitos Atau Fakta?

“Kalau alahan teruk, mesti anak perempuan!” Pernah dengar ayat ni?

Ramai orang percaya bahawa alahan mengandung yang kuat adalah tanda mengandungkan anak perempuan. Tapi adakah ini betul?

Sebenarnya, tiada bukti saintifik kukuh yang menyatakan jantina bayi menentukan tahap alahan.

Namun, satu kajian dari Sweden ada menyatakan wanita yang hamil anak perempuan lebih cenderung mengalami loya dan muntah yang lebih kuat.

Tapi perlu diingat, faktor hormon (seperti peningkatan hCG) adalah penyebab utama alahan, bukan jantina bayi.

Jadi jangan terlalu percaya mitos ya! Sama ada anak lelaki atau perempuan, setiap kehamilan adalah unik.

Cara Hilangkan Alahan Mengandung

alahan mengandung
Minum banyak air kosong untuk menghilangkan mabuk hamil.

Walaupun alahan mengandung tidak boleh “disembuhkan” sepenuhnya, namun terdapat banyak cara yang boleh membantu mengurangkan rasa mual.

Di bawah ini, beberapa tips dan cara hilangkan alahan mengandung yang ibu hamil boleh amalkan:

1. Makan Dalam Kuantiti Kecil Tapi Kerap

Jangan biar perut kosong terlalu lama.

Cuba makan snek ringan setiap 2-3 jam, seperti biskut, roti kering, atau buah.

2. Elak Makanan & Bau Yang Kuat

Setiap ibu ada “bau pantang” sendiri – mungkin nasi panas, minyak wangi, atau sabun.

Cuba jauhi bau atau makanan yang boleh mencetuskan loya ibu.

3. Halia

Minum air halia suam atau makan gula-gula halia boleh bantu kurangkan rasa mual.

Namun, pastikan ia tidak berlebihan ya.

4. Minum Air Secukupnya

Minum air perlahan-lahan tapi kerap.

Jika tak lalu minum air kosong, cuba air lemon suam atau jus buah yang tidak berasid.

5. Cuba Ubat Dari Doktor

Jangan ragu-ragu untuk bertanya pada doktor tentang ubat anti-loya yang selamat untuk ibu hamil.

Contohnya seperti metoclopramide atau vitamin B6.

Bila Perlu Risau?

Walaupun alahan mengandung adalah normal, namun ada situasi yang memerlukan perhatian perubatan segera.

Antara tanda-tanda bahaya termasuk:

  • Tidak boleh langsung makan atau minum selama lebih 24 jam.
  • Kehilangan berat badan yang ketara.
  • Muntah dengan darah atau muntah yang sangat kerap.
  • Air kencing sangat pekat atau tidak membuang air kecil langsung.

Jika mengalami mana-mana tanda ini, jangan tunggu!

Dapatkan pemeriksaan doktor segera untuk pastikan anda dan bayi selamat.

Bersabar, Ibu! Ini Sementara Sahaja

Alahan mengandung memang boleh buat kita rasa tertekan, terbaring sepanjang hari, dan hilang selera makan.

Tapi percayalah, ini semua hanya sementara.

Apabila trimester kedua menjelma, kebanyakan ibu akan rasa lebih bertenaga dan loya pun hilang dengan sendirinya.

Jadi, jangan risau kalau sekarang anda tengah bergelut dengan muntah setiap pagi atau tak lalu makan.

Tubuh anda sedang bekerja keras untuk menyokong kehidupan baru dalam rahim.

Itu sesuatu yang luar biasa dan membanggakan.

Chaiyok, Mommies!

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca proses editorial kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

Kalkulator Tarikh Jangka Lahir

Gunakan kalkulator ini untuk mengetahui tarikh jangka lahir berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran haid anda.

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *