Luka Bersalin Tidak Bercantum & Terbuka, Normal Atau Bahaya?

Luka Bersalin Tidak Bercantum & Terbuka, Normal Atau Bahaya?

Luka bersalin tidak bercantum adalah antara masalah yang sering membuat ibu berpantang rasa risau dan tidak tenang.

Selepas melalui proses melahirkan yang memenatkan, ibu mengharapkan fasa pemulihan berjalan lancar.

Tetapi apabila luka terasa pedih, nampak terbuka, atau lambat sembuh, kebimbangan mula timbul.

Sama ada ibu mengalami jahitan episiotomi atau koyakan semula jadi, risiko luka bersalin lambat sembuh memang ada, walaupun jarang berlaku.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan supaya ibu faham apa yang normal, apa yang tidak normal, dan bila perlu berjumpa doktor.

Apa Itu Luka Bersalin Tidak Bercantum?

Secara ringkasnya, luka bersalin tidak bercantum berlaku apabila jahitan di kawasan perineum (antara faraj dan dubur) terbuka semula atau gagal bercantum dengan baik selepas bersalin.

Dalam keadaan normal, luka jahitan akan melalui beberapa fasa penyembuhan:

  • Minggu pertama: Bengkak dan sakit ringan.
  • Minggu kedua: Jahitan mula bercantum.
  • Minggu ketiga hingga keenam: Luka semakin kering dan sembuh.

Namun jika berlaku luka jahitan bersalin tidak bercantum, ibu mungkin perasan:

  • Jahitan nampak terlerai.
  • Ada rekahan atau ruang terbuka.
  • Keluar cecair atau nanah.
  • Bau kurang menyenangkan.

Kadangkala ibu keliru antara luka bersalin belum sembuh dengan luka bersalin terbuka.

Luka belum sembuh bermaksud proses penyembuhan masih berjalan.

Tetapi jika jahitan benar-benar terbuka atau tisu terpisah, itu tanda luka tidak bercantum.

luka bersalin tidak bercantum
Luka jahitan bersalin tidak bercantum boleh berlaku jika kawasan luka terlalu lembap atau kerap bergesel.

Kenapa Luka Jahitan Bersalin Lambat Sembuh?

Ramai ibu bertanya, kenapa luka jahitan bersalin lambat sembuh?

Sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses pemulihan.

1. Jangkitan

Jangkian antara punca paling utama kenapa luka jahitan bersalin lambat sembuh.

Kawasan faraj sentiasa lembap dan terdedah kepada bakteria daripada darah nifas dan air kencing.

Tanda jangkitan termasuk:

  • Bengkak semakin teruk.
  • Nanah.
  • Bau busuk.
  • Demam.

Jika tidak dirawat, luka jahitan bersalin tidak bercantum boleh menjadi lebih serius.

2. Terlalu Aktif Antara Punca Luka Bersalin Tidak Bercantum

Sebab kenapa luka jahitan bersalin lambat sembuh yang seterusnya adalah terlalu aktif.

Walaupun rasa sihat, ibu dalam pantang masih dalam fasa pemulihan dalaman.

Terlalu banyak bergerak, berdiri lama atau mengangkat benda berat boleh memberi tekanan pada jahitan.

Tekanan ini boleh menyebabkan luka bersalin lambat sembuh kerana jahitan tertarik dan terlerai.

3. Sembelit & Meneran Penyebab Luka Bersalin Tidak Bercantum

Meneran kuat ketika membuang air besar boleh menyebabkan jahitan terbuka semula.

Sebab itu ibu digalakkan minum air secukupnya dan ambil makanan tinggi serat.

Luka Bersalin Tidak Bercantum 4. Penyakit Tertentu

Punca lain kenapa luka jahitan bersalin lambat sembuh adalah disebabkan oleh penyakit tertentu.

Ibu yang ada diabetes, anemia atau sistem imun lemah lebih berisiko mengalami luka bersalin belum sembuh dalam tempoh biasa.

Luka Jahitan Terbuka Tapi Tidak Sakit

Luka jahitan terbuka tapi tidak sakit boleh jadi sesuatu yang membimbangkan, terutamanya untuk ibu yang baru bersalin (jahitan episiotomi atau koyakan) atau ibu yang menjalani pembedahan Caesarean.

Ramai tertanya-tanya, “Kalau luka bersalin lambat sembuh dan tak sakit, maknanya tak bahaya ke?”

Jawapannya: tidak semestinya.

Ada situasi yang normal, tetapi ada juga keadaan yang memerlukan pemeriksaan segera.

Luka jahitan terbuka berlaku apabila:

  • Benang jahitan longgar atau tertanggal awal.
  • Bahagian kulit terpisah sedikit.
  • Luka nampak seperti “berjarak” kecil.
  • Ada ruang kecil tetapi tidak berdarah aktif.

Kadang-kadang ibu perasan luka nampak sedikit terbuka tetapi tiada rasa sakit langsung.

Ini boleh berlaku terutamanya pada:

  • Jahitan prosedur kecil.
  • Jahitan bersalin normal (episiotomi / koyakan).
  • Luka pembedahan C-section.
luka bersalin tidak bercantum
Kenapa luka jahitan bersalin lambat sembuh?

Kenapa Luka Jahitan Terbuka Tapi Tidak Sakit?

Berikut beberapa sebab kenapa luka jahitan terbuka tapi tidak sakit:

1. Saraf Masih Kebas

Selepas bersalin atau pembedahan, kawasan jahitan mungkin masih kebas.

Jadi walaupun luka terbuka sedikit, ibu tidak rasa sakit.

2. Luka Terbuka Secara Cetek

Jika luka hanya terbuka pada lapisan luar kulit dan tidak dalam, ia mungkin tidak menyebabkan kesakitan.

3. Proses Penyembuhan Sedang Berlaku

Kadang-kadang kulit di bahagian luar terbuka sedikit, tetapi tisu di dalam sudah mula bercantum.

5. Jahitan Jenis Larut Sendiri

Benang jenis absorbable boleh larut sebelum kulit benar-benar bercantum sepenuhnya — ini boleh menyebabkan luka nampak sedikit terbuka.

Baca juga:

Ikan Berpantang Czer, Menu Wajib Untuk Ibu Cepat Sembuh & Bertenaga

Tangas Herba Untuk Wanita, Bantu Kuatkan Otot Peranakan & Rawat Keputihan

Susu Tak Keluar Lepas Bersalin? Kenali Pil Hormon Untuk Keluarkan Susu Badan!

Bagaimana Jika Luka Bersalin Tidak Dijahit?

Kadangkala koyakan kecil tidak memerlukan jahitan, dan ini dipanggil luka bersalin tidak dijahit.

Namun jika ibu mendapati luka semakin besar atau sukar sembuh, mungkin berlaku luka bersalin tidak bercantum walaupun tiada jahitan.

Dalam keadaan tertentu, doktor mungkin akan:

  • Membersihkan luka.
  • Memberi antibiotik.
  • Menjahit semula jika perlu.

Prosedur ini biasanya cepat dan dilakukan dengan bius setempat.

Tanda Bahaya Luka Bersalin Tidak Bercantum

Ibu perlu segera berjumpa doktor jika mengalami tanda berikut:

  • Demam melebihi 38°C.
  • Pendarahan berlebihan.
  • Nanah atau cecair kehijauan.
  • Bau busuk dari luka.
  • Sakit semakin kuat.

Luka jahitan bersalin tidak bercantum yang dijangkiti boleh menyebabkan komplikasi seperti abses atau jangkitan serius jika tidak dirawat.

Cara Rawat & Cepatkan Penyembuhan

Jika doktor sahkan luka bersalin tidak bercantum tetapi belum terlalu serius, ibu boleh lakukan penjagaan berikut:

1. Jaga Kebersihan

Cuci kawasan luka dengan air suam selepas membuang air kecil atau besar.

Elakkan sabun berpewangi.

2. Pastikan Luka Sentiasa Kering

Kelembapan melambatkan penyembuhan.

Tepuk perlahan dengan kain bersih atau guna pengering rambut suhu rendah.

3. Tukar Pad Dengan Kerap

Darah nifas boleh menyebabkan kawasan luka lembap.

Tukar setiap 3–4 jam.

4. Pemakanan Seimbang

Ambil makanan tinggi protein seperti ayam, ikan, telur dan kekacang.

Protein membantu pembinaan tisu baru dan mempercepatkan pemulihan luka bersalin belum sembuh.

5. Rehat Secukupnya

Tubuh memerlukan tenaga untuk sembuh.

Elakkan aktiviti berat dalam tempoh awal berpantang.

luka bersalin tidak bercantum
Luka bersalin belum sembuh perlukan rehat yang cukup dan kebersihan konsisten.

Berapa Lama Luka Bersalin Belum Sembuh Dianggap Tidak Normal?

Tempoh penyembuhan biasa ialah sekitar 4–6 minggu.

Jika selepas tempoh ini luka masih terbuka atau kerap berdarah, kemungkinan besar berlaku luka bersalin tidak bercantum.

Dalam situasi ini, doktor mungkin akan menilai sama ada perlu jahitan semula atau rawatan lanjut.

Adakah Perlu Jahit Semula?

Tidak semua luka bersalin tidak sembuh dan memerlukan jahitan semula.

Keputusan bergantung kepada:

  • Saiz luka.
  • Tahap jangkitan.
  • Keadaan tisu.

Ada luka kecil yang boleh sembuh sendiri dengan penjagaan rapi.

Tetapi jika luka besar atau dalam, jahitan semula mungkin diperlukan untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang.

Kesimpulan

Mengalami luka bersalin tidak bercantum memang boleh membuat ibu rasa panik dan tertekan.

Namun kebanyakan kes boleh dirawat dengan baik jika dikesan awal dan dijaga dengan betul.

Jika ibu mendapati luka jahitan bersalin tidak bercantum, luka bersalin tidak dijahit tetapi semakin terbuka, atau tertanya-tanya kenapa luka jahitan bersalin lambat sembuh, jangan abaikan tanda tersebut.

Ingat, tubuh ibu baru sahaja melalui proses besar.

Beri masa untuk sembuh, jaga kebersihan luka, dan jangan malu untuk mendapatkan pemeriksaan doktor jika ragu-ragu.

Jika artikel tentang luka bersalin ini membantu, simpan dan kongsikan kepada ibu-ibu lain yang mungkin sedang berpantang.

Kesihatan ibu sama penting dengan kesihatan bayi — jangan abaikan diri sendiri

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

BACA INI SETERUSNYA

Tag artikel