Ramai ibu ayah panik bila anak tiba-tiba demam. Nak terus bawa ke klinik atau tunggu dulu? Bimbang juga kalau tersalah langkah, anak makin lemah, ibu ayah pula tak sedar suhu badan anak meningkat.
Sebenarnya, tak semua situasi demam memerlukan ubat serta-merta. Banyak cara tradisional dan petua selamat yang boleh kita cuba untuk kurangkan panas pada badan anak.
Mari kita fahami cara kawal panas demam si kecil dengan betul, petua hilangkan demam panas anak berserta tanda penting yang mewajibkan ibu ayah bawa anak jumpa doktor.
Kenapa Kanak-kanak Mudah Kena Demam Panas?
Sebelum mula cari petua hilangkan demam panas anak atau terus bagi ubat, elok kita faham dulu punca suhu badan si kecil tiba-tiba rasa panas. Bila tahu sebabnya, barulah senang kita nak bantu tenangkan keadaan.
Antara punca biasa yang selalu jadi penyebab demam panas pada anak ialah:
- Jangkitan virus. Contohnya bila anak kena selesema, batuk atau influenza.
- Jangkitan bakteria kerap berlaku kat bahagian telinga, tekak atau paru-paru.
- Kesan cucuk vaksin. Tindak balas biasa sistem imun selepas ambil suntikan imunisasi.
- Gigi baru nak keluar juga antara punca anak boleh demam. Pertumbuhan gigi baru boleh buat suhu naik sikit dan anak mula meragam.
- Kurang minum air boleh buat badan anak cepat rasa kering dan badan mula panas.
Suhu badan naik sikit sebenarnya petanda sistem imun anak tengah aktif lawan kuman. Tapi kalau termometer dah tunjuk suhu 38.5°C ke atas, itu tanda ibu ayah kena cepat-cepat ambil langkah selamat untuk bantu kurangkan demam dia.
Petua Hilangkan Demam Panas Anak Secara Semula Jadi

Berikut ialah beberapa petua hilangkan demam panas anak yang boleh diamalkan di rumah. Kebanyakan petua ini selamat jika dibuat dengan betul dan sesuai untuk kanak-kanak.
Petua Hilangkan Demam Panas Anak 1. Kompres Air Suam, Bukan Air Sejuk!
Ramai ibu ayah masih keliru tentang suhu air untuk kompres. Untuk petua hilangkan demam panas anak, gunakan air suam, bukan air sejuk atau ais.
Cara betul:
- Lap kawasan ketiak, lipatan paha, belakang leher dan dahi.
- Gunakan kain lembut.
- Ulang setiap 10-15 minit.
Air sejuk boleh menyebabkan badan anak menggigil dan menaikkan suhu dalaman. Jadi, elakkan ya.
Petua Hilangkan Demam Panas Anak 2. Kekal Hidrat
Salah satu cara hilangkan panas dalam badan anak yang paling penting ialah memastikan anak cukup hidrasi. Pilihan terbaik untuk kekal hidrat adalah dengan berikan anak minum air atau susu secukupnya:
- Bayi: Susu ibu atau susu formula.
- Kanak-kanak: Air kosong, air barli, sup jernih.
Badan yang cukup air membantu menurunkan suhu dengan lebih cepat. Ini antara cara kurangkan demam panas yang sering dipandang ringan tetapi sangat berkesan.
Petua Hilangkan Demam Panas Anak 3. Pakaian Nipis & Longgar
Elakkan membedung atau memakaikan pakaian tebal ketika anak demam. Untuk petua ketiga ini, ibu ayah atau penjaga disarankan memakaikan anak pakaian nipis bagi membantu haba keluar dari badan.
Tips ringkas:
- Pilih kain kapas.
- Elakkan selimut tebal.
- Pastikan bilik tidak terlalu panas.
Cara Tradisional Turunkan Demam Panas Anak (Masih Selamat & Boleh Amalkan)

Selain bagi ubat doktor, ramai ibu ayah selesa amalkan petua lama untuk bantu kurangkan rasa tak selesa bila anak demam. Selagi petua tu tak berbahaya, tak salah untuk kita cuba sebagai ikhtiar tambahan di rumah.
- Jelap badan guna air daun sirih
- Antara petua popular zaman dulu untuk bantu redakan panas badan.
- Cara buat: Rebus beberapa helai daun sirih, biar air jadi suam-suam kuku, kemudian lap perlahan pada badan anak. Pastikan kulit anak tak ada alahan atau ruam dulu ya.
- Bagi minum air barli suam
- Sesuai sangat untuk anak umur 1 tahun ke atas yang tengah kurang selera minum.
- Sebab apa elok: Selain bantu sejukkan dalaman badan, air barli elok untuk elak anak kena dehidrasi sebab cecair mudah diserap badan.
Ingat ya, petua ini sekadar usaha awal untuk bagi anak selesa. Kalau suhu masih tinggi atau anak makin melarat, tetap kena bawa jumpa doktor segera.
Cara Turunkan Suhu Demam Anak Dengan Selamat & Berkesan
Selain petua semula jadi, ada langkah praktikal yang terbukti membantu cara turunkan suhu demam anak dengan cepat.
Petua Hilangkan Demam Panas Anak 1. Mandian Air Suam
Mandian air suam membantu menurunkan suhu badan secara berperingkat. Jangan guna air sejuk kerana boleh menyebabkan kejutan suhu.
Untuk petua hilangkan demam panas anak, pastikan:
- Air suam kuku.
- Tempoh mandi singkat.
- Lap badan selepas mandi.
Petua Hilangkan Demam Panas Anak 2. Ubat Demam Jika Perlu (Ikut Dos!)
Jika suhu masih tinggi, ubat demam seperti paracetamol boleh digunakan. Namun, ini bukan pengganti petua hilangkan demam panas anak!
Perhatian penting:
Kesalahan Biasa Ibu Ayah Bila Anak Demam Panas

Kadang-kadang niat kita nak bantu, tapi tanpa sedar buat keadaan jadi lebih teruk. Elakkan kesalahan ini ketika mengamalkan petua hilangkan demam panas anak:
- Jangan gunakan air ais untuk kompres.
- Jangan selubung anak dengan selimut tebal.
- Jangan beri ubat tanpa ikut dos.
- Tidak pantau suhu secara berkala.
Ingat, cara turunkan suhu demam anak perlu konsisten dan sabar.
Pengalaman Real Ibu Bila Anak Demam Panas
Isu anak demam berpanjangan ini kerap menjadi dilema ibu bapa. Baru-baru ini, seorang pengguna Threads menyuarakan kebimbangannya apabila anaknya mengalami demam panas yang tidak kebah walaupun sudah dua hari makan ubat. Dia bertanyakan soalan yang sering bermain di fikiran ramai ibu bapa: keadaan atau petanda bagaimanakah yang mewajibkan kita membawa anak terus ke hospital?
Menjawab persoalan tersebut, seorang ibu berkongsi pengalaman peribadinya apabila berdepan situasi yang sama:
“Berdasarkan pengalaman saya, masa anak pertama kerap demam tinggi macam ini memang selalu pergi Emergency Department (ED) sahaja tetapi tidak dimasukkan ke wad (warded). Ada benda juga saya belajar daripada situasi itu. Bila perlu pergi hospital adalah kalau anak mula tidak mahu minum dan tidak mahu makan, atau sudah lebih tiga hari demam. Nak tak nak memang kita kena sentiasa pantau di rumah sahaja jika anak masih mahu minum susu. Apa saya buat, bagi anak makan ubat ikut masa. Sentiasa bersedia dengan botol semburan air. Sembur dekat kepala, ketiak, belakang badan dan ulang setiap kali sudah kering. Tidur pakai lampin sahaja dan saya selimutkan guna kain bedung.”
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Walaupun banyak petua kurangkan demam anak boleh dibuat di rumah, ada situasi yang memerlukan rawatan segera. Jumpa doktor jika:
- Demam lebih 3 hari.
- Suhu melebihi 39°C.
- Anak kejang atau sawan.
- Anak terlalu lemah & tidak minum.
- Bayi bawah 3 bulan demam.
Keselamatan anak sentiasa keutamaan.
Kesimpulan
Demam panas memang buat ibu ayah risau, tetapi dengan ilmu yang betul, kita boleh mengawalnya dengan selamat. Langkah di atas ini bukan sekadar petua tradisional, tetapi gabungan penjagaan, pemantauan dan tindakan yang betul.
Mulakan dengan langkah mudah seperti hidrasi, kompres suam dan rehat secukupnya.
Jika perlu, gunakan ubat dengan dos yang betul dan jangan ragu untuk ke klinik bila keadaan membimbangkan.
8 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- Tips on fevers in children
- Fever in Children: What to Know and When to Worry
- Fever in children
- Fever (High Temperature) In Kids
- High temperature (fever) in children
- The Do's and Don'ts of Treating Fevers in Children
- Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Suhu & Punca Demam Anak
- Suhu Demam Bayi dan Kanak-Kanak
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.