Bila baru lepas bersalin, jujur cakap memang gementar bila tengok susu badan tak keluar-keluar lagi. Mula lah rasa panik, risau tak dapat susukan bayi dengan lancar.

Relaks mummy, jangan stres! Kalau stres lagi susah susu badan tu nak keluar. Sebenarnya ini benda biasa yang ramai ibu baru lalui.

Laktasi ni ikut tindak balas hormon dan sentuhan baby. Jadi kalau susu badan belum meriah lagi hari pertama atau kedua, itu bukan penanda anda ibu yang “gagal”.

Jom baca artikel ni sampai habis untuk tahu mengenai teknik urutan yang boleh membantu first time mom (FTM), petua lancarkan aliran, dan cara atasi susu tersumbat.

Bila Susu Badan Akan Keluar?

Mesti ramai ibu-ibu baru terfikir, lepas bersalin nanti susu badan automatik terus ada ke? Hakikatnya tak semua ibu mempunyai pengalaman penyusuan yang sama. Ada yang rezeki susu badan terus menitis, ada juga kena tunggu beberapa hari baru nampak hasil.

Secara ringkasnya macam ni:

  • Susu Pertama (Kolostrum): Biasanya keluar cecair pekat kuning melekat seawal hari pertama baby lahir (kadang-kadang time mengandung lagi dah ada!).
  • Susu Matang: Yang ni selalunya ambil masa 2 hingga 5 hari lepas bersalin baru mula rasa payudara penuh.

Jadi kalau hari pertama tu mummy tengok pam kosong atau puting belum ada banyak susu, tolong jangan terus down. Perut baby baru lahir tu tersangatlah kecil, sebesar guli je. Titisan kolostrum yang sikit tu dah cukup padat dengan nutrien & antibodi untuk dia.

Petua paling mujarab? Kerapkan je skin-to-skin dan teruskan sua puting kat baby. Hisapan si manja tu lah ‘isyarat’ paling kuat untuk otak mummy buat susu lagi banyak!

Tanda Susu Badan Keluar

cara keluarkan susu badan kali pertama
Bagaimana nak tahu pengeluaran susu ibu lancar?

Ibu mungkin tertanya-tanya, macam mana nak tahu susu badan sudah mula keluar dengan lancar?

Berikut tanda-tanda susu badan keluar yang ibu boleh perhatikan:

  1. Payudara terasa penuh atau tegang – Ini tanda kelenjar susu sedang bekerja dengan baik.
  2. Rasa let-down reflex (susu mengalir sendiri) – Ada rasa berdenyut atau sedikit mencucuk pada payudara sebelum susu mengalir.
  3. Bayi kenyang selepas menyusu – Bayi tidur lena, buang air kecil dengan kerap (6-8 kali sehari selepas minggu pertama).
  4. Titisan susu pada baju atau bra – Kadang-kadang keluar tanpa disedari, terutama bila dengar tangisan bayi.

Jangan risau jika tanda-tanda ini tidak berlaku serta-merta.

Tubuh setiap ibu berbeza, ada yang cepat, ada yang perlahan sedikit.

Yang penting, teruskan menyusu sekerap mungkin kerana itu adalah asas cara keluarkan susu badan kali pertama yang paling mudah.

Cara Keluarkan Susu Badan Kali Pertama Dengan Urutan

Salah satu cara keluarkan susu badan kali pertama dengan lebih mudah adalah melalui teknik urutan.

Urutan lembut pada payudara boleh membantu melancarkan aliran susu, terutama jika ibu rasa susu “berat” tetapi susah nak keluar.

Cara urutan untuk keluarkan susu badan dengan mudah:

  1. Basuh tangan dengan bersih.
  2. Letakkan jari di bahagian atas payudara (sekitar kawasan dada). Urut perlahan-lahan dengan gerakan memutar.
  3. Gerakkan ke arah puting – urut dari bahagian luar menuju ke tengah.
  4. Gunakan tapak tangan untuk menekan lembut ke arah puting, seolah-olah menolak susu keluar.
  5. Boleh juga lakukan teknik marmet – picit perlahan di kawasan areola (sekitar puting), lepaskan, dan ulanginya semula.

Urutan ini bukan sahaja membantu melancarkan susu, tetapi juga melegakan payudara yang bengkak.

Buat dengan tenang dan jangan terburu-buru.

Ramai pakar laktasi menyarankan urutan sebagai salah satu strategi utama dalam cara keluarkan susu badan kali pertama.

Susu Badan Tersumbat, Apa Nak Buat?

cara keluarkan susu badan kali pertama
Pengambilan makanan berkhasiat membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

Pernah tak tengah teruja nak breastfeed baby, tiba-tiba rasa ada ketulan keras kat breast? Bila tekan sikit rasa sengal dan berdenyut-denyut. Haa… yang ni tanda susu badan mummy tersumbat. Kalau biarkan je, takut makin melarat sampai kena mastitis (jangkitan kuman). Kalau kena mastitis ni, mummy boleh sampai demam menggigil tau!

Jangan panik ya, mummy boleh cuba cara mengeluarkan susu badan yang tersumbat ni:

  • Kerapkan penyusuan – Susukan bayi lebih kerap pada payudara yang tersumbat.
  • Urut perlahan ke arah puting semasa menyusu.
  • Kompres panas dengan tuala suam sebelum menyusu untuk bantu buka saluran susu.
  • Kompres sejuk selepas menyusu untuk kurangkan bengkak.
  • Tukar posisi penyusuan supaya bayi dapat menghisap pada bahagian yang berbeza.

Kalau saluran masih tersumbat walaupun dah cuba cara ini, boleh guna pam susu selepas menyusu untuk bantu kosongkan payudara.

Tanda-Tanda Susu Badan Kering

Selain tahu cara keluarkan susu badan, penting juga untuk mummy kenal tanda susu badan makin berkurang atau kering.

Mengetahui cara keluarkan susu badan kali pertama akan lebih sempurna jika ibu faham tanda susu badan kering.

Antara petunjuknya:

  1. Bayi tidak kenyang selepas menyusu – masih menangis atau resah.
  2. Bilangan lampin basah berkurang – kurang daripada 6 kali sehari selepas minggu pertama.
  3. Payudara tidak lagi terasa penuh walaupun tidak menyusu lama.
  4. Tiada titisan susu walaupun selepas urutan atau pam.
  5. Berat bayi tidak bertambah mengikut carta pertumbuhan.

Kalau ibu rasa susu makin berkurang, jangan cepat putus asa.

Cuba tingkatkan penghasilan dengan cara:

  • Susukan bayi sekerap mungkin.
  • Pastikan ibu cukup air dan rehat.
  • Amalkan makanan yang bantu banyakkan susu seperti kurma, oat, halba, dan susu rendah lemak.

Semua ini melengkapi usaha ibu dalam mempraktikkan pengeluaran susu badan kali pertama dengan jayanya.

Tips Tambahan Cara Keluarkan Susu Badan Kali Pertama Buat FTM

Selain daripada teknik urutan dan penyusuan kerap, ada beberapa tip yang boleh bantu:

  • Jangan terlalu stres. Emosi sangat mempengaruhi penghasilan susu.
  • Elakkan penggunaan botol terlalu awal. Bayi mungkin keliru puting dan kurang menyusu terus dari payudara.
  • Pakai bra menyusu yang selesa. Jangan terlalu ketat kerana boleh menekan saluran susu.
  • Gunakan pam susu bila perlu. Terutama jika ibu bekerja atau bayi kurang menyusu.
  • Minta sokongan pasangan dan keluarga. Ibu yang tenang lebih mudah hasilkan susu dengan banyak.

Kesemua tips ini jika digabungkan akan menguatkan lagi keberkesanan cara keluarkan susu badan kali pertama.

Tips Cepatkan Susu Keluar

cara keluarkan susu badan kali pertama
Tips cepatkan pengeluaran susu badan.
TipsPenerangan Ringkas
Susukan bayi sekerap mungkinHisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk merangsang penghasilan susu.
Urutan payudaraUrut lembut ke arah puting untuk melancarkan aliran susu.
Kompres panas sebelum menyusuTuala suam membantu membuka saluran susu yang tersumbat.
Cukup minum airKekurangan air boleh mengurangkan penghasilan susu.
Rehat dan tidur mencukupiTubuh yang penat lebih sukar menghasilkan susu dengan baik.
Elakkan stressEmosi tenang membantu hormon oksitosin berfungsi untuk aliran susu.
Amalkan makanan galactagogueKurma, oat, halba, dan susu rendah lemak boleh bantu banyakkan susu.

Kesimpulan

Setiap ibu ada pengalaman berbeza dalam hal penyusuan.

Ada yang susu keluar laju sebaik bersalin, ada juga yang perlukan masa beberapa hari.

Jangan risau, teruskan berusaha dengan menyusu sekerap mungkin, buat urutan, dan jaga kesihatan diri.

Ingat, mengeluarkan susu badan kali pertama bukan sekadar soal teknik, tapi juga soal kesabaran dan keyakinan diri.

Percayalah, badan ibu dicipta sempurna untuk menyusukan bayi.

Kalau anda ibu baru yang masih rasa keliru tentang penyusuan, jangan malu untuk dapatkan bantuan daripada pakar laktasi atau kumpulan sokongan ibu menyusu.

Setiap titis susu yang mummy berikan adalah hadiah terbaik untuk si kecil.

Jadi, teruskan usaha, mummy mampu lakukannya!

Mulakan dengan yakin dan praktikkan cara keluarkan susu badan kali pertama untuk pengalaman menyusu yang indah.

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

9 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Expressing and storing breast milk
  2. Expressing by hand
  3. Expressing - the basics
  4. EXPRESSING BREAST MILK
  5. STORAGE AND PREPARATION OF BREAST MILK
  6. Expressing
  7. Expressing and storing breastmilk
  8. Panduan Penyusuan Susu Ibu
  9. PENYUSUAN SUSU IBU

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.