Ramai pasangan impikan cahaya mata tapi selalu bertangguh nak jumpa doktor. Yalah, bila fikir pasal ujian kesuburan, mesti terus terbayang kos mahal beribu-ribu, kan?

Padahal, kalau melalui saluran klinik kerajaan sebenarnya jauh lebih murah dan tak semahal yang disangka. Kos asas pun sangat mampu milik!

Nak tahu mengenai prosedur awal, kos IUI, atau ubat kesuburan yang biasa doktor bagi, jom baca panduan mudah ni sampai habis!

Mengapa Perlu Check Kesuburan di Klinik Kerajaan?

Persoalan pertama yang selalu bermain di fikiran pasangan bila nak mulakan try to conceive (TTC) mestilah pasal kos, kan? Nak pergi private, faham-faham jelah kosnya. Boleh terduduk juga bila tengok resit nanti.

Sebab tu ramai pasangan pilih klinik kerajaan dulu. Ujian asas kat sini murah berbanding di private, kadang-kadang hanya perlu bayar RM1 ke RM5 je untuk pendaftaran. Rawatan susulan atau rujukan ke hospital kerajaan pun kosnya masih mesra poket berbanding swasta.

Paling penting, doktor kat kerajaan ni ikut guideline standard. Mereka takkan sewenang-wenangnya minta anda buat ujian yang bukan-bukan atau cadangkan pakej mahal yang tidak perlu.

Lagi satu, jangan bertangguh untuk mulakan ujian kesuburan. Mana tahu isu kesuburan tu rupa-rupanya disebabkan masalah kecil sahaja.

Contohnya sebab hormon tak stabil, period tak teratur, atau sperma suami kurang aktif sikit. Bila kesan awal, lagi senang doktor nak bantu usahakan rawatan yang sesuai.

Step-by-Step Check Kesuburan di Klinik Kerajaan

check kesuburan di klinik kerajaan
Cara check kesuburan di klinik kerajaan (step by step).

Ini bahagian yang ramai pasangan nak tahu: Cara check kesuburan di klinik kerajaan.

Kami tulis test kesuburan step by step supaya mudah untuk setiap pasangan ikutinya:

Step 1: Pergi klinik kesihatan / O&G hospital kerajaan

Biasanya doktor akan tanya soalan ringkas:

  • Berapa lama dah cuba hamil?
  • Kitaran haid stabil ke tak?
  • Ada sakit senggugut teruk?
  • Ada sejarah cyst / PCOS / endometriosis?

Kalau datang berdua dengan pasangan, doktor akan check kedua-dua belah pihak.

Step 2: Pemeriksaan fizikal

Doktor akan check:

  • tekanan darah.
  • berat & BMI.
  • keadaan kesihatan umum.

Untuk wanita, mungkin doktor akan buat pemeriksaan pelviks jika perlu.

Step 3: Ujian darah

Biasanya termasuk:

  • Hormon FSH.
  • LH.
  • Prolaktin.
  • Thyroid.
  • AMH (tengok simpanan telur).

Note: AMH kadang-kadang kena buat di private sebab tidak semua hospital kerajaan sediakan.

Step 4: Ultrasound / TVS

Doktor check:

  • Ada cyst?
  • Ada fibroid?
  • Telur matang ke tak?
  • Lapisan rahim cukup tebal ke tak?

Ini penting untuk tentukan ubat apa yang sesuai nanti.

Step 5: Semen analysis untuk suami

Suami pun kena check tau!

Ambil sampel di hospital kerajaan.

Harga pun berpatutan.

Step 6: Lanjutan – HSG (X-ray tiub fallopio)

Untuk tengok sama ada tiub tersumbat atau tidak.

Kadang-kadang sakit sedikit, tapi ramai juga perempuan yang boleh tahan pemeriksaan ni.

Harga Check Kesuburan di Klinik Kerajaan (Paling Banyak Orang Cari!)

check kesuburan di klinik kerajaan
Biasanya, rawatan untuk check kesuburan lebih mahal di klinik private berbanding kerajaan.

Okay bahagian ni paling hot: Harga check kesuburan di klinik kerajaan.

Harga ini anggaran berdasarkan kebanyakan hospital kerajaan:

ProsedurAnggaran Harga
ConsultationRM1-RM5
Ujian darah hormonRM5-RM30
Ultrasound / TVSRM10-RM30
Semen AnalysisRM10-RM20
HSGRM50-RM200
Ubat hormon (Clomid, Letrozole, dsb.)RM1-RM20

Kesimpulan: Check asas: boleh siap bawah RM50. Rawatan awal: bawah RM200. Murah kan?

Jenis-Jenis Ubat Kesuburan Wanita Yang Selalu Doktor Bagi

Haa ramai yang tak tahu, bila buat check kesuburan di klinik kerajaan, doktor akan decide rawatan ikut result test.

Antara ubat yang biasa diberikan:

1. Clomiphene Citrate (Clomid)

  • Untuk rangsang ovulasi.
  • Selalu diberi pada wanita yang tiada ovulasi.
  • Harga kerajaan: sangat murah.

2. Letrozole (Femara)

  • Lebih efektif untuk wanita PCOS.
  • Banyak kajian tunjukkan peluang hamil lebih tinggi.

3. Metformin

  • Untuk wanita PCOS yang ada masalah insulin.
  • Bantu cycle lebih teratur.

4. Duphaston / Utrogestan

  • Untuk support hormon progesteron.
  • Bantu kuatkan lapisan rahim.

5. Suntikan Hormon (FSH, hCG trigger)

  • Biasanya kalau buat rawatan IUI atau IVF.
  • Di hospital kerajaan lebih murah berbanding private.

Jadi jangan risau, rawatan akan ikut keadaan badan anda. Tak semua orang dapat ubat yang sama.

Kos Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan (Siap Sekali Dengan Kos IUI Hospital Kerajaan!)

Selepas buat check kesuburan di klinik kerajaan, ada pasangan yang akan dirujuk ke hospital untuk rawatan lebih advanced.

Anggaran harga:

Rawatan Kesuburan Asas

Termasuk ubat, scan & follow up.
Kos: RM50-RM300, bergantung ubat & jumlah follow up.

Kos IUI Hospital Kerajaan

Yang ni ramai buat di hospital kerajaan sebab perbezaan harga memang ketara!

  • Hospital kerajaan: RM500-RM1,500
  • Private: RM1,800-RM3,500 ke atas

IUI sesuai untuk pasangan:

  • tiub isteri normal.
  • sperma suami ok.
  • isteri ovulasi.
  • kes infertility tidak diketahui.

IVF di hospital kerajaan

Tak semua hospital kerajaan buat, tapi kos mereka jauh lebih rendah.

Range: RM5,000-RM10,000 (bergantung hospital)

Di private? Kosnya sampai RM18,000-RM30,000 ke atas.

Bonus: Harga Suntikan HPV di Klinik Kerajaan

Ramai yang tengah buat check kesuburan di klinik kerajaan juga tanya pasal HPV vaccine.

Harga anggaran hospital kerajaan:

  • Untuk warganegara: RM150-RM250 per dose
  • Ada 3 dos

Private boleh cecah RM600-RM900 satu dos.

Kalau anda nak protect diri sebelum hamil, boleh ambil vaksin ni.

Perlu Pergi Klinik Kesuburan Kerajaan Atau Private?

check kesuburan di klinik kerajaan
Anda boleh lakukan perbandingan harga di hospital kerajaan dan swasta jika bercadang untuk memulakan rawatan fertiliti.

Kalau anda Google “klinik kesuburan near me”, biasanya yang naik memang banyak klinik private.

Tapi jangan lupa: klinik kerajaan pun ada bahagian O&G dan fertility clinic di hospital besar.

Klinik private sesuai jika:

  • anda nak proses cepat.
  • tak mahu menunggu lama.
  • perlukan advanced lab.

Klinik kerajaan sesuai jika:

  • mahu kos murah.
  • tak rushing.
  • mahu rawatan jangka panjang.
  • buat check asas & rawatan hormon.

Ramai pasangan buat kombinasi:
Check asas di kerajaan, kemudian rawatan ringkas di kerajaan. Apabila perlu, buat IUI/IVF di kerajaan atau private ikut bajet.

Kesimpulan

Check kesuburan di klinik kerajaan sebenarnya jauh lebih mudah, murah, dan sistematik daripada apa yang ramai pasangan fikir.

Dengan kos yang rendah, anda boleh dapat pemeriksaan lengkap termasuk hormon, ultrasound, semen analysis, dan ubat-ubatan kesuburan wanita yang biasa digunakan.

Yang penting, buat awal supaya doktor boleh kesan punca dan bagi rawatan yang tepat.

Kalau anda tengah usaha nak hamil, jangan malu atau segan.

Ramai pasangan ada journey yang sama.

Yang penting, anda ambil langkah pertama untuk cek kesuburan. Itu pun dah satu usaha besar.

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

6 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Fertility Tests
  2. Fertility testing
  3. Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Kesuburan di LPPKN
  4. Diagnosis Infertility
  5. Fertility tests and treatments
  6. Perkhidmatan Subfertiliti

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.