Bila dapat tahu diri mengandung, gembiranya bukan main. Tapi dalam masa yang sama, mesti ada rasa bertanda tanya dekat fikiran ibu iaitu alahan mengandung bermula minggu ke berapa?

Bila bau tumisan atau sabun kegemaran pun dah buat mual dan pusing, ibu dah tahu mesti ada sesuatu yang berbeza sedang berlaku pada badan sendiri.

Fasa awal kehamilan memang penuh suspen. Kadang-kadang pagi ini rasa cergas sangat, tapi masuk waktu petang terus layu dan tak bermaya nak buat apa-apa kerja.

Rasa loya dan badan cepat penat ni sebenarnya sebahagian daripada perjalanan indah menjadi seorang ibu. Justeru adalah penting untuk anda memahami alahan mengandung bermula minggu ke berapa dan persediaan yang boleh dilakukan untuk melalui setiap trimester dengan baik.

Apa Itu Alahan Mengandung?

Alahan mengandung ialah keadaan di mana ibu hamil mengalami perubahan fizikal dan emosi akibat peningkatan hormon kehamilan terutamanya hormon hCG dan estrogen.

Ia sering berlaku pada awal kehamilan dan biasanya dikenali sebagai morning sickness. Walaupun dipanggil “morning sickness”, alahan ini boleh berlaku bila-bila masa. Tidak kiralah sama ada pagi, petang atau malam.

Secara perubatan, alahan mengandung bermula minggu ke berapa berkait rapat dengan proses implantasi dan peningkatan hormon kehamilan.

Selepas persenyawaan berlaku, embrio akan melekat pada dinding rahim sekitar 6 hingga 12 hari kemudian. Ketika inilah hormon hCG mula dirembeskan dengan cepat. Hormon ini bertanggungjawab menyokong kehamilan awal tetapi dalam masa yang sama menyebabkan rasa mual dan muntah.

alahan mengandung bermula minggu ke berapa
Alahan mengandung minggu ke berapa?

Alahan Mengandung Bermula Minggu Ke Berapa

Alahan mengandung (atau morning sickness) biasanya bermula pada minggu ke-6 kehamilan, iaitu sekitar 2 minggu selepas anda terlepas kitaran haid. Berikut adalah garis masa biasa alahan kehamilan:

Awal Kemunculan (Minggu ke-4 Hingga 6)

Pada fasa ini, ujian kehamilan biasanya baru sahaja menunjukkan keputusan positif. Hormon kehamilan mula meningkat membuatkan deria bau menjadi sangat sensitif.

Ibu mungkin mula rasa mual apabila menghidu bau makanan tertentu, minyak wangi atau bau tumisan di dapur.

Fasa Puncak (Minggu ke-8 Hingga 11)

Ini adalah waktu alahan berada pada tahap paling ketara. Paras hormon human Chorionic Gonadotropin (hCG) dan estrogen berada di paras paling tinggi dalam badan.

Gejala seperti muntah, hilang selera makan dan rasa loya sepanjang hari (bukan sahaja waktu pagi) adalah sangat biasa pada waktu ini.

Fasa Berkurang (Minggu ke-12 Hingga 14)

Memasuki penghujung trimester pertama, uri (placenta) telah terbentuk sepenuhnya dan mengambil alih tugas memberi nutrisi kepada bayi. Paras hormon hCG mula stabil menyebabkan rasa mual dan muntah berkurangan secara bertahap bagi kebanyakan ibu.

Alahan Mengandung Bukan Sebab Manja

Alahan mengandung bukanlah tanda ibu bersifat manja, mengada-ngada atau “tak tahan mengandung”. Ia adalah satu keadaan yang sangat melemahkan fizikal dan mental ketika awal kehamilan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh Dr. Delima Radzwa ini membuka mata ramai pihak tentang realiti sebenar Hyperemesis Gravidarum (HG) yang sering disalah anggap sebagai alahan biasa.

Berikut pengalaman beliau yang mengalami alahan mengandung yang teruk:

  • Bukan ‘Morning Sickness’ Biasa: HG jauh lebih teruk daripada alahan biasa. Beliau mengalaminya dalam dua kali kehamilan, sehingga terpaksa cuti sakit selama 8 minggu, dimasukkan ke hospital dan untuk mandi pun perlukan bantuan suami.
  • Simptom Berterusan (Hypersalivation): Walaupun muntah sudah berkurangan, beliau tetap menghadapi masalah air liur berlebihan (hypersalivation) sampai terpaksa membawa botol berwarna gelap ke tempat kerja untuk meludah secara senyap.
  • Faktor Keturunan & Sokongan: Pengalaman ini rupa-rupanya turut diwarisi daripada ibunya yang mengalami situasi sama ketika mengandung dahulu. Suami yang sangat supportive serta sistem cuti sakit berkaitan kehamilan di UK yang tidak mengenakan penalti sangat membantu meringankan beban beliau.

Kenapa Rasa Loya?

Soalan penting yang sering timbul ialah kenapa rasa loya ketika mengandung? Jawapannya bukan hanya satu faktor tetapi gabungan beberapa perubahan dalam badan.

1. Lonjakan Hormon hCG

Selepas janin menempel pada dinding rahim, badan mula merembeskan hormon human Chorionic Gonadotropin (hCG) dalam jumlah yang sangat banyak dan meningkat ganda setiap 2-3 hari.

Hormon inilah yang merangsang pusat mual di dalam otak dan menjadi punca utama rasa loya pada trimester pertama.

2. Peningkatan Hormon Estrogen & Progesteron

  • Estrogen: Peningkatan hormon ini dikaitkan terus dengan kepekaan deria bau dan rasa loya.
  • Progesteron: Hormon ini berfungsi merehatkan otot-otot rahim tetapi pada masa yang sama ia turut merilekskan otot saluran penghadaman. Akibatnya, proses pencernaan menjadi lambat, perut lambat kosong dan timbul rasa mual.

3. Paras Gula Dalam Darah Rendah

Pada awal kehamilan, tenaga ibu banyak disalurkan kepada pembentukan uri dan perkembangan janin. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah drop dengan cepat terutamanya pada waktu pagi dan menyebabkan rasa loya.

4. Cecair Asid Perut & Perut Kosong

Perut yang dibiarkan kosong terlalu lama akan terkumpul dengan asid gastrik. Asid ini boleh menjejaskan dinding perut yang sudah pun sensitif disebabkan hormon kehamilan sekali gus membuatkan rasa loya.

alahan mengandung bermula minggu ke berapa
Berapa minggu alahan mengandung?

Berapa Minggu Kehamilan Dapat Dikesan?

Ramai wanita hanya menyedari mereka hamil apabila alahan bermula. Jadi timbul persoalan, berapa minggu kehamilan dapat dikesan? Secara umum:

  • Ujian kehamilan UPT boleh positif sekitar minggu ke-4.
  • Ujian darah boleh mengesan lebih awal.
  • Ultrasound biasanya jelas sekitar minggu ke-6.

Ada juga wanita yang mula rasa simptom sebelum sempat buat ujian. Ketika itulah mereka mencari jawapan tentang alahan mengandung bermula minggu ke berapa kerana perubahan badan terasa ketara.

Jika haid lewat lebih seminggu dan disertai loya, keletihan serta payudara tegang, besar kemungkinan kehamilan sudah boleh dikesan.

Adakah Semua Ibu Akan Mengalami Alahan?

Jawapannya tidak semestinya. Walaupun ramai tertanya alahan mengandung minggu ke berapa, ada wanita yang langsung tidak mengalami loya sepanjang kehamilan.

Ini bukan petanda kandungan tidak sihat. Faktor yang mempengaruhi termasuk:

  • Tahap hormon individu.
  • Genetik.
  • Sensitiviti badan.
  • Gaya hidup.

Jadi jika tidak mengalami alahan, jangan risau kerana kehamilan tetap boleh berkembang dengan baik. Bagi yang mengalami alahan pula ingatlah bahawa perjalanan dan tempoh alahan setiap wanita adalah berbeza.

Boleh Ke Ambil MC Sebab Alahan Mengandung?

Dr. Zubaidi Hj Ahmad berkongsi bahawa cuti bersalin 90 hari di Malaysia penting untuk ibu berehat dan menyusukan bayi. Ibu disarankan memaklumkan kehamilan lebih awal kepada majikan supaya perancangan cuti dan kerja dapat diuruskan dengan baik tanpa menjejaskan syarikat.

Majikan pula perlu berlapang dada, bertolak ansur dan tidak mendiskriminasi pekerja hamil. Malah wajar beri cuti sakit (MC) jika ada alahan serta tukar mereka ke tugas yang lebih selamat dan elak syif malam.

Di pihak pekerja wanita pula, mereka perlu selesaikan urusan pejabat, serahkan tugas kepada rakan sekerja sebelum bercuti dan jaga hubungan baik dengan majikan.

Bila Perlu Risau Dengan Alahan?

Walaupun alahan mengandung bermula minggu ke berapa biasanya normal dalam trimester 1, ada keadaan yang perlu diberi perhatian.

Jumpa doktor jika:

  • Muntah terlalu kerap.
  • Tidak boleh minum air langsung.
  • Berat badan turun mendadak.
  • Terasa sangat lemah atau pitam.

Keadaan ini dipanggil hyperemesis gravidarum dan memerlukan rawatan. Jika anda masih tertanya alahan mengandung berapa lama tetapi simptom semakin teruk, jangan berlengah mendapatkan bantuan.

alahan mengandung bermula minggu ke berapa
Kenapa rasa loya ketika mengandung?

Cara Kurangkan Alahan Mengandung

Selepas memahami alahan mengandung bermula minggu ke berapa, ini beberapa cara yang boleh membantu:

1. Makan Dalam Kuantiti Kecil Tetapi Kerap

Perut kosong boleh buat rasa loya jadi lebih teruk. Antara cara kurangkan alahan mengandung adalah:

  • Makan setiap 2-3 jam.
  • Ambil biskut tawar sebelum bangun dari katil.
  • Elakkan makan terlalu kenyang sekali gus.
  • Pilih makanan ringan seperti roti bakar, kraker, bijirin kering atau buah.

Makan sedikit tetapi kerap membantu menstabilkan gula dalam darah dan mengurangkan rasa mual.

2. Ambil Halia atau Lemon

Halia terkenal sebagai bahan semula jadi untuk mengurangkan loya. Ibu cuba cara kurangkan alahan mengandung ini:

  • Minum teh halia suam.
  • Hisap gula-gula halia.
  • Minum air lemon suam.
  • Tambah hirisan lemon dalam air kosong.

Ramai ibu mengandung rasa lebih lega selepas mengambil minuman berasaskan halia atau lemon.

3. Minum Air Secukupnya

Muntah yang kerap boleh menyebabkan dehidrasi dan buat alahan jadi lebih teruk. Antara tips kurangkan alahan mengandung adalah:

  • Minum sedikit demi sedikit sepanjang hari.
  • Elakkan minum terlalu banyak dalam satu masa.
  • Cuba air sejuk jika air suhu bilik buat loya.
  • Boleh cuba air elektrolit jika disarankan doktor.

Jika tidak boleh minum langsung, segera berjumpa doktor.

4. Rehat Yang Mencukupi

Selain mengetahui alahan mengandung bermula minggu ke berapa, penting untuk mendapatkan rehat yang mencukupi pada beberapa minggu awal kehamilan. Keletihan boleh memburukkan lagi simptom alahan.

Pastikan ibu:

  • Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam.
  • Ambil rehat jika rasa pening.
  • Elakkan aktiviti berat.
  • Kurangkan tekanan.

Badan yang cukup rehat lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan hormon.

5. Elakkan Bau dan Makanan Pencetus

Setiap ibu berbeza. Ada yang tidak tahan bau nasi panas, minyak masak, kopi atau minyak wangi. Cuba kenal pasti:

  • Bau yang mencetuskan loya.
  • Makanan berminyak atau pedas.
  • Makanan berbau kuat.

Elakkan sementara waktu sehingga simptom berkurang.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, alahan mengandung biasanya seawal minggu ke-4 hingga ke-6. Purata tempoh alahan ini berlangsung sekitar 6 hingga 10 minggu namun ia berbeza-beza mengikut tindak balas tubuh setiap wanita.

Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil (TTC) atau baru sahaja terlepas kitaran haid, ujian kehamilan (UPT) sudah boleh mengesan kehamilan seawal minggu ke-4.

Yang paling penting, fahami bahawa simptom ini adalah sesuatu yang normal, menandakan badan anda sedang berusaha keras menyediakan ruang terbaik buat si kecil, dan ia hanyalah bersifat sementara. Raikan perjalanan unik ini mengikut keupayaan tubuh anda sendiri.

Jika anda sedang TTC atau baru disahkan hamil, simpan artikel ini sebagai rujukan supaya anda lebih bersedia menghadapi fasa awal kehamilan dengan tenang.

Jangan lupa simpan artikel ini untuk rujukan akan datang dan kongsikan bersama pasangan agar dia bersedia menjadi sistem sokongan terbaik anda!

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

7 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Morning Sickness
  2. Morning sickness
  3. Vomiting and morning sickness
  4. Morning sickness
  5. Pregnancy - morning sickness
  6. Memahami Mabuk Hamil dalam Kehamilan
  7. Mabuk Hamil Semasa Kehamilan

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.