Tempoh daftar kelahiran anak adalah perkara penting yang ibu ayah perlu tahu sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Biasanya, selepas bersalin, fokus memang pada baby seperti nak susukan, nak biasakan diri dengan rutin baru, nak cukupkan tidur pun susah.
Tapi dalam kesibukan itu, jangan lupa satu perkara penting ini.
Ramai ibu bapa sebenarnya tak sedar bahawa tempoh daftar kelahiran anak ada had masa tertentu.
Kalau terlepas, proses boleh jadi lebih rumit dan memakan masa.
Jadi dalam artikel ini, kita akan kupas semuanya secara santai dari tempoh daftar kelahiran bayi, cara daftar sijil kelahiran anak, sehinggalah ke situasi seperti daftar kelahiran anak tanpa sijil nikah.
Kenapa Tempoh Daftar Kelahiran Anak Penting?
Tempoh daftar kelahiran anak bukan sekadar urusan biasa, tetapi sangat penting untuk masa depan anak.
Ia melibatkan identiti rasmi pertama seorang bayi.
Sijil Kelahiran Adalah Dokumen Utama
Sijil kelahiran diperlukan untuk:
- Daftar sekolah.
- Buat MyKid.
- Rawatan di hospital kerajaan.
- Urusan bantuan dan kebajikan.
Tanpa sijil ini, banyak urusan akan jadi sukar.
Sebab itu tempoh daftar kelahiran bayi perlu dipatuhi.
Risiko Jika Lewat Daftar
Kalau ibu ayah terlepas tempoh daftar kelahiran anak:
- Perlu melalui proses tambahan.
- Ambil masa lebih lama.
- Perlu dokumen sokongan tambahan.
Jadi, lebih baik urus awal supaya semuanya berjalan lancar.

Berapa Lama Tempoh Daftar Kelahiran Anak?
Tempoh daftar kelahiran anak di Malaysia sebenarnya cukup jelas dan mudah difahami oleh ibu ayah.
Anda diberikan masa selama 60 hari untuk menyelesaikan proses ini.
Tempoh Daftar Kelahiran Bayi (1–60 Hari)
Dalam tempoh daftar kelahiran bayi ini, proses adalah sangat mudah dan cepat.
Kebiasaannya, urusan JPN daftar kelahiran boleh selesai pada hari yang sama jika semua dokumen lengkap.
Jika Pendaftaran Lewat Kelahiran (Lebih 60 Hari)
Jika tempoh daftar kelahiran anak melebihi 60 hari, ia akan dikategorikan sebagai pendaftaran lewat.
Ini bermakna anda perlu melalui proses tambahan yang sedikit rumit berbanding pendaftaran biasa.
Permohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut, bergantung kepada situasi kanak-kanak tersebut:
- Ibu dan bapa kandung kanak-kanak.
- Ibu atau bapa bersama seorang penganjur (individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak).
- Penganjur mestilah sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak tersebut.
- Digunakan jika salah seorang ibu atau bapa tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.
3. Dua orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.
- Kedua-duanya mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Perbezaan umur mestilah sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
- Digunakan jika kedua-dua ibu dan bapa tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.
Jika Permohonan Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Bagi kes tertentu seperti kanak-kanak yang ditemui terbiar atau tanpa penjaga:
- Seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat sebagai penganjur, dan
- Seorang individu yang diberi hak penjagaan kanak-kanak di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.
Baca juga:
Punca Bentan Dalam Pantang: Badan Menggigil & Sakit Sendi Selepas Bersalin!
Luka Jahitan Bersalin Gatal Tanda Sembuh Atau Jangkitan? Ini Penjelasannya!
Keburukan Bertangas Yang Ramai Ibu Hamil & Berpantang Tak Tahu!
Berapa Bayaran Daftar Kelahiran?
Selain tempoh daftar kelahiran anak, ibu ayah juga sering tertanya-tanya tentang bayaran yang dikenakan.
Jika anda baru sahaja melahirkan bayi, anda boleh terus mendaftarkan kelahiran dan mendapatkan sijil kelahiran di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pendaftaran adalah percuma jika dibuat dalam tempoh 60 hari selepas bersalin.
Namun, jika pendaftaran dibuat selepas tempoh tersebut, ia akan dikira sebagai pendaftaran lewat dan bayaran tertentu mungkin akan dikenakan.

Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak
Ramai yang tertanya-tanya tentang cara daftar sijil kelahiran anak.
Sebenarnya sangat mudah jika tahu langkahnya.
- Pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Ambil nombor giliran.
- Isi borang pendaftaran.
- Serahkan dokumen.
- Tunggu sijil siap.
Biasanya, urusan JPN daftar kelahiran boleh siap dalam masa yang singkat jika semua lengkap.
Dokumen Diperlukan
Dlaam tempoh daftar kelahiran anak, ada beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk proses pendaftaran kelahiran:
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau surat pengesahan doktor bagi kelahiran di rumah (asal).
- Laporan polis bagi kelahiran di rumah (asal).
- Kad pranatal (buku rawatan mengandung) atau kad rawatan semasa ibu mengandung (asal dan salinan).
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan).
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (jika pemaklum bukan ibu atau bapa) (asal dan salinan).
- Sijil kematian ibu atau bapa (jika berkaitan) (asal dan salinan).
- Dokumen perkahwinan atau perceraian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan).
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung.
- Bil utiliti seperti bil air, elektrik, Astro atau telefon (diperlukan jika alamat tempat tinggal berbeza dengan alamat pada kad pengenalan atau bagi bukan warganegara).
Pastikan semua dokumen disediakan untuk memudahkan cara daftar sijil kelahiran anak.
Berapa Denda Lewat Daftar Kelahiran?
Pendaftaran lewat kelahiran di Malaysia biasanya berlaku atas pelbagai sebab, sama ada faktor peribadi, kekangan tertentu atau masalah dokumen.
Antara punca yang sering berlaku adalah seperti berikut:
- Ibu bapa tidak mengetahui prosedur atau tempoh sebenar pendaftaran kelahiran.
- Kes anak angkat tanpa dokumen kelahiran atau rekod rasmi yang lengkap.
- Kelahiran berlaku di rumah tanpa dokumen pengesahan lengkap daripada hospital atau doktor.
- Kekangan masa, kewangan atau masalah pengangkutan untuk ke pejabat JPN.
- Ibu atau bapa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.
- Kes melibatkan anak luar nikah yang memerlukan proses tambahan.
- Kehilangan dokumen penting seperti buku pink ibu hamil atau borang pengesahan kelahiran.
- Masalah kesihatan ibu atau bayi selepas bersalin yang menyebabkan urusan tertangguh.
- Bayi yang dibuang atau dijumpai tanpa maklumat kelahiran yang jelas.
Denda lewat daftar kelahiran adalah sebanyak RM50.00.
Siapa Yang Boleh Daftar Kelahiran Anak?
Soalan ini penting untuk situasi tertentu.
Individu Yang Layak
Dalam tempoh daftar kelahiran anak, individu ini yang layak:
- Ibu atau bapa kanak-kanak.
- Penjaga kanak-kanak.
- Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak.
- Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf).
Jadi, persoalan siapa yang boleh daftar kelahiran anak sebenarnya cukup fleksibel.
Jika Ibu Tidak Dapat Hadir
Jika ibu masih berpantang:
- Bapa boleh uruskan.
- Wakil boleh bantu.
Ini memudahkan tempoh daftar kelahiran bayi tetap dapat diselesaikan.
Daftar Kelahiran Anak Tanpa Sijil Nikah
Topik daftar kelahiran anak tanpa sijil nikah sering menjadi persoalan ramai ibu ayah.
Walaupun sensitif, ia tetap perlu difahami dengan jelas.
Ramai ingat bila tiada perkahwinan sah, anak tak boleh dapat sijil kelahiran.
Hakikatnya, tanggapan itu tidak tepat.
Anak tetap boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), cuma ada beberapa syarat dan perbezaan dari segi maklumat yang akan direkodkan.
Antaranya:
- Anak tetap boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Nama bapa mungkin tidak boleh dimasukkan tanpa dokumen perkahwinan yang sah.
- Maklumat dalam sijil kelahiran akan ditentukan mengikut undang-undang sedia ada.
Untuk daftar kelahiran anak tanpa sijil nikah, ibu perlu hadir ke JPN dengan dokumen hospital.
Pihak JPN daftar kelahiran akan menerangkan langkah seterusnya mengikut prosedur.

Tips Mudah Urus Tempoh Daftar Kelahiran Anak
Bagi memudahkan urusan daftar kelahiran anak, ada beberapa tips yang boleh ibu ayah ikut.
Tips ini nampak simple tetapi sangat membantu:
Buat Awal
Walaupun tempoh daftar kelahiran bayi adalah 60 hari, sebaiknya urus seawal mungkin.
Ini akan mengelakkan risiko terlupa atau terlepas tempoh.
Sediakan Dokumen Lengkap
Sebelum ke JPN daftar kelahiran, pastikan semua dokumen sudah lengkap.
Ini akan memudahkan cara daftar sijil kelahiran anak dan menjimatkan masa.
Elak Waktu Sibuk
Datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter.
Ini membantu proses tempoh daftar kelahiran anak jadi lebih cepat.
Simpan Salinan
Simpan salinan sijil kelahiran untuk kegunaan masa depan.
Dokumen ini sering diperlukan dalam pelbagai urusan penting.
Kesimpulan
Tempoh daftar kelahiran anak adalah perkara penting yang tidak boleh dipandang ringan oleh ibu ayah.
Dengan tempoh 60 hari yang diberikan, sebaiknya gunakan masa tersebut untuk menyelesaikan semua urusan dengan cepat dan mudah.
Sama ada anda ingin tahu tempoh daftar kelahiran bayi, cara daftar sijil kelahiran anak, JPN daftar kelahiran, siapa yang boleh daftar kelahiran anak atau situasi seperti daftar kelahiran anak tanpa sijil nikah, semuanya boleh diurus dengan baik jika anda tahu langkah yang betul.
Kalau artikel ini membantu, jangan lupa kongsikan dengan pasangan atau kawan yang bakal jadi ibu ayah.
Info tempoh daftar kelahiran anak ini nampak kecil, tapi sangat besar kesannya untuk masa depan anak.
Jangan lupa untuk baca artikel lain seperti najis bayi berwarna hijau gelap, ubun-ubun bayi dan pengasuh kanak-kanak.



