Siapa je tak teruja bila bayangkan ada dua bayi comel sekali gus dekat rumah. Memang riuh, tapi penat tu pasti terbayar bila tengok senyuman comel mereka. Sebab itulah ramai pasangan teringin nak anak kembar dan rajin cari jalan untuk merancang kehamilan idaman ni.
Secara saintifik, peluang dapat anak kembar banyak dipengaruhi faktor genetik, umur ibu, tahap hormon, dan gaya hidup harian. Tapi kalau dalam keluarga langsung tak ada sejarah kembar, jangan patah semangat dulu.
Sebenarnya, masih ada pelbagai ikhtiar dari segi pemakanan serta amalan gaya hidup sihat yang anda boleh cuba untuk tingkatkan peluang tersebut.
Faktor Genetik & Biologi Dalam Cara Dapat Anak Kembar
Sebelum teruja nak cuba pelbagai petua, jom fahamkan dulu asas biologi di sebalik kehamilan kembar. Secara umumnya, ada dua jenis kembar yang anda perlu tahu:
- Kembar Seiras (Identical): Berlaku bila satu telur disenyawakan oleh satu sperma, kemudian pecah dua menjadi dua embrio terpisah. Kejadian ni selalunya berlaku secara rawak dan tidak berkaitan dengan genetik.
- Kembar Tak Seiras (Fraternal): Berlaku bila kilang telur (ovari) lepaskan dua telur serentak, dan kedua-duanya disenyawakan oleh dua sperma berbeza. Jenis inilah yang sangat dipengaruhi oleh faktor keturunan.
Kalau sebelah keluarga isteri ada sejarah kembar, peluang mengandung kembar sangat tinggi. Tapi macam mana pula kalau langsung tak ada genetik kembar? Jangan risau, ada beberapa ikhtiar lain yang boleh dicuba.

Faktor Lain Yang Tingkatkan Peluang Hamil Kembar
Selain genetik, ada beberapa faktor semula jadi yang sebenarnya boleh bagi anda ‘bonus’ untuk dapat anak kembar:
- Faktor Umur: Wanita berumur antara 30 hingga 40 tahun secara semulajadinya ada potensi lebih tinggi untuk lepaskan dua telur serentak semasa ovulasi disebabkan perubahan hormon.
- Keturunan & Pemakanan: Walaupun statistik menunjukkan wanita berketurunan Afrika ada peluang kembar paling tinggi, wanita Asia masih boleh mencuba ikhtiar dari segi pemakanan untuk bantu merangsang kesuburan dan ovulasi.
- Jumlah Anak Sebelum Ini: Lebih ramai anak yang anda ada sebelum ni, lebih tinggi peluang badan untuk mengalami ovulasi berganda dalam kehamilan seterusnya.
Petua Tradisional Cara Dapat Anak Kembar
Bagi yang lebih selesa dengan cara semula jadi, ini antara petua yang popular diamalkan sejak dulu lagi. Walaupun tiada jaminan 100%, tak salah untuk kita berikhtiar dengan cara yang selamat:
1. Kerap Bersama Semasa Waktu Subur
Fokus utama adalah pada hari ke-12 hingga ke-16 kitaran haid. Bagi anda yang teringin anak kembar sepasang, cuba konsisten bersama setiap hari atau selang sehari sepanjang waktu subur ini untuk tingkatkan peluang persenyawaan.
2. Susu Kambing & Kelapa Muda
Susu kambing sangat bagus untuk bantu seimbangkan hormon wanita, manakala air kelapa muda dipercayai secara tradisional dapat membantu “menyejukkan rahim” agar lebih bersedia untuk proses kehamilan.
3. Doa & Niat Yang Jelas
Usaha fizikal mestilah seiring dengan ikhtiar kerohanian. Berdoalah dengan ikhlas, spesifik, dan sentiasa tenang kerana rezeki zuriat itu sepenuhnya adalah milik Allah.
4. Bernazar
Anda boleh bernazar dan tidak bertentangan dengan syarak. Sebagai contoh, bernazar untuk bersedekah kepada anak yatim atau memberi makan orang miskin jika dikurniakan cahaya mata kembar.
5. Buat Baik Pada Haiwan
Orang tua-tua percaya rezeki zuriat mudah masuk apabila hati kita baik Elakkan menzalimi haiwan dan banyakkan bersedekah. Ada juga yang kata kalau bagi kucing makan, dapat mudah mengandung.
6. Kawal Stres
Emosi yang stabil membantu hormon ovulasi berfungsi secara optimum. Selalukan berzikir, rileks, dan jaga hubungan harmonis dengan pasangan sepanjang tempoh TTC (trying to conceive).
7. Asid Folik & Makanan Tinggi Phytoestrogen
Mulakan pengambilan asid folik beberapa bulan sebelum merancang. Selain itu, banyakkan makan makanan seperti soya, ubi keledek, dan kekacang yang kaya dengan phytoestrogen untuk merangsang kilang ovari melepaskan lebih dari satu telur.
8. Makanan Berasaskan Tenusu
Kajian ada menunjukkan wanita yang kerap mengamalkan produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil kembar berbanding wanita yang kurang mengambilnya.
9. Kekalkan Berat Badan Ideal
Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat sangat mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mempunyai berat badan ideal didapati mempunyai kadar ovulasi ganda yang lebih baik.
10. Nasihat Doktor & Suplemen Kesuburan
Selain petua tradisional, anda juga boleh berbincang dengan doktor pakar tentang ubat merangsang ovulasi atau suplemen kesuburan yang selamat untuk membantu tingkatkan kebarangkalian mendapat kembar.

Pengalaman Dapat Twins
Pengalaman kehamilan ketiga bagi seorang ibu @siti.nuur.hidayu ni memang mengejutkan. Bila naik double line, dia buka buku kat Klinik Kesihatan lambat sikit.
Waktu doktor buat imbasan, jelas nampak 2 janin bergerak dalam 2 kantung berbeza iaitu kembar tak seiras. Masa tu cuma satu benda lalu kat fikiran adalah takut! Macam mana nak bersalin dua bayi sekaligus nanti?
Alhamdulillah, sepanjang pregnant tak ada alahan teruk dan rekod semua elok. Sebab tak ada komplikasi, doktor sarankan bersalin normal dan kena serah diri pada usia 37 minggu.
Bila cukup 37 minggu, masih tiada tanda bersalin. Selepas serah diri di hospital, bukaan dah 2cm tapi tak ada contraction. Hari seterusnya, bukaan naik 4cm dan terus ditolak ke Labour Room.
Selepas jururawat masukkan ubat menerusi drip, rasa contraction terus naik ‘gear 5’!
- Kembar Pertama: Lepas 3 kali meneran, selamat lahir pada 3:59 petang dan rasa sakit terus hilang sekejap.
- Kembar Kedua: Paling tak boleh lupa sebab saya kena push kembar kedua tanpa rasa sakit. Badan dah penat sangat, tapi bila doktor cakap mungkin kena czer kalau tak berjaya, terus hilang rasa lali.
Saya kuatkan semangat ikut kiraan doktor. Alhamdulillah, 2nd twin selamat jenguk dunia pada 4:14 petang.
Cara Dapat Anak Kembar Moden
Kalau dulu orang hanya bergantung pada petua, sekarang ada banyak kaedah moden untuk mencuba cara dapat anak kembar sepasang secara saintifik.
Walaupun tiada jaminan, kaedah ni terbukti boleh bantu meningkatkan peluang ovulasi berganda.
1. Ubat Subur (Clomid / Letrozole)
Ubat subur digunakan untuk merangsang ovari keluarkan lebih daripada satu telur. Inilah asas utama cara buat anak kembar secara moden. Tapi ingat, ubat ini hanya boleh diambil atas nasihat doktor.
2.. Rawatan IVF (In Vitro Fertilization)
Dalam rawatan IVF, lebih daripada satu embrio dimasukkan ke dalam rahim. Ia meningkatkan peluang untuk hamil kembar, malah boleh jadi cara buat anak kembar perempuan atau lelaki bergantung kepada embrio yang dipilih.
3. Suplemen Tambahan
Kajian menunjukkan suplemen seperti asid folik, kalsium, dan zink membantu keseimbangan hormon. Ia salah satu bentuk pemakanan untuk dapat anak kembar yang disarankan oleh pakar kesuburan.
Cara Dapat Anak Kembar Sepasang
Secara semula jadi, kembar sepasang berlaku bila dua telur disenyawakan oleh dua sperma dengan jantina berbeza.Walaupun tak boleh dikawal sepenuhnya, ada beberapa faktor yang boleh bantu:
- Diet seimbang: Pemakanan kaya nutrien bantu hasilkan telur sihat.
- Suami jaga kesuburan: Elak rokok, cukup tidur, dan banyakkan makanan tinggi zink seperti tiram dan kekacang.
- Bersama pada waktu ovulasi: Ini waktu sperma X dan Y paling aktif. Kalau nak cara buat anak kembar perempuan, boleh cuba waktu awal ovulasi kerana sperma X hidup lebih lama.
Selain itu, ada pasangan cuba makan ubi untuk dapat anak kembar sebagai amalan harian, sebab ia dipercayai tingkatkan peluang dua telur dilepaskan serentak.
Pemakanan Untuk Dapat Anak Kembar
Ramai tak tahu, pemakanan memainkan peranan penting dalam cara buat anak kembar. Apa yang kita makan boleh bantu tingkatkan peluang ovulasi berganda secara semula jadi.
1. Produk Tenusu
Kajian mendapati wanita yang banyak minum susu atau makan keju 5 kali lebih cenderung dapat anak kembar. Protein dan hormon dalam susu bantu rangsang ovari.
2. Makan Ubi Untuk Dapat Anak Kembar
Ini antara petua paling popular dan masih diamalkan sampai sekarang. Makan ubi untuk dapat anak kembar, terutama ubi keladi atau ubi putih sebab ia ada kandungan phytoestrogen yang boleh merangsang pelepasan dua telur serentak.
Menariknya, masyarakat Yoruba di Nigeria yang makan banyak ubi mempunyai kadar kelahiran kembar tertinggi di dunia!
3. Daging & Telur
Makanan tinggi protein, zat besi, dan asid amino penting bantu tubuh kekal subur dan menyokong proses ovulasi berganda.
4. Sayur & Buah
Buah-buahan seperti jambu batu, mangga, pisang dan sayuran hijau bantu penghasilan telur sihat. Pengambilan asid folik sebelum hamil juga dikaitkan dengan peningkatan peluang dapat kembar, sama ada cara buat anak kembar perempuan atau lelaki.

Kesimpulan
Tak ada formula tepat untuk cara buat anak kembar, tapi ada banyak usaha yang boleh bantu ke arah tu. Dari pemakanan untuk dapat anak kembar, rawatan moden, hingga petua dapat anak kembar walaupun tiada genetik, semuanya boleh dicuba dengan cara selamat.
Yang penting, kekalkan kesihatan fizikal dan mental. Jangan stres atau terlalu tertekan nak hasilkan kembar sebab rezeki anak datang pada masa dan cara yang tepat.
Kalau Allah izinkan, mungkin anda akan jadi ibu bertuah dengan anak kembar sepasang yang comel dan sihat.
8 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- Pregnant with twins
- Twin Pregnancy
- How to get pregnant with twins: Myths surrounding twin conception
- Twin Pregnancy: Answers from an Expert
- Pregnant with twins
- Twin pregnancy: Getting ready for twins or multiples
- ADA KE PETUA UNTUK MENDAPATKAN ANAK KEMBAR
- Inginkan Anak kembar? Bagaimanakah rawatan kesuburan boleh membantu anda?
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.