Ramai ibu baru yang stres apabila susu badan terasa kurang atau macam tak cukup untuk baby. Tapi jangan risau ya, ada banyak cara banyakkan susu badan yang boleh ibu cuba.
Artikel ini ditulis khas untuk ibu-ibu hebat macam anda yang tengah cari tips santai dan praktikal nak tingkatkan penghasilan susu badan.
Sama ada anda menyusu penuh atau kombinasi dengan formula, semua ibu boleh cuba cara-cara ini.
Jom teruskan pembacaan, Mommies!
Kenapa Susu Badan Kurang?
Ramai ibu risau apabila rasa susu makin sedikit, padahal hakikatnya ia normal berlaku – terutama dalam minggu-minggu awal lepas bersalin.
Tapi kenapa susu badan kurang?
Ibu boleh lihat tanda tanda susu badan kurang seperti bayi selalu menangis lepas menyusu, kurang buang air kecil (kurang 6 lampin basah sehari), berat badan tak naik, dan payudara rasa tak penuh walaupun jarang menyusu.
Antara punca biasa susu ibu berkurangan termasuk baby tak menyusu dengan kerap, latching tak betul, stres atau kurang rehat, dan pengambilan air yang tak mencukupi.
Kadang-kadang badan masih “belajar” nak sesuaikan diri dengan permintaan baby.
Selain tu, penggunaan botol atau puting terlalu awal pun boleh ganggu penyusuan badan secara semula jadi.
Tapi, jangan cepat panik ya, Ibu!
Yang penting, kenal pasti puncanya dan cuba atasi dengan cara yang sesuai.
Lagi cepat mula, lagi mudah untuk bantu susu badan kembali lancar.
Berapa Kerap Bayi Baru Lahir Menyusu?

Bayi baru lahir biasanya akan menyusu setiap 1 hingga 3 jam sekali, termasuk waktu malam.
Ini bermakna dalam sehari, baby boleh menyusu sekitar 8 hingga 12 kali atau lebih!
Corak menyusu tidak semestinya tetap, jadi jangan risau kalau bayi anda minta susu lebih kerap – itu normal ya, Ibu!
Penyusuan kerap bukan sahaja bantu baby kenyang, tapi juga salah satu cara banyakkan susu badan dengan cepat dan semula jadi.
Lagi banyak baby hisap, lagi banyak susu badan akan dihasilkan.
Jadi ibu, follow je rentak baby tanpa terlalu ikut jam.
18 Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat & Semula Jadi

Setiap ibu ada perjalanan penyusuan yang berbeza.
Tapi jangan risau, ada banyak cara yang boleh bantu tingkatkan penghasilan susu badan — dari teknik penyusuan, pemakanan, sampailah ke gaya hidup.
Jom kita tengok satu per satu cara banyakkan susu badan dalam pantang yang paling praktikal dan berkesan untuk ibu cuba!
Cara Banyakkan Susu Badan #1. Susukan Bayi Lebih Kerap
Kalau anda nak tahu cara banyakkan susu badan dengan cepat dan yang paling asas – susukan bayi sekerap mungkin.
Prinsip mudah: lebih kerap baby menyusu, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk hasilkan susu ibu.
Tips:
- Susukan bayi setiap 1-3 jam sekali (siang dan malam).
- Jangan tunggu baby menangis baru nak susukan.
- Biarkan bayi menyusu selama yang dia nak, bukan ikut jam.
2. Jangan Skip Sesi Menyusu Waktu Malam
Malam sebenarnya waktu paling ‘power’ untuk hasilkan hormon prolaktin – hormon penggalak susu.
Jadi kalau nak cara banyakkan susu badan yang berkesan, jangan skip sesi menyusu tengah malam.
Kalau terlalu penat, ibu:
- Boleh cuba baring sambil menyusu.
- Guna bantal menyusu untuk selesa.
- Minta pasangan tolong jaga baby sekejap selepas menyusu.
Cara Banyakkan Susu Badan #3. Perbaiki Latching Bayi
Kalau latch atau lekapan tak betul, baby tak dapat hisap susu dengan efektif – ini boleh menyebabkan susu badan kurang.
Belajar cara latching yang betul antara langkah penting dalam cara banyakkan susu badan.
Tips:
- Pastikan mulut bayi terbuka luas.
- Bibir bawah baby terjuih ke luar.
- Dagu rapat dengan payudara, dan sebahagian besar areola masuk dalam mulut.
4. Pam Susu Antara Sesi Menyusu
Kalau baby tengah tidur atau dah kenyang, pam susu boleh jadi penyelamat.
Ia bantu kosongkan payudara dan trigger signal untuk hasilkan lebih banyak susu.
Tips mesra:
- Pam 15-20 minit setiap sesi.
- Guna teknik power pumping untuk merangsang pengeluaran susu ibu.
- Simpan susu perahan untuk stok EBM.
Cara Banyakkan Susu Badan #5. Minum Air Secukupnya

Susu badan mengandungi lebih 80 peratus air.
Jadi, kalau anda kurang minum air, badan akan automatik kurangkan penghasilan susu.
Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari, ya.
Tips mudah:
- Sediakan botol air besar dekat tempat menyusu.
- Letak reminder dekat phone.
- Tambah lemon, timun atau daun pudina untuk buat infused water.
6. Rehat Yang Cukup (Walaupun Sukar)
Ya, kami tahu rehat cukup tu bunyi macam mustahil untuk ibu baru.
Tapi percaya atau tidak, rehat adalah salah satu cara banyakkan susu badan yang ramai orang tak sedar.
Apabila badan terlalu penat atau stress, hormon susu boleh terganggu.
Tips praktikal:
- Tidur ketika baby tidur.
- Let go kerja rumah yang tak penting.
- Minta bantuan pasangan atau keluarga.
7. Urut Payudara Secara Lembut
Urutan lembut sebelum dan selepas menyusu boleh bantu lancarkan aliran susu dan elakkan saluran tersumbat.
Ia juga bantu payudara rasa lebih ringan dan selesa.
Teknik ringkas:
- Guna dua jari urut dari luar ke arah puting.
- Boleh buat dalam bulatan perlahan.
- Gunakan minyak kelapa atau minyak zaitun.
8. Cuba Makanan Penggalak Susu (Milk Booster)
Antara makanan yang popular dalam senarai cara banyakkan susu badan:
- Oat.
- Kurma.
- Daun kelor (moringa).
- Bawang putih.
- Halba.
Tapi jangan lupa, kesan makanan tambah susu badan (milk booster) ini berbeza ikut badan seseorang.
Cuba satu persatu dan lihat mana yang paling serasi.
9. Elak Tekanan & Emosi Negatif
Stres adalah musuh utama susu badan.
Apabila ibu terlalu stres, hormon oxytocin yang bantu refleks susu akan terganggu.
Jadi, ambil masa untuk jaga emosi sendiri.
Cara redakan stres:
- Buat aktiviti santai (baca buku, mandi aromaterapi).
- Luahkan pada kawan atau pasangan.
- Amalkan zikir atau meditasi ringan.
Cara Banyakkan Susu Badan #10. Power Pumping
Power pumping ialah teknik pam susu yang meniru sesi menyusu malam.
Ia sangat efektif sebagai cara banyakkan susu badan dalam masa singkat.
Contoh jadual:
- Pam 20 minit.
- Rehat 10 minit.
- Pam 10 minit.
- Rehat 10 minit.
- Pam 10 minit.
Buat setiap hari selama 3–7 hari berturut-turut.
Ramai ibu berjaya tambah stok EBM lepas konsisten power pumping.
11. Berfikiran Positif & Yakin Diri
Kadang-kadang, mentaliti kita sendiri yang buat kita rasa susu kurang walaupun sebenarnya cukup.
Tanamkan mindset “Aku cukupkan baby dengan susu aku sendiri.”
Affirmation untuk ibu menyusu:
- “Badan aku bijak hasilkan susu.”
- “Aku tenang dan yakin dengan penyusuan.”
- “Baby kenyang dan bahagia dengan susu aku.”
12. Elakkan Bra Terlalu Ketat
Bra yang ketat boleh tekan saluran susu dan sebabkan ibu alami bengkak susu atau tersumbat.
Pilih bra menyusu yang selesa, lembut dan tidak terlalu padat.
Tips:
- Pilih saiz bra yang betul selepas melahirkan.
- Tukar bra yang basah supaya tiada jangkitan.
- Elakkan underwire (wayar besi).
13. Jangan Malu Minta Bantuan Kaunselor Laktasi
Kalau dah cuba macam-macam cara tapi susu masih kurang, kaunselor laktasi boleh bantu periksa latch, posisi, dan beri sokongan moral.
Tak salah minta bantuan ya!
Anda boleh jumpa:
- Kaunselor bertauliah di hospital.
- Klinik kesihatan.
- Grup sokongan penyusuan.
Cara Banyakkan Susu Badan #14. Menyusu Dari Kedua-Dua Belah Payudara
Pastikan anda tukar belah payudara setiap kali sesi menyusu.
Ia bukan sahaja bantu rangsang kedua-dua belah, tapi juga elakkan bengkak susu sebelah payudara.
Tips:
- Gunakan pin, getah rambut atau apps untuk ingat belah mana terakhir anda beri bayi menyusu.
- Susukan 10–15 minit setiap belah, ikut baby.
15. Elakkan Puting Tiruan Terlalu Awal
Botol atau puting tiruan terlalu awal boleh buat bayi keliru puting dan tolak payudara.
Tunggu hingga penyusuan badan stabil sebelum perkenalkan botol atau pacifier.
16. Amalkan Suplemen Jika Disarankan Doktor
Kalau badan kurang nutrisi, penghasilan susu pun boleh terjejas.
Dapatkan nasihat doktor sebelum ambil mana-mana suplemen untuk banyakkan susu badan seperti:
- Kalsium & magnesium.
- B-kompleks.
- Fenugreek (halba).
17. Sediakan Ruang Menyusu Yang Tenang
Ruang menyusu yang selesa boleh bantu hormon oksitosin bekerja dengan lebih baik.
Pilih tempat yang:
- Redup dan nyaman.
- Ada bantal sokongan.
- Jauh dari bunyi bising.
Cara Banyakkan Susu Badan #18. Konsisten
Akhir sekali, konsisten ialah rahsia kejayaan penyusuan ibu.
Jangan cepat give up ya! Kadang-kadang ambil masa untuk nampak hasil – tapi percayalah, ia berbaloi.
Anda Tak Sendirian!
Penyusuan memang mencabar, tapi ia juga pengalaman paling indah.
Cara banyakkan susu badan bukanlah satu rahsia besar, tapi perlukan kesabaran, ilmu dan sokongan yang betul.
Anda sedang buat yang terbaik untuk anak, dan itu sudah cukup hebat!
Kalau rasa penat, ambil nafas.
Kalau rasa nak menangis, menangislah sekejap. Tapi jangan putus asa ya.
Slow progress is still progress.
Dah cuba mana-mana cara banyakkan susu badan kat atas?
Jom kongsikan pengalaman atau tips anda dalam ruangan komen!
Atau tag kawan yang baru melahirkan supaya dia pun dapat manfaat dari artikel ini.
Untuk lebih banyak tips mesra ibu, lawati kami di BukuPink.my – portal kehamilan dan penyusuan no.1 di Malaysia!