Pernah tak tengah belek cermin, tiba-tiba terfikir, “Eh, baru berapa minggu tapi perut macam dah nampak sangat ni? Alahan pun semacam penatnya.” Mula lah dalam kepala terdetik, ada rezeki anak kembar ke kali ni?

Hah! Sebenarnya, ramai bakal ibu berkongsi yang gerak hati mereka sangat kuat tentang kandungan semasa awal kehamilan. Ini termasuklah tekaan sedang mengandung kembar. Dan tekaan tu selalunya tepat!

Walaupun kena tunggu scan doktor dulu untuk kepastian, badan kita selalunya dah mula hantar ‘isyarat’ awal seawal trimester pertama lagi.

Seronoknya bila bayangkan bawa dua nyawa serentak, tapi sejujurnya penat dia pun double tau. Nak tahu apa yang beza sangat mengandung baby kembar berbanding biasa? Jom kita sembang pasal tanda mengandung kembar dari minggu awal kehamilan, apa yang ibu-ibu lain lalui, dan tanda fizikal yang korang boleh perasan dulu sebelum pergi klinik.

Jom baca!

Ciri-Ciri Hamil Kembar Trimester Pertama

Masuk saja trimester pertama, memang macam-macam benda bermain dalam fikiran ibu. Paling mendebarkan bila dalam hati mula tertanya-tanya, “Eh, lain macam hamil kali ni. Aku mengandung kembar ke?”

Sebenarnya, badan kita ni bijak. Kalau ada dua nyawa tengah membesar kat dalam tu, dia akan mula hantar signal yang korang sendiri boleh rasa beza dia:

a) Muntah sampai lembik badan

Morning sickness mengandung kembar ni lain macam, datang awal dan ‘pakej’ sekali dengan loya yang teruk. Ini semua penangan hormon hCG yang mencanak naik sebab badan tengah tampung dua kantung.

b) Cepat penat walaupun baru beberapa minggu

Baru sidai baju dua tiga helai dah rasa macam lari maraton. Biasalah, badan tengah kerja double untuk bekalkan tenaga pada dua janin serentak.

c) Perut cepat ‘naik’

Baru sebulan dua usia kehamilan, tapi kancing seluar dah mula ketat. Ramai ibu perasan perut mereka nampak buncit lebih awal berbanding mengandung anak sulung dulu.

d) Cepat mengah dan berpeluh

Naik tangga sikit pun dah tercungap-cungap. Jantung tengah bekerja keras pam darah lebih banyak, sebab tu ibu rasa cepat panas.

tanda mengandung kembar
Tanda mengandung kembar minggu ke minggu.

Gerak Hati Ibu Tak Pernah Tipu! Ini Tanda Awal Mengandung Kembar

Ikut logik Sains, memang susah nak tahu hamil kembar ke tak pada minggu pertama kehamilan. Tapi, maternal instinct ni memang ajaib. Ramai ibu kongsi yang mereka dah rasa ada benda ‘lain macam’ berlaku pada badan, walaupun baru saja lewat haid beberapa hari.

Selalunya, naluri kuat tu datang sekali dengan beberapa petanda fizikal:

  • Letih sangat-sangat: Ibu rasa lesu yang teramat sangat, padahal baru saja missed period.
  • Payudara ngilu: Rasa tegang, berat, dan sensitif sangat bila tersentuh.
  • Emosi ‘roller coaster’: Mood swing datang mendadak, ibu cepat sangat nak sentap atau menangis tanpa sebab.
  • Tekak dan hidung mula sensitif: Dah mula tak tahan dengan bau tumisan dapur atau minyak wangi suami.

Menariknya, ada juga mommies yang lalui fasa UPT negatif tapi mengandung kembar!

Jangan terkejut kalau awal-awal test naik satu line saja. Masa minggu pertama ni, hormon hCG mungkin belum cukup pekat untuk dikesan oleh strip ujian biasa, walaupun sebenarnya ada dua janin tengah membesar dalam perut ibu!

Masuk Minggu Ke-6, Apa Tanda Jelas Mengandung Kembar?

Masuk fasa minggu keenam ni, segala tekaan ibu sebelum ni selalunya dah mula menampakkan rupa. Perubahan badan pun dah makin kelihatan. Kalau betul si ibu hamil kembar, tanda-tanda kat bawah ni selalunya makin ketara:

a) Garisan UPT sangat pekat

Baru sekejap saja celup, tak sempat tunggu minit ketiga, dua line dah naik terang menyala. Tahap kepekatan hormon hCG korang masa ni memang tengah memuncak tinggi sbb hamil dua janin.

Tanda mengandung kembar b) Nampak dua kantung masa scan

Ini tanda mengandung kembar paling sahih. Bila buat early scan, doktor selalunya boleh nampak dua kantung hitam kecil. Tapi jangan panik kalau nampak satu dulu, kadang yang lagi satu tu suka ‘menyorok’ dan baru muncul pada minggu seterusnya.

Imbasan ultrasound ni boleh dibuat sekitar minggu ke-6 hingga ke-8.

c) Perut asyik lapar minta diisi

Rasa lapar dia macam non-stop. Baru lepas makan nasi, kadang tu lepas sejam tekak dah teringin benda lain pula. Badan tengah minta extra tenaga untuk besarkan dua ketul bayi tau.

d) Emosi senang koyak

Hormon tengah huru-hara buatkan ibu cepat sangat sensitif. Tengok video kucing jalanan kat TikTok pun boleh buat banjir air mata, lepas tu tiba-tiba rasa nak marah suami tanpa sebab.

Kadar hCG Hamil Kembar dan Kaitannya Dengan Gejala Awal

tanda mengandung kembar
Simprom kehamilan ibu hamil kembar lebih kuat berbanding biasa.

Hormon hCG (human chorionic gonadotropin) adalah penanda utama kehamilan.

Dalam kes tanda mengandung kembar, kadar hormon ni boleh dua kali ganda lebih tinggi daripada biasa.

Apa maksudnya bila kadar hCG terlalu tinggi?

  • Ujian UPT positif lebih awal dan lebih terang.
  • Simptom kehamilan lebih kuat. Ibu lebih cepat rasa mual, pening dan cepat letih.
  • Perubahan fizikal lebih cepat. Payudara membesar lebih awal, dan berat badan naik lebih cepat.

Namun begitu, kadar hCG bukan satu-satunya bukti ibu hamil kembar.

Doktor biasanya akan sahkan melalui ujian darah atau imbasan ultrasound.

Realiti Mengandung Kembar Yang Mak-Mak Kena Hadap

Dapat tahu bakal menimang anak kembar memang satu berita yang menggembirakan. Tapi dalam keterujaan tu, ibu perlu ingat hamil kembar ni perlukan penjagaan ekstra sebab ini termasuk dalam kategori berisiko tinggi.

Badan ibu kena bekerja keras dua kali ganda, jadi risiko untuk beberapa komplikasi ni memang ada:

a) Risiko bersalin awal (pramatang)

Ruang dalam rahim untuk dua bayi adalah terhad. Sebab tu kebanyakan kes bayi kembar akan lahir awal sebelum mencecah minggu ke-37.

b) Tekanan darah tinggi dan preeklampsia

Jantung bekerja keras untuk pam darah, jadi ibu lebih terdedah kepada preeklampsia. Ibu memang kena lebih kerap check tekanan darah.

c) Masalah Anemia atau kurang darah

Dua janin tengah ‘berebut’ zat besi dan asid folat daripada badan si ibu. Kalau tak jaga makan dan skip vitamin, memang hemoglobin (Hb) cepat drop.

Boleh check vitamin untuk ibu mengandung kat sini.

d) Bersalin caesarean (C-section)

Bukan tak boleh bersalin normal, tapi kedudukan bayi kembar ni susah nak jangka. Demi keselamatan, ramai ibu hamil kembar berkongsi terpaksa akur bersalin secara pembedahan.

Walaupun risiko mengandung kembar ni nampak menakutkan, tapi ibu jangan stres-stres. Asalkan ibu ikut cakap doktor, tak skip check-up, dan dapat rehat secukupnya, insya-Allah semuanya akan selamat sampai hari bersalin.

Ibu Hamil Kembar Kongsi Pengalaman Sebenar

tanda mengandung kembar
Pengalaman ibu mengandung kembar berbeza-beza.

Bila borak dengan mak-mak yang pernah lalui fasa hamil kembar ni, macam-macam cerita menarik yang keluar. Lain orang, lain pengalamannya. Ada yang terlantar tepi dinding bilik air sebab alahan teruk. Tapi ada pula yang relaks tak muntah langsung, cuma asyik nak tidur saja sebab penat luar biasa.

Satu benda yang pelik tapi kerap jadi ialah kes keputusan UPT negatif. Bayangkan, beberapa kali test kat rumah cuma naik satu line saja, sekali bila pergi klinik buat imbasan masa minggu kelapan, tup-tup doktor tunjuk ada dua degupan jantung!

Ramai juga ibu hamil kembar ni cakap gerak hati mereka memang kuat sejak awal lagi. Rasa macam badan sendiri tengah hantar ‘isyarat’ rahsia, walaupun masa tu belum masanya untuk scan.

Afterall, semua ibu kembar bersetuju yang fasa ini bukan saja membuatkan perut mereka rasa cepat sarat, tapi emosi pun sama datang berganda-ganda. Hebat betul ciptaan Allah buat tubuh wanita, kan?

Kesimpulan

Kalau ibu tengah lalui alahan luar biasa, penat melampau, atau perut cepat membulat, jangan lah panik. Mungkin itu isyarat rahim ibu tengah mengusung dua nyawa sekali gus!

Tapi apa pun tandanya, jangan teka sendiri ya. Cara paling sahih tetap kena buat scan dengan doktor. Mengandung kembar memang double penat, tapi saat nampak dua degupan jantung kat skrin nanti, hilang terus segala lelah.

Fokus jaga diri, makan berkhasiat, dan rehat cukup. Kalau rasa ada tanda-tanda ni, jom set temu janji klinik sekarang. Jangan lupa share artikel ni dengan mak-mak lain tau!

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

6 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Twin Pregnancy
  2. Pregnant with twins
  3. Multiple pregnancy: signs and symptoms of twins and triplets
  4. Pregnant with twins
  5. Twins Pregnancy Symptoms
  6. Risiko Hamil Kembar

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.