Fasa awal kehamilan ni memang penuh rollercoaster, kan? Baru nak layan rasa teruja, tiba-tiba kepala pula rasa sakit dan badan mula suam-suam nak demam.

Bila nak ambil ubat, terus teringat dekat si kecil dalam perut. Mula lah hati rasa berbelah bahagi, boleh makan ke ambil paracetamol untuk ibu hamil trimester 1?

Secara umumnya, paracetamol memang ubat paling selamat untuk ibu mengandung. Cuma yelah, trimester pertama ni fasa penting sebab organ bayi baru nak mula terbentuk. Jadi, normal kalau anda risau nak ambil sebarang jenis ubat.

Paracetamol ni masih boleh diambil untuk bantu legakan badan cuma ada ‘syarat’ yang kena ikut. Paling penting, faham dos yang betul dan tahu bila masa kena berhenti.

Pengambilan Paracetamol Untuk Ibu Hamil Trimester 1

Paracetamol adalah ubat penahan sakit dan penurun demam yang paling biasa digunakan di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai acetaminophen di beberapa negara.

Sebenarnya, Paracetamol adalah ubat pilihan utama yang paling kerap disyorkan doktor untuk ibu hamil. Ubat ni berfungsi mengurangkan bahan kimia kat otak (prostaglandin) yang sebabkan rasa sakit dan demam.

Ia dikira paling selamat berbanding ubat tahan sakit lain macam Ibuprofen atau Aspirin yang berisiko menjejaskan air ketuban dan perkembangan bayi.

Namun, kunci utamanya terletak pada cara pengambilan yang betul. Ibu hanya perlu makan ubat ini apabila betul-betul rasa tak selesa dan terus hentikannya sebaik sahaja demam atau sakit kepala mula kebah. Cukup mulakan dengan dos rendah iaitu satu tablet 500mg sahaja.

Selain itu, pastikan ibu memilih paracetamol untuk ibu hamil trimester 1 yang biasa. Elakkan ubat jenis kombinasi yang ada campuran kafein atau ubat selesema seperti Panadol Extra atau Panadol Cold & Flu kerana bahan tambahan tersebut tidak sesuai untuk kandungan.

Selamatkah Paracetamol Untuk Ibu Hamil Trimester 1?

Kajian perubatan menunjukkan bahawa paracetamol untuk ibu hamil trimester 1 adalah selamat jika diambil mengikut dos yang betul.

Ia tidak meningkatkan risiko kecacatan kelahiran atau komplikasi kehamilan jika digunakan secara sederhana. Selain itu ia tidak seperti ubat antiradang bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen.

Sebaliknya, paracetamol tidak menyebabkan iritasi perut atau mengganggu pembekuan darah. Namun, penggunaan berpanjangan atau dos berlebihan perlu dielakkan kerana ia boleh membebankan hati ibu.

Oleh itu, jika sakit atau demam tidak reda, dapatkan pemeriksaan lanjut sebelum meneruskan pengambilan ubat.

paracetamol untuk ibu hamil trimester 1
Pengambilan panadol untuk ibu hamil trimester pertama melegakan kesakitan yang ringan.

Berapa mg Paracetamol Untuk Ibu Mengandung?

Dos Paracetamol yang selamat untuk ibu mengandung adalah 500mg hingga 1,000mg (1 hingga 2 tablet) bagi setiap 4 hingga 6 jam, hanya apabila perlu.

Berikut garis panduan pengambilan paracetamol untuk ibu hamil trimester 1:

  • Mulakan dengan Dos Rendah (500mg): Disarankan untuk mencuba 1 tablet (500mg) terlebih dahulu. Jika kesakitan atau demam sudah berkurangan, kekalkan dos ini tanpa perlu mengambil 2 tablet berturut-turut.
  • Had Maksimum Harian (4,000mg): Jumlah keseluruhan ubat tidak boleh melebihi 4,000mg (8 tablet 500mg) dalam tempoh 24 jam. Pengambilan melebihi had ini berisiko menyebabkan keracunan hati pada ibu dan memberi kesan buruk kepada janin.
  • Jarak Masa yang Betul: Pastikan ada selang masa sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum mengambil dos seterusnya. Elakkan mengambil ubat ini terlalu kerap dalam jangka masa singkat.
  • Pengambilan Mengikut Keperluan (PRN): Paracetamol bukannya ubat antibiotik yang perlu dihabiskan. Sebaik sahaja demam kebah atau sakit kepala hilang, pengambilan ubat mesti dihentikan serta-merta.

Ibu Mengandung Demam Boleh Makan Panadol?

Ramai yang bertanya, ibu mengandung demam boleh makan panadol atau tidak? Jawapannya boleh, tetapi hanya selepas memastikan dos sesuai dan di bawah pengawasan doktor.

Panadol untuk ibu hamil trimester 1 membantu menurunkan suhu badan yang tinggi sekali gus mengurangkan risiko komplikasi pada janin. Demam yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan termasuk risiko kelahiran pramatang.

Namun, pastikan hanya mengambil paracetamol yang mengandungi bahan aktif acetaminophen/paracetamol sahaja tanpa campuran bahan lain yang mungkin berbahaya untuk kehamilan.

Ibu Mengandung Boleh Makan Panadol Actifast?

Satu lagi persoalan yang sering timbul ialah ibu mengandung boleh makan panadol Actifast? Jawapannya adalah ya, ia selamat jika diambil dalam dos yang disarankan.

Panadol Actifast mengandungi paracetamol yang sama cuma ia diserap lebih cepat untuk kesan segera. Walau bagaimanapun, ibu hamil perlu berwaspada terhadap pengambilan ubat ini secara kerap.

Paracetamol untuk ibu hamil trimester 1 atau Panadol Actifast seharusnya diambil hanya apabila benar-benar perlu. Jika anda tidak pasti tentang dos atau jenis panadol yang sesuai, sebaiknya berbincang dengan doktor atau ahli farmasi.

paracetamol untuk ibu hamil trimester 1
Ibu mengandung boleh makan paracetamol?

Tidak Semua Ubat Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Ketika berbadan dua, memang rasa risau kalau tiba-tiba jatuh sakit kan? Mesti terfikir, “Boleh ke aku makan ubat ni?” Menurut Klinik Iris, tak semua ubat selamat diambil sebab ada yang boleh bawa risiko pada baby dalam kandungan.

Walaupun doktor mungkin membenarkan penggunaan ubat tertentu seperti paracetamol atau vitamin kehamilan, banyak ubat lain yang perlu dielakkan. Contohnya seperti painkiller tertentu, ubat jerawat dan produk herba.

Pendek kata, walaupun ubat tu nampak “biasa”, jangan main ambil sesuka hati je. Paling penting, kalau ragu-ragu, jangan makan dulu dan consult terus dengan doktor atau pharmacist.

Alternatif Selain Paracetamol Untuk Ibu Hamil

Jika ibu ingin mendapat kelegaan tanpa mengambil panadol ketika hamil, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh anda cuba:

1. Kompres Air Suam

Kompres air suam adalah salah satu cara semula jadi yang selamat untuk ibu hamil mengurangkan rasa sakit kepala, demam ringan atau ketegangan otot.

Caranya adalah dengan merendam tuala kecil dalam air suam, perah sedikit, kemudian letakkan pada dahi, leher atau kawasan sakit selama 10-15 minit.

Haba lembut daripada kompres membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan ketegangan otot serta menurunkan suhu badan jika demam.

2. Rehat Yang Cukup

Keletihan adalah penyebab utama sakit kepala dan ketidakselesaan semasa hamil. Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 7-9 jam tidur setiap malam bagi memastikan tubuh mendapat masa untuk pulih dan membina tenaga.

Tidur dalam posisi mengiring ke kiri juga membantu melancarkan aliran darah ke rahim. Berehat seketika di siang hari apabila penat juga penting bagi mengurangkan tekanan fizikal dan mental.

3. Minum Air Secukupnya

Dehidrasi sering berlaku pada ibu hamil kerana keperluan cecair meningkat sepanjang kehamilan. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala, pening atau rasa lemah.

Minumlah sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari. Air juga membantu menstabilkan suhu badan jika ibu mengalami demam ringan selain mengelakkan masalah lain seperti sembelit atau tekanan darah rendah.

4. Urutan Ringan

Urutan ringan pada bahu, tengkuk atau belakang boleh membantu mengurangkan ketegangan otot yang sering menjadi punca sakit kepala ketika hamil.

Urutan lembut yang dilakukan oleh pasangan atau tukang urut bertauliah (yang mahir dengan teknik urutan ibu mengandung) juga boleh:

  • meningkatkan peredaran darah.
  • mengurangkan tekanan.
  • memberikan rasa lebih relaks.

5. Teknik Pernafasan dan Relaksasi

Tekanan atau stres boleh memperburuk sakit kepala ketika hamil. Mengamalkan teknik pernafasan dalam membantu mengurangkan rasa tegang.

Senaman ringan seperti yoga pranatal atau meditasi juga sangat sesuai untuk ibu hamil kerana ia bukan sahaja menenangkan fikiran malah membantu mengurangkan rasa sakit yang berpunca daripada tekanan.

paracetamol untuk ibu hamil trimester 1
Panadol untuk ibu hamil trimester 1 memiliki risiko yang rendah terhadap ibu dan bayi.

6. Penggunaan Minyak Aromaterapi (Aromatherapy)

Minyak aromaterapi yang selamat seperti peppermint, lavender atau chamomile boleh digunakan untuk membantu melegakan sakit kepala ringan.

7. Rujuk Doktor Untuk Ubat Selamat

Jika sakit berterusan atau semakin teruk sangat penting untuk ibu berjumpa doktor. Doktor mungkin akan mencadangkan ubat lain yang selamat untuk ibu hamil selain paracetamol.

Setiap preskripsi bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan janin. Jangan sesekali mengambil ubat tanpa nasihat perubatan kerana ada ubat yang berisiko kepada kandungan.

Pengambilan Vaksin Untuk Ibu Mengandung

Perubahan hormon dan sistem imun ketika hamil membuatkan ibu lebih mudah terdedah kepada jangkitan seperti selesema atau virus berbahaya. Dr. Aliazara kongsikan tiga jenis vaksin yang beliau ambil semasa mengandung untuk melindungi kesihatan diri serta bayi dalam kandungan.

”Ramai ibu hamil sering bertanya sama ada pengambilan vaksin dibenarkan ketika hamil. Jawapannya sudah tentu boleh. ” katanya.

Antara tiga vaksin yang diambil oleh Dr. Aliazara adalah vaksin Tdap untuk melindungi bayi daripada batuk kokol atau pertussis memandangkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti yang lengkap.

Selain itu, beliau turut mengambil vaksin influenza seawal trimester pertama bagi mengelakkan komplikasi selesema. Manakala vaksin RSV biasanya diberikan sekitar minggu ke-32 hingga ke-36 kehamilan.

Vaksin RSV adalah untuk melindungi bayi daripada jangkitan saluran pernafasan teruk walaupun harganya agak keras sedikit. Namun sebelum mengambil sebarang vaksin, ibu perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, paracetamol tetap menjadi pilihan paling selamat untuk melegakan demam atau sakit kepala sepanjang trimester pertama kehamilan asalkan diambil mengikut dos dan nasihat pakar.

Sama ada panadol biasa mahupun panadol Actifast, kunci utamanya adalah berhati-hati dan tidak mengambilnya secara berlebihan.

Kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa menjadi keutamaan. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk rujuk doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mempunyai sebarang masalah.

Jika artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan wanita atau bakal ibu yang lain agar mereka juga mendapat panduan yang jelas dan tepat.

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

7 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Pregnancy, breastfeeding and fertility while taking paracetamol for adults
  2. Paracetamol use in pregnancy: Not as safe as we may think?
  3. No link between paracetamol use during pregnancy and autism or ADHD in children
  4. Medicines during pregnancy
  5. Pengambilan Paracetamol Ketika Hamil
  6. Paracetamol Boleh Makan Ke Semasa Mengandung
  7. Wanita Hamil Boleh Makan Panadol Tak?

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.