Sayangi Diri & Bayi Anda, Jangan Abaikan Jadual Suntikan Ibu Mengandung Ini!

Ketika hamil, jadual suntikan ibu mengandung sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terjaga.

Dari suntikan tetanus ibu mengandung hinggalah kepada vaksin tertentu yang disarankan, setiap satu ada sebab dan masanya yang tersendiri.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan tentang jadual suntikan ibu mengandung, supaya ibu tak pening dan sentiasa bersedia setiap kali temu janji di klinik.

Kepentingan Jadual Suntikan Ibu Mengandung

Bagi ibu hamil, suntikan bukan sekadar prosedur tambahan, tetapi ia adalah perlindungan.

Suntikan ibu mengandung membantu:

  • Mengelakkan jangkitan yang boleh membahayakan ibu dan bayi.
  • Menguatkan sistem imun ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin.
  • Memberi imuniti pasif kepada bayi sebelum lahir.

Kebanyakan klinik akan memberikan jadual suntikan ibu mengandung seawal pemeriksaan pertama.

Jadi, ibu tak akan terlepas tarikh penting.

Jenis Suntikan Ibu Mengandung

Berikut beberapa jenis suntikan ibu mengandung yang perlu anda ambil:

1. Suntikan Tetanus (ATT)

Suntikan ATT atau suntikan kancing gigi mengandung bertujuan melindungi ibu dan bayi daripada jangkitan kancing gigi yang boleh berlaku semasa proses kelahiran.

Dalam jadual suntikan ibu mengandung, suntikan kancing gigi ini biasanya diberikan dalam 2 hingga 3 dos, bergantung pada sejarah imunisasi ibu.

2. Vaksin Influenza

Walaupun bukan wajib, ramai doktor mengesyorkan suntikan ini untuk elak ibu daripada terkena selesema teruk yang boleh mengganggu kesihatan bayi.

3. Vaksin Hepatitis B

Bagi ibu yang berisiko tinggi, suntikan ini membantu mencegah jangkitan yang boleh menjejaskan fungsi hati ibu dan bayi.

4. Vaksin COVID-19 (Jika Perlu)

Dalam keadaan tertentu, doktor akan mencadangkan ibu mengambil dos penggalak untuk mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

5. Vaksin Tdap

Vaksin Tdap adalah gabungan tiga perlindungan dalam satu suntikan – T untuk Tetanus (kancing gigi), d untuk diphtheria (penyakit saluran pernafasan yang serius), dan ap untuk pertussis atau batuk kokol.

Batuk kokol ni jenis batuk yang kuat dan berpanjangan sampai boleh buat bayi sesak nafas, jadi vaksin ini penting untuk beri perlindungan awal kepada bayi sebelum dia cukup umur untuk dapat imunisasi sendiri.

Buat pengetahuan ibu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mula tawarkan vaksin Tdap secara percuma kepada ibu mengandung yang berada dalam usia kandungan antara 28 hingga 32 minggu.

Walaupun vaksin Tdap tidak diwajibkan, namun KKM sangat menggalakkan pengambilan vaksin ini demi melindungi bayi daripada risiko jangkitan.

jadual suntikan ibu mengandung
Jadual suntikan ibu mengandung mengikut KKM.

Perbezaan Vaksin Tetanus & dTap

Vaksin Tetanus atau vaksin ATT hanya lindungi ibu dan bayi daripada tetanus (kancing gigi) saja.

Ia penting untuk elakkan jangkitan masa bersalin atau pada bayi baru lahir, tapi perlindungannya agak terhad sebab tak cover penyakit lain macam batuk kokol atau difteria.

Jadi, ATT lebih kepada pencegahan asas sahaja.

Sementara tu, vaksin Tdap (Tetanus, Diphtheria, Pertussis) jauh lebih menyeluruh sebab bukan saja lindungi ibu, tapi juga bayi dalam kandungan.

Bila ibu ambil Tdap masa hamil (biasanya 28–32 minggu), antibodi tu akan berpindah ke bayi melalui plasenta.

Ini sangat penting sebab bayi hanya mula dapat vaksin DTaP masa umur 3 bulan, sedangkan bulan 1 & 2 baby belum ada perlindungan lagi terhadap batuk kokol – yang boleh jadi serius kalau dijangkiti.

Sebab tu vaksin Tdap sangat disyorkan sekarang, terutama apabila kes pertussis makin meningkat.

Jadual Suntikan Ibu Mengandung Mengikut Trimester

Berikut ialah panduan jadual suntikan ibu mengandung mengikut trimester yang biasanya diamalkan di Malaysia berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM):

Suntikan Ibu Hamil Trimester Pertama (0–12 Minggu)

Fokus pada pemeriksaan darah, tekanan darah, dan saringan kesihatan.

Vaksin hanya diberi jika ada keperluan mendesak (contohnya Hepatitis B untuk kes tertentu).

Doktor akan mula rancang jadual suntikan ibu mengandung bagi tempoh kehamilan seterusnya.

jadual suntikan ibu mengandung
Suntikan kancing gigi mengandung antara yang diwajibkan di klinik kesihatan.

Suntikan Ibu Hamil Trimester Kedua (13–27 Minggu)

Suntikan Tetanus dos pertama biasanya diberi sekitar minggu ke-16 hingga 20.

Suntikan Influenza disarankan terutamanya jika musim selesema.

Suntikan Ibu Hamil Trimester Ketiga (28–40 Minggu)

Suntikan Tetanus dos kedua diberikan (jika belum lengkap).

Dos penggalak atau vaksin lain diberikan mengikut cadangan doktor.

Semua suntikan terakhir diselesaikan supaya perlindungan bayi optimum sebelum lahir.

Jadual Suntikan Tetanus (ATT) Ibu Mengandung

Suntikan tetanus atau nama rasminya Anti Tetanus Toxoid (ATT) adalah suntikan yang melindungi ibu dan bayi daripada jangkitan kancing gigi (tetanus) – sejenis penyakit serius yang boleh berlaku jika luka bersalin terdedah kepada bakteria Clostridium tetani.

Walaupun kita panggil “suntikan kancing gigi mengandung”, ia sebenarnya bukan untuk gigi, tapi untuk mencegah jangkitan saraf yang boleh membawa maut.

Kenapa Suntikan Kancing Gigi Mengandung Penting?

Suntikan kancing gigi mengandung ini penting kerana:

  • Lindungi bayi baru lahir daripada jangkitan kancing gigi neonatal.
  • Berikan imuniti pasif kepada bayi melalui antibodi ibu.
  • Kurangkan risiko kematian ibu akibat jangkitan luka bersalin.

Jadual Suntikan ATT Ibu Mengandung

Kebanyakan klinik kesihatan di Malaysia mengikut jadual suntikan ATT ibu mengandung yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

DosMasa PemberianKeterangan
Dos 1Seawal pemeriksaan antenatal pertama (biasanya 12–16 minggu)Mula membina imuniti
Dos 24 minggu selepas dos pertamaMemanjangkan tempoh perlindungan
Dos 3 (jika perlu)6 bulan selepas dos kedua atau pada kehamilan seterusnyaMemberi perlindungan sehingga 5 tahun
Dos 4Pada kehamilan berikutnya dalam tempoh 5 tahun dari dos 3Perlindungan sehingga 10 tahun
Dos 5Kehamilan seterusnya dalam tempoh 10 tahun dari dos 4Perlindungan sepanjang hayat terhadap tetanus

Bila Suntikan Tetanus Diberi untuk Ibu Mengandung?

  1. Pertama kali hamil:
    • Dos 1 diberi pada trimester kedua (sekitar minggu ke-12 hingga 16).
    • Dos 2 selepas 4 minggu dari dos pertama.
  2. Pernah hamil sebelum ini & suntikan lengkap:
    • Jika suntikan ATT lengkap dalam tempoh 5–10 tahun, biasanya hanya satu dos penggalak diperlukan.
  3. Jika tak pasti sejarah suntikan:
    • Doktor akan mulakan semula jadual suntikan ATT ibu mengandung dari dos 1.

Mitos & Fakta Tentang Suntikan Ibu Mengandung

1. Mitos: Suntikan boleh membahayakan bayi.

Fakta: Kebanyakan suntikan selamat, malah memberi perlindungan kepada bayi. Risiko hanya wujud jika diambil tanpa nasihat doktor.

2. Mitos: Kalau dah pernah ambil suntikan tetanus sebelum kahwin, tak perlu ambil masa hamil.

Fakta: Jadual suntikan ibu mengandung tetap perlu diikuti kerana dos perlindungan mungkin sudah berkurang.

jadual suntikan ibu mengandung
Suntikan ibu hamil memberikan perlindungan pada ibu dan bayi.

Kesan Sampingan Yang Biasa Dialami

  • Sakit atau bengkak di tempat suntikan.
  • Demam ringan atau rasa letih.
  • Loya (jarang berlaku).

Kesan ini biasanya hilang sendiri dalam masa 1–2 hari.

Jika gejala berlarutan atau teruk, segera hubungi klinik.

Apa Jadi Kalau Terlepas Tarikh Suntikan?

Kalau terlepas, jangan panik. Hubungi klinik untuk tetapkan semula tarikh.

Elakkan menunggu terlalu lama kerana perlindungan boleh berkurang.

Kesimpulan

Jadual suntikan ibu mengandung bukan sekadar rutin klinik, tetapi langkah penting melindungi ibu dan bayi daripada risiko penyakit berbahaya.

Dengan mengikuti jadual ini, ibu bukan sahaja menjaga kesihatan sendiri, tetapi juga memberikan perlindungan awal kepada bayi sebelum lahir.

Jadi, jangan pandang ringan ya!

Catat, patuhi, dan sentiasa berhubung dengan doktor untuk pastikan semuanya berjalan lancar.

Kalau ibu rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada kawan-kawan atau adik-beradik yang sedang hamil.

Lagi ramai yang tahu tentang jadual suntikan ibu mengandung, lagi ramai ibu dan bayi akan kekal sihat dan selamat sepanjang kehamilan.

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca proses editorial kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

Kalkulator Tarikh Jangka Lahir

Gunakan kalkulator ini untuk mengetahui tarikh jangka lahir berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran haid anda.

Share your love
zuraikha
zuraikha
Articles: 73

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *