Bagi ibu yang baru bersalin, cara hilangkan bengkak susu adalah antara topik yang paling dicari di Google.
Tidak hairanlah! Ini kerana ramai ibu yang mengalami bengkak susu lepas bersalin hingga menimbulkan rasa tak selesa, demam, berdenyut-denyut, sampai rasa nak menangis pun ada.
Dalam artikel ini, kita akan bincangkan tentang punca bengkak susu, tanda-tanda, dan paling penting, cara hilangkan bengkak susu dengan selamat dan berkesan.
Sebenarnya, Apa Itu Bengkak Susu?
Bengkak susu berlaku apabila payudara ibu terlampau penuh dengan susu – tapi susu tidak keluar sepenuhnya.
Selalunya ini terjadi semasa awal-awal penyusuan apabila badan kita tengah “belajar” berapa banyak susu yang baby perlukan.
Apabila susu terlampau banyak tapi bayi anda tidak hisap semuanya, jadi susu akan terkumpul dan menyebabkan payudara ibu bengkak, tegang, panas, dan kadang-kadang menimbulkan kesakitan.
Kalau dibiarkan, bengkak susu ini boleh jadi lebih serius – mastitis atau jangkitan.
Jadi, jangan biarkan!
Ibu kena tahu cara hilangkan bengkak susu dari awal lagi supaya proses penyusuan lebih selesa dan tenang.
Punca Bengkak Susu Yang Sering Ibu Terlepas Pandang

Sebelum kita pergi ke cara hilangkan bengkak susu, jom kenal dulu apa sebenarnya yang boleh membuat masalah ini jadi lebih teruk:
- Baby tak menyusu dengan betul – Salah lekapan (latch), tak kuat hisap, atau tertidur semasa menyusu.
- Jadual penyusuan tidak konsisten – Lambat sangat pam atau ibu skip sesi menyusu.
- Penghasilan susu terlalu banyak – Ini biasa terjadi masa awal-awal kelahiran.
- Bra terlalu ketat – Menekan saluran susu dan halang pengaliran.
- Tidak pam selepas baby menyusu – Ada susu berlebihan yang masih tertinggal di payudara.
Tanda Bengkak Susu – Jangan Pandang Remeh!
Jika anda tengah cari cara hilangkan bengkak susu, pertama sekali ibu kena kenal pasti simptomnya.
Antara tanda bengkak susu paling jelas adalah:
- Payudara rasa keras, tegang dan berat.
- Kulit di sekitar payudara berkilat atau merah.
- Sakit apabila disentuh.
- Suhu badan naik – kadang rasa macam nak demam.
- Puting jadi pendek atau leper – baby susah nak latch.
Kalau ada tanda-tanda ini, jangan tunggu lama!
Ibu kena bertindak cepat dan cari cara hilangkan bengkak susu yang sesuai.
8 Cara Hilangkan Bengkak Susu Yang Mudah & Selamat

Jom kita tengok cara hilangkan bengkak susu yang boleh bantu legakan rasa tak selesa tu.
Petua-petua ini bukan saja senang, tapi ramai ibu yang sudah cuba dan berjaya.
1. Menyusu Dengan Kerap & Betul
Kalau boleh, susukan bayi setiap 2-3 jam.
Pastikan posisi dan latch baby betul – dagu baby kena sentuh payudara, bibir terjuih keluar.
Apabila baby menyusu dengan betul, susu akan keluar lancar dan tidak terkumpul.
Tips: Mulakan penyusuan dari payudara yang rasa paling bengkak dahulu.
2. Pam Susu Apabila Perlu
Kalau bayi tak habiskan susu, atau tidur lama, jangan biar susu berkumpul.
Pam guna tangan atau breast pump untuk kosongkan payudara.
Ini antara cara hilangkan bengkak susu yang paling cepat.
Pro tip: Jangan pam terlalu lama, cukup untuk rasa lega sahaja. Terlebih pam boleh buat badan hasilkan lebih banyak susu!
3. Gunakan Teknik Urutan Lembut
Tahu tak, ada urutan hilangkan bengkak susu.
Ibu boleh lakukan sendiri di rumah atau minta suami tolong.
Caranya, urut perlahan-lahan dari bahagian luar payudara ke arah puting semasa menyusu atau sebelum pam.
Ini akan bantu ibu melancarkan aliran susu dan membuka saluran tersumbat.
Bonus: Ibu boleh guna minyak kelapa dara untuk buat urutan rasa lebih selesa.
4. Kompres Sejuk Untuk Kurangkan Bengkak
Letak tuala sejuk atau pek ais dibalut kain dan tekapkan pada payudara selama 10-15 minit.
Ini bantu kurangkan radang dan rasa sakit.
Nota: Gunakan kompres sejuk selepas menyusu. Untuk bantu pengaliran susu, boleh guna kompres suam sebelum menyusu.
5. Mandi Air Suam atau Tuam Air Hangat
Air suam boleh bantu buka saluran susu.
Semasa mandi, urut payudara perlahan di bawah pancuran air suam.
Atau, ibu juga boleh tuam dengan kain hangat sebelum menyusu.
Ini juga cara semula jadi yang berkesan untuk hilangkan bengkak susu.
6. Tukar Posisi Penyusuan
Kadang-kadang baby tak habiskan semua susu sebab posisi penyusuan tak sesuai.
Cuba posisi berbeza macam posisi “football hold” atau baring menyusu.
Posisi ini bantu kosongkan bahagian tertentu payudara yang mungkin tidak dikeluarkan sepenuhnya.
7. Pakai Bra Yang Selesa & Tak Ketat
Bra yang terlalu ketat boleh menekan payudara dan halang aliran susu.
Pilih bra menyusu yang selesa, bernafas dan cukup sokongan.
Jangan sesekali pakai wired bra semasa menyusu ya!
8. Rehat & Kekal Terhidrat
Kadang-kadang ibu terlalu sibuk sampai terlupa nak jaga diri sendiri.
Minum air secukupnya, makan makanan berkhasiat dan rehat apabila boleh.
Badan sihat bantu penghasilan susu yang seimbang dan kurangkan risiko bengkak.
Selain mencuba cara di atas, ibu juga boleh dapatkan ubat bengkak susu di farmasi.
Bila Kena Jumpa Doktor?
Kalau ibu dah cuba pelbagai cara hilangkan bengkak susu tapi masih sakit, atau ada tanda jangkitan, cepat-cepatlah berjumpa doktor.
Tanda-tanda bahaya:
- Demam lebih 38.5°C.
- Payudara sangat merah dan sakit.
- Rasa berdenyut kuat.
- Ada ketulan keras yang tidak hilang.
- Keluar nanah.
Mungkin itu bukan lagi sekadar bengkak susu, tapi mastitis (ini perlukan rawatan antibiotik).
Cara Hilangkan Bengkak Susu Cara Tradisional Yang Ramai Ibu Kongsi
Selain teknik moden, ada juga petua kampung yang boleh bantu hilangkan bengkak susu.
Tapi ibu kena cuba dengan hati-hati dan pastikan sesuai dengan tubuh masing-masing.
Berikut cara hilangkan bengkak susu cara tradisional:
- Cara hilangkan bengkak susu guna kobis: Simpan daun kubis dalam peti ais, lepas tu tekap pada payudara. Ia dikatakan bantu kurangkan bengkak.
- Air barli suam: Ramai ibu minum air barli suam untuk bantu pengaliran susu.
- Daun sirih suam: Ada yang tuam dengan daun sirih yang dilayur atas api, tapi pastikan suhu tak terlalu panas ya!
Ibu Jangan Stres!

Bengkak susu bukan saja sakit fizikal, tapi boleh buat kita stres.
Apabila stres, hormon susu (oksitosin) pun terganggu.
Jadi, ibu kena cuba bertenang, tarik nafas, dan minta bantuan apabila perlu. Ingat – you’re doing amazing, Mama!
Cara Hilangkan Bengkak Susu Yang Wajib Buat
Ini ringkasan semula cara menghilangkan bengkak susu:
No. | Cara Hilangkan Bengkak Susu | Tips Ringkas |
---|---|---|
1. | Susukan baby kerap & betul | Pastikan latch sempurna |
2. | Pam apabila perlu | Jangan biar susu berkumpul |
3. | Urutan lembut | Guna minyak kelapa jika suka |
4. | Kompres sejuk/suam | Bergantung pada masa digunakan |
5. | Mandi air suam | Urut bawah air pancuran |
6. | Tukar posisi menyusu | Cuba “football hold” |
7. | Pakai bra selesa | Elak tekanan pada payudara |
8. | Rehat & cukup air | Minum air & makan makanan berkhasiat |
Jangan Biarkan Bengkak Susu Ganggu Emosi Ibu
Bengkak susu memang menyakitkan – tapi dengan ilmu, teknik betul, dan sokongan, insyaAllah ia boleh diatasi.
Tak salah untuk ibu minta bantuan. Sama ada dengan pasangan, emak, jururawat, atau kaunselor laktasi – semua ini boleh bantu cari cara hilangkan bengkak susu yang paling sesuai dengan situasi kita.
Jangan rasa bersalah kalau ada hari yang ibu rasa tak mampu menyusu.
Apa yang penting, kita cuba yang terbaik.
Sedang alami bengkak susu dan tak pasti nak buat apa?
Kongsi artikel ini dengan kawan atau saudara yang tengah berpantang – mungkin mereka pun sedang cari jalan cara hilangkan bengkak susu!
Nak lebih banyak tips penyusuan, jom follow BukuPink.my – rujukan no.1 ibu mengandung & menyusu di Malaysia!