Kalau search kat Google ni, ada banyak petua nak hamil anak lelaki. Antara petua popular dalam kalangan bakal ibu adalah tidur mengiring. Tapi, posisi mengiring kiri atau kanan yang boleh bantu dapatkan anak lelaki?

Jom ketahui jawapan petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan dalam artikel ini.

Naluri Ibu Hamil Tepat Atau Cuma Kebetulan?

Pernah tak masa mengandung dulu, kuat sangat rasa anak dalam perut kali ni lelaki atau perempuan?

Ramai ibu mengandung mengaku mereka ada sixth sense ni. Kadang-kadang siap berani tebak, “Kali ni gerak hati rasa anak lelaki lah…” Sekali bila pergi scan doktor, betul lah pulak! Tapi sejujurnya, ada masa kita main teka kosong je sebab teruja, kan?

Secara saintifik, naluri ibu hamil ni memang unik. Ada kajian kecil tunjuk tekaan ibu hamil boleh jadi betul dalam 50% hingga 70% keadaan. Namun, pakar perubatan melihatnya lebih kepada faktor psikologi dan kepekaan ibu pada perubahan hormon sendiri.

Satu lagi benda yang seronok buat sembang adalah kaitan posisi tidur dengan jantina. Ada ibu perasan bila tidur mengiring ke kanan, bayi jadi sangat aktif menendang, terus cop itu petanda mengandung anak lelaki.

Dari situlah bermulanya petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan yang popular dalam komuniti mak-mak muda.

Logiknya, posisi tidur langsung tak menentukan jantina bayi, tapi sekadar nak buat modal borak santai apa salahnya, kan?

Posisi Seks Pun Berkait Kalau Nak Dapatkan Anak Lelaki?

petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan
Benarkah posisi seks mempengaruhi jantina bayi?

Pernah tak dengar petua orang tua-tua, kalau nak anak lelaki kena pandai cari posisi intim yang sesuai?

Secara saintifik, jantina bayi sebenarnya ditentukan oleh kromosom sperma suami, kromosom Y untuk lelaki dan X untuk perempuan. Tapi dalam komuniti mak-mak, petua posisi untuk dapat anak lelaki ni amat popular.

Katanya, posisi seks yang membolehkan penetrasi lebih dalam sangat membantu sebab ia memendekkan perjalanan sperma Y. Sperma pembawa jantina lelaki ni memang terkenal dengan sifatnya yang ‘berenang’ laju. Tapi jenis sperma ni cepat mati berbanding sperma X yang lebih tahan lasak.

Selain posisi bersama, ada beberapa petua popular lain yang sering diamalkan:

  • Timing tepat: Bersama betul-betul pada hari ovulasi (waktu subur).
  • Diet alkali: Ambil makanan beralkali dan elakkan yang berasid untuk bantu sperma Y survive.
  • Baring mengiring: Lepas bersama, baring mengiring ke kanan kononnya untuk ‘selaraskan’ laluan sperma Y.

Walaupun pakar perubatan melihat ini sebagai mitos semata-mata, tapi tak salah pun kalau pasangan suami isteri nak mencuba sekadar ikhtiar.

Check kehamilan anda di sini.

Petua Anak Lelaki Mengiring Kiri Atau Kanan, Betul Ke Ni Petua Orang Dulu-Dulu?

Salah satu petua popular ialah mengiring ke kiri untuk dapat anak lelaki.

Katanya, bila ibu tidur atau baring mengiring ke kiri:

  • Peredaran darah lebih lancar ke rahim.
  • Bayi lebih aktif di sebelah kiri.
  • Proses implantasi kononnya lebih sesuai untuk janin lelaki.

Ada juga percaya bahawa posisi ini bantu ‘tarik’ tenaga maskulin atau tenaga “Yin-Yang” seimbang dalam badan.

Tapi, kalau ikut pakar kesihatan, tidur mengiring ke kiri sebenarnya bagus untuk semua jenis kandungan, tak kira lelaki atau perempuan.

Ia bantu:

  • Elakkan tekanan pada hati.
  • Lancarkan aliran darah ke plasenta.
  • Kurangkan risiko bengkak kaki dan tangan.

Jadi, walaupun petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan tu mungkin tak ada bukti saintifik kuat, tapi tidur mengiring kiri tetap sangat disarankan untuk kesihatan ibu & bayi!

Kesan Tidur Mengiring Kanan Ketika Hamil Anak Lelaki

petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan
Posisi tidur dikatakan boleh mempengaruhi jantina bayi.

Biasa kita dengar mak-mak sembang, kalau mengandungkan anak lelaki, kena tidur mengiring ke kanan sebab baby lebih aktif sebelah tu. Ada yang gigih bertahan dalam posisi sama semata-mata nak ‘selari’ dengan posisi anak. Tapi betul ke ada kesan kalau kita asyik mengiring kanan saja?

Dari segi kesihatan, doktor sebenarnya lebih galakkan ibu hamil tidur mengiring ke kiri untuk lancarkan aliran darah ke plasenta.

Tidur mengiring kanan memang tak salah, tapi kalau terlalu lama, ia boleh beri sedikit tekanan pada organ hati ibu.

Lagipun, posisi tidur ni langsung tak menentukan jantina bayi yang dah pun “lekat” sejak awal persenyawaan lagi.

Jadi, tak payahlah sampai seksa diri bertahan satu posisi sepanjang malam.

Dalam petua tradisional pun, ramai yang cadangkan selang-selikan mengiring kiri dan kanan supaya badan tak lenguh. Paling penting, ibu hamil dapat tidur lena dan tak stres. Kalau asyik fikir pasal petua sampai tak cukup tidur, kan dah tak pasal-pasal letih badan esok pagi!

Selain daripada posisi mengiring, banyak lagi petua tradisional dapat anak lelaki yang masih diamalkan.

Antara petua popular:

  • Makan pisang, daging, dan makanan beralkali (katanya bantu sperma lelaki).
  • Elakkan makanan berasid seperti tomato, jeruk, dan limau.
  • Minum air suam setiap pagi – kononnya bantu ‘panaskan rahim’ untuk anak lelaki.
  • Mandi air bunga pagi Jumaat – ini lebih kepada amalan spiritual.

Ada juga yang kata kalau ibu ada mengalami simptom di bawah ini, itu semua petanda anak lelaki:

  • Lebih kuat makan.
  • Tak mengalami morning sickness sangat.
  • Kulit makin cantik semasa mengandung.

Semua ni termasuk dalam petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan, sebab ianya gabungan pemakanan, posisi, dan pemerhatian fizikal ibu.

Tanda Mengandung Anak Lelaki Menurut Islam

petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan
Kenali tanda hamil anak lelaki.

Dalam Islam, tiada dalil yang sahih untuk tanda mengandung anak lelaki.

Namun, ada kisah-kisah dahulu yang menyebut ibu merasa lebih kuat atau lebih ringan bila mengandungkan anak lelaki.

Antara tanda tanda hamil anak lelaki yang sering disebut dalam kalangan ibu mengandung:

  • Perut runcing ke depan, berbanding bulat untuk anak perempuan.
  • Kurang loya atau alahan, sebab katanya hormon anak lelaki tak ‘mengganggu’ sangat.
  • Lebih aktif dan bertenaga, mungkin kerana bayi lelaki lebih lasak dalam kandungan.

Namun semua ini hanyalah pemerhatian dan bukan kepastian.

Dalam Islam, yang penting adalah kesyukuran terhadap rezeki zuriat. Anak lelaki atau anak perempuan sama saja di sisi Allah.

Jangan Terlalu Taksub Dengan Petua, Tapi Tak Salah Mencuba!

Tak salah kalau nak mencuba pelbagai petua orang dulu untuk dapatkan baby boy.

Tapi perlu ingat, semua itu tak menjamin 100 peratus keputusan jantina bayi.

Ia lebih kepada usaha dan kepercayaan yang diwarisi daripada orang tua-tua.

Kalau nak cuba selain petua anak lelaki mengiring kiri atau kanan, ibu boleh:

  • Amalkan tidur mengiring kiri – baik untuk kesihatan juga!
  • Makan makanan tertentu, asal tidak memudaratkan.
  • Guna kalkulator ovulasi untuk ‘target’ hari subur.

Tapi yang paling penting ialah kesihatan ibu dan bayi.

Jantina hanyalah bonus. Yang penting bayi sihat, ibu pun tenang dan bahagia sepanjang tempoh kehamilan.

Sedang cuba dapatkan anak lelaki atau sekadar ingin tahu tips kehamilan lain?

Lawati BukuPink.my portal rujukan #1 untuk ibu mengandung!

Dapatkan tips berdasarkan fakta, petua tradisional, dan panduan Islamik, semuanya di hujung jari.

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

8 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Can You Choose the Sex of Your Baby?
  2. Sex positions when trying for a baby boy: What does the science say?
  3. How to conceive a boy: Exploring methods and understanding the chances
  4. What sexual positions are best for getting pregnant?
  5. Gender of infants conceived on different days of the menstrual cycle
  6. If you want to get pregnant, timing is everything
  7. Ovulation: When Is the Best Time to Get Pregnant?
  8. Merancang Anak Lelaki

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.