Pengasuh kanak-kanak adalah individu yang sangat penting dalam kehidupan anak, terutama bagi ibu ayah yang bekerja atau memerlukan bantuan penjagaan harian.
Memilih pengasuh bukan sekadar cari orang yang boleh jaga anak, tetapi melibatkan keselamatan, perkembangan emosi, dan kesejahteraan si kecil.
Ramai ibu ayah kini lebih teliti dalam memilih pengasuh kerana sedar kesannya terhadap perkembangan anak sangat besar.
Dalam artikel ini, kita akan kupas tentang:
- Akta pengasuh.
- Tugas pengasuh.
- Jenis pengasuh kanak-kanak berdaftar.
- Pilihan pengasuh di rumah.
- Harga pengasuh datang rumah di Malaysia.
Apa Itu Pengasuh Kanak-Kanak & Peranan
Secara ringkas, pengasuh ialah individu yang bertanggungjawab menjaga, mengasuh dan memantau perkembangan anak ketika ibu ayah tiada.
Peranan pengasuh bukan sekadar menjaga makan minum, tetapi turut menyumbang kepada perkembangan fizikal dan emosi anak.

Peranan Pengasuh Kanak-Kanak
Berikut beberapa peranan pengasuh:
1. Menjaga Keselamatan Anak
Pengasuh perlu sentiasa peka dengan persekitaran seperti lantai licin, objek tajam dan barang kecil.
Keselamatan adalah keutamaan dalam tugas harian pengasuh.
2. Membantu Perkembangan Emosi
Anak kecil perlukan perhatian dan kasih sayang.
Pengasuh yang penyayang membantu anak rasa selamat dan membina keyakinan diri.
3. Mengurus Rutin Harian
Rutin seperti makan, tidur dan bermain perlu konsisten supaya anak lebih stabil dan tidak mudah meragam.
4. Memberi Stimulasi Pembelajaran
Aktiviti seperti membaca dan bermain membantu perkembangan otak anak.
Ini juga sebahagian daripada tugas pengasuh yang penting.
Jelas di sini bahawa tugas mereka bukanlah sesuatu yang ringan.
Berapa Ramai Kanak-Kanak Boleh Dijaga Seorang Pengasuh?
Ramai ibu ayah tertanya, berapa sebenarnya jumlah ideal untuk seorang pengasuh kanak-kanak?
Berikut nisbah yang disarankan:
Bayi (0–1 tahun)
- 1 pengasuh : 3 bayi.
- Bayi memerlukan perhatian penuh seperti menyusu dan tidur kerap.
Kanak-kanak (1–3 tahun)
- 1 pengasuh : 5 kanak-kanak.
- Pada usia ini, anak aktif dan perlukan pengawasan rapi.
Kanak-kanak (4 tahun ke atas)
- 1 pengasuh : 10 kanak-kanak.
- Anak lebih berdikari tetapi masih perlu dipantau.
Untuk pengasuh di rumah, biasanya hanya 1–2 orang kanak-kanak sahaja supaya penjagaan lebih fokus.
Jika jumlah terlalu ramai, pengasuh mungkin tidak mampu memberi perhatian secukupnya.
Baca juga:
Buku Imunisasi Anak Perlu Simpan Elok, Ini Fungsi Sebenar Yang Ramai Ibu Ayah Ambil Mudah!
Berapa Umur Bayi Berjalan? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah Baru!
Anak Selesema, Hidung Tersumbat? Ini 10 Jenama Penyedut Hingus Bayi Yang Bagus
Akta Pengasuh Kanak Kanak
Di Malaysia, penjagaan kanak-kanak tidak boleh dibuat sesuka hati.
Ada undang-undang yang mengawal pengasuh dan pusat jagaan supaya keselamatan anak terjamin.
1. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
Akta utama yang berkaitan dengan pengasuh ialah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Akta ini mengawal semua pusat jagaan kanak-kanak (TASKA), terutama untuk kanak-kanak berumur bawah 4 tahun.
Maknanya, kalau seseorang mahu buka pusat jagaan atau jaga ramai kanak-kanak, mereka mesti ikut peraturan yang ditetapkan.
Pengasuh atau pemilik TASKA perlu:
- Mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak.
- Menjaga bilangan kanak-kanak mengikut nisbah yang dibenarkan.
- Pastikan tempat jagaan selamat dan sesuai.
Ini semua untuk pastikan anak dijaga dengan betul, bukan sekadar “tumpang jaga”.
2. Akta Kanak-Kanak 2001
Selain itu, ada juga Akta Kanak-Kanak 2001 yang melindungi hak kanak-kanak.
Akta ini lebih luas dan fokus kepada kebajikan serta keselamatan kanak-kanak.
Ia melindungi kanak-kanak daripada:
- Pengabaian.
- Penderaan fizikal.
- Penderaan emosi.
Kalau pengasuh:
- Tidak menjaga anak dengan baik.
- Cuai hingga membahayakan anak.
- Melakukan penderaan.
Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebab itu penting memilih pengasuh berdaftar yang mematuhi akta pengasuh.

Jenis Pengasuh Kanak-Kanak
Tidak semua pengasuh sama.
Berikut jenis yang biasa ditemui di Malaysia.
1. Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar
Pengasuh berdaftar adalah yang telah mematuhi syarat dalam akta pengasuh.
Kelebihan:
- Ada latihan.
- Dipantau.
- Lebih profesional.
Memilih pengasuh berdaftar memberi lebih keyakinan kepada ibu ayah.
Kebanyakan ibu ayah kini lebih cenderung memilih pengasuh berdaftar untuk keselamatan anak.
2. Pengasuh Kanak-Kanak Di Rumah
Pengasuh di rumah semakin popular kerana lebih fleksibel.
Kelebihan:
- Anak lebih selesa.
- Perhatian lebih fokus.
- Kurang risiko jangkitan.
Ramai ibu ayah memilih pengasuh di rumah terutama untuk bayi.
Dengan pengasuh di rumah, rutin anak lebih mudah dikawal.
3. Taska
Taska menyediakan penjagaan berkumpulan.
Kelebihan:
- Anak belajar bersosial.
- Ada aktiviti pembelajaran.
Namun, ibu ayah perlu pastikan nisbah pengasuh sesuai.
Tugas Pengasuh Kanak-Kanak Yang Sebenar
Ramai tidak sedar betapa besar tanggungjawab pengasuh.
1. Menyediakan Makanan
Makanan perlu bersih dan sesuai umur anak.
Ini adalah antara tugas pengasuh kanak-kanak yang paling penting.
2. Menjaga Kebersihan
Termasuk mandi dan tukar lampin bayi.
Kebersihan membantu mengelakkan penyakit.
3. Memantau Kesihatan
Pengasuh perlu peka dengan perubahan kesihatan anak.
4. Aktiviti Harian
Bermain dan belajar adalah sebahagian daripada tugas pengasuh.
5. Mengurus Emosi
Pengasuh perlu tahu cara menenangkan anak dengan baik.
Kesemua ini menunjukkan tugas pengasuh sangat mencabar dan penting.
Kriteria Pilih Pengasuh Yang Baik
Memilih pengasuh tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
1. Sabar & Penyayang
Pengasuh yang sabar lebih mudah mengendalikan anak.
2. Berpengalaman
Pengalaman membantu dalam situasi kecemasan.
3. Komunikasi Baik
Penting untuk ibu ayah dapat update setiap hari.
4. Kebersihan
Persekitaran yang bersih sangat penting.
5. Berdaftar
Memilih pengasuh kanak-kanak berdaftar adalah langkah terbaik.
Pastikan anda benar-benar kenal latar belakang pengasuh sebelum membuat keputusan.

Anggaran Harga Pengasuh Datang Rumah di Malaysia
Ramai ibu ayah ingin tahu tentang harga pengasuh datang rumah sebelum membuat keputusan.
- Separuh Hari: RM500 – RM800.
- Full Day: RM900 – RM1500.
- Live-in: RM1500 – RM2500 ke atas.
Sebagai peringatan:
- Harga pengasuh datang rumah bergantung kepada lokasi, pengalaman dan bilangan anak.
- Untuk bayi, harga pengasuh datang rumah biasanya lebih tinggi kerana penjagaan lebih rapi.
- Ada juga harga pengasuh datang rumah yang meningkat jika tugas tambahan diperlukan.
Kelebihan & Kekurangan Pengasuh
Berikut kelebihan dan kekurangan menggunakan perkhidmatan pengasuh untuk menjaga anak:
| Aspek | Kelebihan Pengasuh | Kekurangan Pengasuh |
|---|---|---|
| Perhatian Kepada Anak | Lebih fokus kerana bilangan kanak-kanak sedikit | Bergantung kepada kemampuan seorang individu sahaja |
| Persekitaran | Lebih tenang dan selesa (seperti di rumah) | Kurang pendedahan kepada suasana luar |
| Perkembangan Sosial | Sesuai untuk anak kecil yang perlukan rasa selamat | Kurang peluang bergaul dengan kanak-kanak lain |
| Fleksibiliti Masa | Mudah ikut jadual ibu ayah | Tiada sistem tetap seperti pusat jagaan |
| Kesihatan | Risiko jangkitan penyakit lebih rendah | Jika pengasuh sakit, tiada pengganti |
| Pembelajaran | Boleh ikut rutin anak secara personal | Tiada pembelajaran formal yang tersusun |
| Pemantauan | Lebih mudah ibu ayah pantau secara dekat | Jika tidak berdaftar, tiada pemantauan rasmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat |
| Kos | Kadang lebih murah (bergantung lokasi) | Boleh jadi mahal jika pengasuh berpengalaman |
| Keselamatan | Lebih terkawal jika pengasuh dipercayai | Risiko tinggi jika tersalah pilih pengasuh |
Tips Temuduga Pengasuh
Temuduga pengasuh sangat penting kerana ini orang yang akan menjaga anak setiap hari.
Jangan sekadar tengok “nampak baik”, tapi pastikan benar-benar sesuai dan boleh dipercayai.
1. Tanya Pengalaman
Pastikan pengasuh pernah menjaga anak mengikut umur anak anda.
Pengalaman membantu mereka lebih faham keperluan dan rutin harian.
2. Cara Handle Anak
Lihat bagaimana pengasuh mengurus emosi anak yang meragam.
Ini penting untuk nilai kesabaran dan pendekatan mereka.
3. Pengetahuan Kecemasan
Pastikan pengasuh tahu langkah asas keselamatan di rumah.
Ini termasuk cara mengelakkan kemalangan dan situasi kecemasan.
4. Rutin Harian
Tanya tentang jadual makan, waktu tidur dan aktiviti anak.
Rutin yang konsisten membantu perkembangan anak lebih stabil.
5. Minta Tempoh Percubaan
Mulakan dengan tempoh trial untuk lihat kesesuaian.
Ini beri peluang menilai sebelum komitmen jangka panjang dan membantu ibu ayah memilih pengasuh kanak-kanak yang terbaik.
Kesimpulan
Memilih pengasuh kanak-kanak adalah keputusan besar yang mempengaruhi perkembangan anak.
Dengan memahami:
- Akta pengasuh.
- Tugas pengasuh.
- Memilih pengasuh berdaftar.
- Harga pengasuh datang rumah.
Ibu ayah boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
Jika mahukan penjagaan lebih fokus, pengasuh di rumah adalah pilihan yang baik.
Yang penting, pastikan anak berada di bawah jagaan pengasuh yang selamat, penyayang dan bertanggungjawab.
Sedang mencari pengasuh?
Jangan terburu-buru.
Buat perbandingan, interview, dan pilih yang benar-benar sesuai dengan anak anda.
Jangan lupa baca artikel lain seperti bayi demam tumbuh gigi, vitamin selera makan anak 1 tahun dan bayi menangis tak berhenti sebagai panduan ibu ayah..



