Bila tarikh haid semakin hampir, perasan tak badan mula rasa ganjil? Sekejap loya, sekejap payudara rasa tegang semacam. Saat ini, kebanyakan kita mesti mula berteka-teki sama ada ini cuma simptom period atau tanda awal mengandung sebelum period?
Walaupun laluannya hampir serupa, perhati betul-betul sebab tubuh ada cara tersendiri untuk memberi isyarat awal. Mari kita semak sama-sama petanda halus ini sebelum anda buat ujian kehamilan.
Tanda-Tanda Awal Kehamilan yang Selalu Terjadi
Antara tanda awal mengandung sebelum period yang paling kerap dialami ialah perubahan pada payudara, emosi, tenaga dan sistem pencernaan. Mari kita lihat lebih terperinci tanda awal kehamilan sebelum period:
Tanda awal mengandung sebelum period 1) Payudara tegang dan sensitif

Ramai wanita perasan payudara jadi lebih besar atau rasa berdenyut sejak awal kehamilan. Perubahan hormon estrogen dan progesteron menyebabkan tisu payudara lebih tegang. Ada ibu yang kata, “sakitnya lain macam, tak sama macam nak period.”
2) Mudah letih dan mengantuk
Walaupun tidur cukup, badan terasa letih. Ini kerana tubuh mula bekerja keras menghasilkan hormon progesteron untuk menyokong kehamilan. Rasa malas nak bangun pagi atau cepat mengantuk waktu petang boleh jadi tanda awal mengandung sebelum period.
3) Mood swing dan emosi tidak stabil
Mirip PMS, tapi kalau lebih kerap menangis tanpa sebab, cepat marah atau tiba-tiba sedih, ia boleh jadi tanda-tanda awal kehamilan.
4) Kerap buang air kecil, tanda awal mengandung sebelum period
Seawal minggu kedua selepas persenyawaan, hormon hCG (human chorionic gonadotropin) meningkat menyebabkan buah pinggang bekerja lebih. Hasilnya, ibu rasa nak ke tandas lebih kerap.
5) Deria bau jadi sensitif
Ada yang tak boleh bau kopi, minyak masak atau sabun pencuci. Bau biasa pun boleh jadi menyengat sampai rasa loya.
6) Loya ringan
Walaupun morning sickness biasanya bermula minggu ke-6 namun ada ibu yang mula rasa mual yang menjadi petunjuk tanda awal mengandung sebelum period. Biasanya waktu pagi atau bila perut kosong.
Pengalaman Tanda Awal Mengandung Sebelum Period
Pengalaman tanda awal mengandung sebelum period setiap ibu berbeza. Berikut perkongsian pengalaman daripada ibu-ibu di Group Ikhtiar Hamil TTC Malaysia. Ternyata, setiap wanita mengalami tanda awal yang berbeza-beza sebelum mereka sempat membuat ujian kehamilan (UPT):
Perut Mencucuk, Mual & Mengidam Buah. “Perut rasa mencucuk-cucuk, payudara berasa sensitif dan asyik rasa mual sahaja. Selera makan pun hilang tetapi tiba-tiba mengidam hendak makan buah-buahan. Apabila cuba buat ujian guna Clearblue, rupa-rupanya usia kandungan sudah masuk 2 hingga 3 minggu. Namun begitu, rezeki tidak panjang apabila saya mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki 8 minggu.”
Kerap Buang Air Kecil Tiba-Tiba. “Sepatutnya esok tu tarikh saya datang haid tetapi malam tu rasa kerap sangat hendak buang air kecil. Saja cuba-cuba buat ujian kehamilan guna kit dari Shopee, tidak sangka terus keluar dua garis pekat. Malam itu memang rasa tidak percaya jadi keesokan harinya saya beli kit jenama Dip ‘N’ Tell. Keputusannya memang sah hamil! Rasa sukar nak percaya sebab kami sudah lebih dua tahun berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata (TTC).”
Sakit Payudara, Lenguh Pinggul & Perubahan Emosi. “Semuanya bermula dengan rasa mencucuk-cucuk pada bahagian payudara sehingga rasa sakit apabila disentuh. Selain itu, saya mengalami sakit belakang berhampiran tulang pinggul, perut rasa sedikit memulas dan gusi cepat berdarah bila menggosok gigi. Emosi pula jadi tidak menentu, cepat marah dan cepat sedih. Memandangkan haid saya tidak teratur, saya tidak pasti sama ada lewat haid atau tidak tetapi saya perasan simptom ini timbul selepas mengambil ubat Clomid dan suntikan Hucog.”
Berapa Hari Perlu Tunggu Untuk Tahu Sah Hamil atau Tidak?
Mesti ramai yang tertanya-tanya, “Boleh ke nak tahu hamil atau tak seawal seminggu sebelum period?”
Secara biologinya, tubuh kita sebenarnya mula bagi isyarat seawal 7 hingga 14 hari selepas proses persenyawaan berlaku. Maksudnya, dalam tempoh 1 ke 2 minggu sebelum tarikh haid yang sepatutnya, hormon kehamilan (hCG) dah mula bekerja dan buat badan rasa ‘lain macam’.
Walaupun begitu, janganlah terburu-buru. Ujian kehamilan (UPT) tetap cara terbaik untuk kepastian.
- Masa paling sesuai untuk check. Memang ada pregnancy test kit moden yang mampu kesan seawal 6 hari sebelum terlambat haid. Tapi kalau nak elak rasa kecewa atau keliru, sebaiknya tunggulah sehingga hari pertama haid anda missed. Boleh dapatkan kit UPT Clearblue di sini.
- Guna air kencing pertama waktu pagi. Waktu ni kepekatan hormon hCG berada pada tahap paling tinggi jadi keputusan ujian lebih jelas.
- Garisan kedua nampak kabur? Jangan panik dulu. Simpan kit tersebut dan cuba semula selepas 2 atau 3 hari kerana paras hormon biasanya akan bertambah ganda.
Tanda Hamil 2 Minggu Sebelum Haid
Kalau anda perasan perubahan berikut, besar kemungkinan ia adalah tanda hamil 2 minggu sebelum haid:
- Suhu badan basal meningkat. Wanita yang biasa ukur suhu akan perasan suhu kekal tinggi selepas ovulasi.
- Spotting atau darah implantasi. Darah coklat muda/ pink keluar sedikit, biasanya 6-12 hari selepas persenyawaan.
- Perut rasa penuh atau bloated. Walaupun makan sikit, perut cepat kembung.
- Letih luar biasa. Walaupun tak buat kerja berat, badan mudah rasa lemah.
Perlu diingat, tidak semua wanita mengalami semua tanda ini. Ada yang cuma rasa satu simptom, ada pula yang lengkap.
Tanda-Tanda Orang Hamil 1 Minggu
Untuk minggu pertama, tanda-tanda biasanya lebih subtle. Antara tanda-tanda orang hamil 1 minggu adalah:
- Sakit kepala ringan. Perubahan hormon mempengaruhi aliran darah ke otak.
- Emosi cepat berubah. Senang marah, cepat tersentuh.
- Cramp ringan di perut bawah. Rasa senggugut tapi tidak berterusan.
- Cepat mengantuk. Tubuh mula bekerja keras menghasilkan hormon kehamilan.
Walaupun belum jelas, tanda ini boleh jadi hint awal untuk lebih berjaga-jaga.
Ciri-Ciri Perut Hamil 1 Minggu

Kalau nak tengok dari segi fizikal, ciri-ciri perut hamil 1 minggu belum nampak ketara. Tapi dalaman sudah mula berubah.
- Rasa kembung dan sebu.
- Cramp ringan.
- Rasa tak selesa di bahagian bawah perut.
Ada ibu yang kata perut rasa “lain macam”, bukan macam PMS biasa.
Tanda Awal Mengandung yang Tidak Disedari
Kadang-kadang, tanda badan kita mula mengandung ni langsung tak ada kaitan dengan mual atau muntah. Disebabkan bentuk reaksinya yang agak biasa, ramai yang anggap ia cuma keletihan harian atau perubahan cuaca semata-mata.
Antara gejala kecil yang kerap terjadi tetapi selalu diabaikan ramai wanita adalah:
- Gusi mula berdarah sewaktu berus gigi. Jangan terus salahkan berus gigi keras. Lonjakan hormon progesterone sebenarnya buat tisu gusi anda lebih sensitif dan mudah bengkak.
- Perubahan tekstur kulit muka. Tiba-tiba timbul jerawat sebab kulit terlalu berminyak, atau sebaliknya muka rasa bersisik dan sangat kering secara mendadak.
- Rasa pening lalat atau melayang. Salur darah mula berkembang untuk tampung aliran ke rahim lalu menyebabkan tekanan darah turun seketika.
- Selesema dan hidung tersumbat. Daya tahan tubuh (immune system) secara semula jadi merosot sikit supaya badan tak ‘menolak’ janin yang baru nak berkembang, jadi anda mudah bersin atau kena selesema ringan.
Bila diperhatikan satu persatu, barulah nampak kaitannya, kan? Jika anda alami gabungan beberapa tanda kecil ini serentak, mungkin sudah tiba masanya untuk bersiap sedia dengan kit ujian kehamilan.
Bezakan PMS dan Tanda Awal Mengandung Sebelum Period

Salah satu cabaran besar ialah membezakan PMS dengan tanda awal mengandung. Mari lihat perbandingan ringkas:
| Simptom | PMS | Tanda Awal Mengandung Sebelum Period |
|---|---|---|
| Payudara sakit | Ya, tapi hilang bila haid | Berterusan, rasa lebih tegang |
| Mood swing | Ada, tapi sementara | Lebih kerap, emosi sensitif |
| Cramp perut | Sebelum haid | Awal dan tidak berterusan |
| Spotting | Jarang | Boleh jadi darah implantasi |
| Loya | Jarang | Boleh bermula awal |
Dengan jadual ini, lebih mudah untuk anda kenal pasti perbezaan PMS dan tanda-tanda awal kehamilan.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, tanda awal mengandung sebelum period memang wujud tapi ia berbeza bagi setiap wanita. Ada yang sedar seawal 1 minggu selepas persenyawaan, ada pula yang hanya perasan selepas haid lewat. Perubahan kecil seperti payudara tegang, mudah letih, spotting atau deria bau lebih sensitif boleh jadi signal awal.
Kalau anda rasa ada tanda-tanda ini, jangan terus risau atau terlampau gembira. Buat pregnancy test, kemudian dapatkan nasihat doktor untuk pengesahan. Apa pun hasilnya, jaga kesihatan, banyakkan rehat dan makan makanan berkhasiat.
Jika anda sedang menanti berita gembira, perhatikan betul-betul tanda awal mengandung sebelum period yang tubuh tunjukkan. Jangan lupa buat ujian kehamilan dan dapatkan nasihat doktor.
Nak baca lebih banyak info berguna tentang kehamilan, cuba ikuti artikel lain kami supaya perjalanan menjadi ibu lebih tenang, yakin dan penuh ilmu.
8 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.