Cara Pakai Kondom Dengan Betul, Panduan Lengkap Untuk Elak Bocor & Kehamilan Terjadi

Ramai orang tahu tentang kondom, tapi tak semua tahu cara pakai kondom dengan betul.

Padahal, cara pemakaian yang salah boleh buat kondom bocor, longgar, atau terlucut — akhirnya tak berfungsi seperti sepatutnya.

Artikel ini akan terangkan cara pakai kondom dengan betul, cara pakai kondom agar tidak hamil, dan juga cara pakai kondom agar tidak bocor untuk pasangan yang ingin berhubungan secara sihat dan selamat.

Jom baca!

Apa Itu Kondom dan Kenapa Ia Penting?

Kondom ialah alat kontraseptif yang paling mudah dan praktikal digunakan untuk mencegah kehamilan serta melindungi daripada jangkitan kelamin (STI) seperti HIV, sifilis, atau gonorea.

Terdapat dua jenis utama kondom — kondom lelaki dan kondom wanita, namun yang paling biasa digunakan ialah kondom lelaki.

Kelebihan utama bila tahu cara pakai kondom dengan betul termasuk:

  • Mencegah kehamilan tidak dirancang.
  • Mengurangkan risiko penyakit kelamin.
  • Mudah didapati di farmasi tanpa preskripsi.
  • Harga kondom adalah mampu milik dan mudah dibawa ke mana-mana.

Tapi semua kelebihan ni hanya berfungsi bila kita tahu cara pakai kondom agar tidak hamil dan cara pakai kondom agar tidak bocor.

Jadi, jom belajar langkah demi langkah.

cara pakai kondom
Cara pakai kondom agar tidak hamil memberikan perlindungan maksimum ketika bersama.

Cara Pakai Kondom Dengan Betul

Sebelum memakainya, pastikan anda dan pasangan dalam keadaan selesa dan bersedia.

Kondom bukan sekadar alat pencegah kehamilan, tapi juga simbol tanggungjawab dan penghormatan antara suami isteri.

Berikut langkah-langkah cara pakai kondom dengan betul:

1. Semak Tarikh Luput

Jangan pandang ringan perkara ni.

Kondom yang sudah tamat tempoh boleh rapuh dan mudah koyak.

Jadi, sebelum buka bungkusan kondom, semak dulu tarikh luput pada paket.

Cara Pakai Kondom 2. Buka Bungkusan Dengan Hati-Hati

Ramai yang silap di sini — jangan guna gigi atau kuku tajam sebab boleh koyakkan kondom.

Gunakan jari perlahan-lahan di bahagian tepi untuk membuka paket.

3. Pastikan Kondom Menghadap Arah Yang Betul

Kondom ada bahagian luar dan dalam.

Pastikan bahagian yang boleh digulung berada di luar supaya senang dipakai.

Kalau silap arah, buang dan ambil yang baru – jangan terbalikkan sebab boleh menyebabkan risiko kehamilan.

4. Picit Ujung Kondom Antara Cara Pakai Kondom

Sebelum pasang, picit hujung kondom untuk keluarkan udara.

Ini penting supaya tak ada gelembung udara yang boleh menyebabkan kondom pecah.

Langkah ni sering diabaikan, padahal ia kunci utama dalam cara pakai kondom agar tidak bocor.

5. Gulung Hingga Ke Pangkal

Letakkan kondom di hujung zakar yang tegang dan gulung perlahan-lahan hingga ke pangkal.

Pastikan ia melekap rapat tanpa ruang udara.

Cara Pakai Kondom 6. Gunakan Pelincir (Jika Perlu)

Kalau rasa kering atau tidak selesa, boleh guna pelincir berasaskan air (water-based).

Elakkan pelincir berasaskan minyak seperti vaseline sebab boleh rosakkan lateks dan menyebabkan kebocoran.

7. Buang Dengan Betul Selepas Digunakan

Selepas klimaks, pegang pangkal kondom sebelum tarik keluar supaya tak terlucut.

Ikat, bungkus dengan tisu, dan buang dalam tong sampah (jangan siram dalam tandas).

Langkah-langkah ni nampak mudah, tapi bila dilakukan dengan betul, ia sangat berkesan sebagai cara pakai kondom agar tidak hamil dan elak risiko jangkitan.

cara pakai kondom
Cara pakai kondom dengan betul juga dapat mencegah jangkitan kelamin.

Baca juga: Adakah Telan Air Mani Boleh Mengandung? Ketahui Cara Sebenar Kehamilan Berlaku

Baca juga: Tak Salah Mencuba, Ini Tips Anak Kembar Walaupun Tiada Genetik Yang Suami Isteri Boleh Amalkan

Tip Agar Kondom Tak Bocor

Walaupun anda dah tahu cara pakai kondom dengan betul, masih ada risiko bocor kalau tak berhati-hati.

Jadi, berikut beberapa tip penting untuk memastikan keselamatan maksimum:

1. Simpan Di Tempat Sejuk & Kering

Elak letak kondom dalam dompet atau kereta terlalu lama sebab haba boleh rosakkan getah.

Simpan di tempat yang sejuk, kering, dan jauh dari cahaya matahari.

2. Jangan Guna Dua Sekaligus

Ramai fikir dua kondom lebih selamat, tapi sebenarnya geseran antara dua lapisan getah boleh menyebabkan ia cepat koyak ketika hubungan intim.

Cukup satu saja, tapi pastikan dipakai dengan betul.

3. Gunakan Pelincir Yang Sesuai

Kalau guna kondom lateks, pastikan guna pelincir berasaskan air.

Kalau guna yang berasaskan minyak, risiko bocor meningkat.

4. Jangan Guna Semula Kondom

Ini kesilapan besar.

Kondom hanya untuk sekali guna sahaja.

Setiap kali hubungan, gunakan kondom baru.

Dengan ikut tip ni, anda dah tahu cara pakai kondom agar tidak bocor dan selamat digunakan setiap kali.

Kenapa Boleh Jadi Pakai Kondom Tapi Mengandung?

Walaupun kondom direka untuk mencegah kehamilan, ada banyak faktor yang boleh menyebabkan ia gagal.

Berikut antara punca pakai kondom tapi mengandung yang paling biasa:

1. Kondom Bocor atau Koyak

Pakai kondom tapi mengandung dikaitkan dengan kondom bocor atau koyak.

Kadang-kadang kondom boleh bocor disebabkan oleh cara simpanan yang salah — contohnya disimpan dalam dompet, terkena haba tinggi, atau digigit semasa dibuka.

Bila bocor, fungsi utamanya hilang dan menyebabkan risiko pakai kondom tapi mengandung meningkat.

2. Cara Pemakaian Salah

Pakai kondom tapi mengandung juga disebabkan oleh cara pemakaian yang salah.

Kesalahan kecil seperti tidak picit hujung kondom sebelum dipakai, atau tidak menggulung hingga ke pangkal, boleh buat udara terperangkap dan menyebabkan koyak.

3. Kondom Terlucut Semasa Hubungan

Bila zakar mengecil selepas klimaks, kondom boleh terlucut jika tidak dipegang semasa ditarik keluar.

Ini juga antara sebab kenapa sesetengah pasangan pakai kondom tapi mengandung.

4. Guna Dua Kondom Sekali Gus

Pakai kondom tapi mengandung turut dikaitkan dengan guna dua kondom sekali gus.

Ramai fikir lebih selamat, padahal dua kondom yang bergeseran antara satu sama lain akan mudah koyak — sekali gus meningkatkan risiko kehamilan.

5. Kondom Tamat Tempoh

Kondom yang sudah melebihi tarikh luput menjadi rapuh dan senang koyak walaupun nampak masih elok.

Jadi, jangan abaikan semakan tarikh sebelum guna.

Jenis Kondom Yang Terbaik

Salah satu cara untuk elak situasi pakai kondom tapi mengandung adalah dengan pilih jenis kondom yang sesuai.

Setiap jenis kondom ada kelebihan tersendiri bergantung pada keperluan pasangan.

1. Kondom Lateks

Jenis kondom lateks adalah yang paling biasa dan murah.

Namun, ada sesetengah individu alah kepada bahan getah lateks.

2. Kondom Non-Lateks

Diperbuat daripada bahan seperti polyisoprene atau polyurethane, sesuai untuk yang sensitif terhadap lateks.

Rasa lebih lembut dan semula jadi.

3. Kondom Bertekstur (Ribbed/Dotted)

Direka dengan corak timbul untuk meningkatkan sensasi semasa hubungan.

Ramai wanita suka jenis ni sebab beri lebih stimulasi.

4. Kondom Ultra Nipis

Jenis kondom ini lebih nipis dan hampir seperti tidak memakai apa-apa, memberi rasa semula jadi.

Tapi pastikan berkualiti tinggi untuk elak koyak.

5. Kondom Dengan Pelincir Tambahan

Jenis kondom ini sesuai bagi wanita yang alami kekeringan vagina.

Ia juga bantu kurangkan geseran yang boleh menyebabkan kebocoran.

cara pakai kondom
Jenis kondom yang berbeza memiliki fungsi dan rasa berbeza.

Kondom Yang Disukai Wanita

Tak semua wanita rasa selesa dengan kondom, tapi bila pilih jenis yang betul, ramai yang setuju ia beri ketenangan dan keselesaan.

Berikut antara kondom yang disukai wanita:

1. Ultra Nipis

Kondom yang disukai wanita adalah jenis ultra nipis.

Wanita sukakan sensasi semula jadi.

Kondom jenis ini lembut, tak terasa tebal, dan lebih selesa.

2. Bertekstur

Jenis ribbed atau dotted beri lebih rangsangan di dinding faraj — antara faktor utama kondom yang disukai wanita.

3. Non-Lateks

Kondom yang disukai wanita seperti non-lateks ini memiliki kurang bau getah dan tak menyebabkan iritasi.

Ramai wanita lebih suka jenis ini sebab lebih lembut dan hypoallergenic.

4. Dengan Pelincir Tambahan

Kondom yang disukai wanita adalah dengan pelincir tambahan.

Faraj kering boleh sebabkan ketidakselesaan dan geseran.

Kondom pelincir tambahan bantu hubungan lebih lancar dan menyeronokkan.

Mitos Tentang Penggunaan Kondom

Ramai masih percaya mitos salah tentang cara pakai kondom.

Jom kita betulkan persepsi!

“Kondom mengurangkan nikmat”

Sebenarnya, ada kondom ultra-nipis yang direka khas supaya rasa lebih semula jadi.

Dengan cara pakai kondom yang betul, pengalaman tetap memuaskan.

“Kalau dah guna kondom, tak boleh hamil langsung”

Walaupun keberkesanannya tinggi (98% bila digunakan dengan betul), masih ada kemungkinan kecil hamil jika kondom koyak atau digunakan salah.

Sebab tu penting tahu cara pakai kondom agar tidak hamil dengan langkah yang betul.

“Tak perlu kondom kalau guna kaedah lain”

Kondom tetap penting sebab bukan saja untuk cegah kehamilan, tapi juga elak penyakit kelamin.

Gabungkan dengan kaedah lain (seperti pil perancang) untuk perlindungan berganda.

“Semua kondom sama”

Tidak! Ada beza dari segi ketebalan, saiz, bahan, dan pelincir.

Pilih yang paling sesuai untuk keselesaan dan keselamatan.

Kesimpulan

Secara ringkas, cara pakai kondom bukan sekadar tahu buka dan pakai.

Ia melibatkan langkah betul dari semak tarikh luput, teknik pemakaian, hinggalah cara buang yang betul.

Dengan amalan yang betul, anda bukan saja dapat mencegah kehamilan, tapi juga menjaga kesihatan diri dan pasangan.

Ia bukan tanda tidak percaya pasangan, tapi tanda anda sayang dan prihatin terhadap kesejahteraan bersama.

Kalau anda ingin tahu lebih banyak tentang topik kesihatan reproduktif dan hubungan suami isteri, teruskan baca artikel menarik lain seperti keputihan coklat sebelum haid dan ciri-ciri hamil tapi haid.

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca proses editorial kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

Kalkulator Tarikh Jangka Lahir

Gunakan kalkulator ini untuk mengetahui tarikh jangka lahir berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran haid anda.

Share your love
zuraikha
zuraikha
Articles: 124

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *