Masa mula-mula rasa susu badan makin ‘drop’, mesti panik, kan? Tambah pula bila tengok si manja merengek sebab tak cukup kenyang. Bila jadi macam ni, automatik kita teringat petua petua orang tua-tua dulu untuk banyakkan susu badan.
Walaupun ada banyak lambakan produk milk booster dekat pasaran, cara tradisional tetap jadi pilihan kebanyakan ibu. Selain jimat poket dan guna bahan semula jadi, ia selalunya lebih ‘mesra’ dengan badan kita yang tengah nak pulih lepas bersalin.
Lagipun, ramai ibu yang dah cuba memang kata menjadi.
Kenapa Susu Badan Boleh Jadi Kurang?
Sebelum cuba cara tradisional tambah susu badan, penting untuk tahu punca sebenar kenapa susu badan kurang. Antara sebab susu badan kurang adalah:
- Kurang rangsangan: Prinsip penyusuan mudah iaitu lagi kerap dikeluarkan, lagi banyak dihasilkan. Kalau ibu terlepas waktu memerah atau kurang menyusu, badan akan ingat susu tak diperlukan lagi.
- Pelekap (latch) tak kemas: Bila anak melekap kurang betul, payudara tak dapat dikosongkan sepenuhnya. Kilang susu pun memperlahankan penghasilan susu baharu.
- Stres dan letih: Emosi penat atau bimbang akan kacau hormon oksitosin. Bila hormon ni terganggu, susu jadi susah nak keluar walaupun ada dekat dalam.
- Kurang air dan nutrisi: Ibu menyusu guna banyak tenaga. Kalau kurang minum air atau ambil makanan tak menentu, badan tak cukup ‘bahan’ nak buat susu.
- Perubahan hormon: Bila ibu nak dekat datang haid atau ada masalah hormon lain, bekalan susu biasanya akan ‘drop’ sekejap.
Tanda Susu Badan Kurang
Sebelum ibu gigih mencuba pelbagai cara tradisional, penting untuk ibu perhatikan dulu tanda-tanda bekalan susu mula berkurang. Antara petanda yang biasa berlaku:
- Bayi merengek atau menangis walaupun baru saja selesai menyusu.
- Lampin bayi jarang basah (air kencing sikit, tak sampai 5-6 kali sehari).
- Berat badan bayi sama atau tak naik mengikut carta pertumbuhan.
- Payudara terasa lembik dan kurang penuh berbanding biasa.
- Sesi menyusu jadi terlalu lama, tapi anak masih nampak tak puas dan lapar.
Kalau ibu nampak tanda-tanda ni, paling penting jangan terus panik tau. Bila kita dah boleh detect perubahan ni awal-awal, barulah senang untuk ibu pilih petua dan langkah tradisional yang serasi untuk kembali meriahkan stok susu

Cara Tradisional Tambah Susu Badan
Salah satu cara menambah susu badan selepas bersalin ialah melalui makanan. Orang dulu-dulu memang percaya makanan tertentu boleh jadi “milk booster” semula jadi.
Antara cara tradisional tambah susu badan adalah:
1. Daun Kelor (Moringa)
Cara tradisional tambah susu badan dengan daun kelor. Daun kelor kaya zat besi, vitamin C, kalsium dan asid amino. Ia membantu merangsang penghasilan susu serta beri tenaga pada ibu.
2. Halba (Fenugreek)
Cara tradisional tambah susu badan adalah dengan pengambilan halba. Halba antara herba paling popular untuk cara tradisional tambah susu badan.
Ia dipercayai merangsang kelenjar susu. Biasanya diminum dalam bentuk teh atau rebusan.
3. Biji Jintan Manis (Fennel)
Biji jintan manis terkenal di Timur Tengah dan India. Ia bukan sahaja bantu susu lebih banyak, malah boleh kurangkan kembung bayi kerana kesannya masuk dalam susu ibu.
Cara amalkan adalah minum teh fennel atau kunyah segenggam kecil selepas makan.
3. Jantung Pisang
Cara tradisional tambah susu badan selepas bersalin dengan makan jantung pisang. Sayur kampung ini dikatakan membantu banyakkan susu badan. Selain murah, ia juga sedap dimasak lemak atau dicelur.
4. Oat
Cara menambah susu badan selepas bersalin yang seterusnya adalah dengan oat. Walaupun bukan “tradisional Melayu”, oat sudah lama digunakan oleh ibu-ibu sebagai makanan sihat untuk tambah susu.
Tinggi serat dan membantu kenyang lebih lama.
5. Air Rebusan Kurma & Kismis
Cara tambah susu badan selepas bersalin adalah dengan rebus kurma, kismis, dan sedikit gula batu. Air manis semula jadi ini beri tenaga dan dikatakan bantu tambah susu badan. Dengan mengamalkan makanan ini, ramai ibu perasan susu mereka jadi lebih pekat dan banyak.
6. Kacang Tanah
Kacang tanah rebus atau dimasukkan dalam sup juga sering diamalkan sebagai cara tradisional tambah susu badan. Ia mengandungi protein, lemak sihat, vitamin B dan E yang baik untuk memulihkan tenaga ibu yang sering keletihan akibat menyusu.
7. Air Longan
Air rebusan longan kering berasa manis semula jadi, mudah diminum, dan sering dijadikan pilihan dalam berpantang. Air longan bukan sahaja menyegarkan badan tetapi juga dipercayai dapat melancarkan susu ibu.
Dalam masyarakat Cina juga, air longan dijadikan minuman tradisi untuk kesihatan wanita selepas bersalin. Ia sesuai dimasukkan dalam senarai cara tradisional tambah susu badan kerana kesan menyegarkan dan bantu menambah tenaga.

8. Lobak Putih
Sup lobak putih memang terkenal sebagai menu klasik untuk ibu menyusu. Sayur ini dipercayai dapat merangsang kelenjar susu supaya lebih aktif dan melancarkan aliran susu.
Ramai orang tua akan menyediakan sup lobak putih bersama ikan bilis atau ayam sebagai makanan pantang. Disebabkan keberkesanannya, lobak putih selalu ada dalam menu makanan ibu selepas bersalin.
9. Tuaman Daun Sirih
Tuaman daun sirih ialah teknik tradisional yang digunakan untuk melegakan payudara bengkak dan melancarkan susu. Caranya mudah iaitu daun sirih dipanaskan sebentar di atas api kecil, kemudian diletakkan di atas payudara.
Kaedah ini dipercayai membantu membuka saluran susu yang tersumbat, mengurangkan rasa sakit, dan mempercepatkan pengeluaran susu. Inilah antara cara tradisional tambah susu badan yang lebih berbentuk rawatan luaran berbanding pemakanan.
Makanan Tambah Susu Badan
Makanan tambah susu badan merujuk kepada makanan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu (milk booster). Banyak pilihan makanan semula jadi yang boleh membantu ibu menyusu, antaranya:
1. Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja sedap, tapi juga dipercayai bantu tingkatkan kuantiti susu badan. Malah, ada kajian yang kata bayi lebih lama menyusu bila ibu makan bawang putih. Cara amalkan adalah dengan menambah bawang putih dalam sup ayam, tumisan, atau nasi goreng.
2. Barli
Makanan tambah susu badan seterusnya adalah barli. Barli bantu kekalkan hidrasi tubuh dan merangsang hormon prolaktin (hormon penghasilan susu).
Cara amalkan adalah dengan inum air rebusan barli suam sepanjang hari atau masukkan barli dalam sup.
3. Sayuran Hijau (Bayam, Daun Kelor, Sawi)
Sayuran hijau kaya zat besi, folat, kalsium, serta vitamin A, C dan K. Semua ini penting untuk ibu menyusu dan kualiti susu badan.
Cara amalkan adalah dengan buat sayur bening bayam, sup daun kelor, atau tumis sayur hijau dengan bawang putih.
4. Kacang (Badam, Gajus)
Makanan tambah susu badan yang lain adalah kacang. Kacang kaya dengan protein, kalsium dan lemak sihat. Badam sangat terkenal dalam amalan Ayurveda untuk banyakkan susu.
Cara amalkan adalh dengan makan segenggam kacang sebagai snek atau kisar jadi susu badam.
5. Biji (Flaxseed, Chia, Bijan)
Walaupun kecil, biji ini penuh khasiat. Biji chia dan flax kaya dengan omega-3, manakala bijan tinggi kalsium. Semua ini bantu penghasilan susu berkualiti.
Cara amalkan adalah tabur atas oat, campur dalam minuman, atau masukkan dalam roti.
6. Kurma
Kurma kaya dengan gula semula jadi, zat besi dan magnesium. Ia beri tenaga segera untuk ibu menyusu dan baik untuk pulihkan badan selepas bersalin.
Cara amalkan adalah makan begitu saja, campur dalam susu panas, atau buat jus kurma.
7. Buah Kering (Aprikot, Kismis)
Buah kering padat dengan vitamin dan mineral. Aprikot kaya tryptophan yang merangsang hormon prolaktin, manakala kismis membekalkan zat besi.
Cara amalkan adalah makan sebagai snek atau tambah dalam bubur oat.
8. Lobak Merah & Ubi Keledek
Kedua-duanya kaya beta-karotena dan vitamin A yang penting untuk penyusuan. Ia juga beri tenaga dan manis secara semula jadi.
Cara amalkan adalah buat jus lobak merah atau rebus ubi keledek sebagai kudapan.
9. Coklat Gelap (Dark Chocolate)
Makanan tambah susu badan seterusnya adalah coklat gelap. Coklat gelap mengandungi antioksidan dan theobromine yang boleh tingkatkan mood ibu.
Bila ibu rasa gembira dan tenang, hormon oksitosin lebih mudah merangsang aliran susu. Cara amalkan adalah makan sekeping kecil selepas makan atau cairkan dalam susu panas.
10. Susu Penuh Krim
Susu penuh krim kaya dengan protein, kalsium dan lemak sihat. Ia beri tenaga dan menyokong tubuh ibu dalam menghasilkan susu yang berkualiti.
Cara amalkan adalah minum segelas susu penuh krim panas sebelum tidur atau campurkan dalam smoothie.
Pengalaman Susu Badan Banyak
Bagi ibu @mahidahmahali, milkbooster yang paling mujarab bukanlah suplemen mahal, tapi makanan yang buat hati saya rasa gembira. Tak kisah lah nak layan kek ke, durian ke, ikut saja apa yang saya tengah teringin.
Percayalah, bila emosi gembira dan bebas stres, saraf secara automatik hantar isyarat ke otak untuk merembeskan hormon oxytocin dan prolactin.
Dua hormon nilah kunci utama untuk ‘banjirkan’ semula susu badan. Sebab tu, saya yang menyusu ni benda paling wajib kena jaga adalah emosi sebab bila stres, confirm aliran susu kacau.
Masa berpantang pun sebenarnya tak ada masalah nak makan apa yang disuka, asalkan bukan makanan yang buat badan rasa ‘panas’ dalam macam jamu melampau, lada hitam, atau halia berlebihan.
Contohnya, ada masa saya minum susu coklat dalam pantang, lepastu bila anak masuk 6 bulan, saya melayan durian. Kesannya tiba-tiba susu meriah sampai bengkak dibuatnya.
Cara Tambah Susu Badan Selepas Bersalin
Sebenarnya, ada banyak petua dan cara tradisional yang ibu boleh amalkan untuk kembali ‘meriahkan’ stok susu badan selepas bersalin. Cuba beberapa langkah mesra dan semula jadi ini:
- Susukan bayi dengan kerap: Amalkan konsep demand and supply. Lagi rajin ibu susukan si comel, lagi banyak isyarat dihantar pada kilang susu untuk terus menghasilkan stok baharu.
- Minum air suam secukupnya: Memandangkan hampir 90% susu badan adalah air, kekal terhidrasi itu wajib. Biasakan diri teguk segelas air suam setiap kali selesai menyuap anak.
- Menu milk booster tradisi: Selitkan bahan semula jadi dalam hidangan harian, macam halba, lobak putih, jantung pisang, kurma, atau oat. Petua orang dulu-dulu ni memang terbukti bantu meriahkan susu.
- Curi masa untuk rehat: Badan ibu yang tengah nak pulih lepas bersalin sangat perlukan tenaga. Walaupun agak mencabar, cuba lelapkan mata sekejap bila tengok si kecil tu tidur.
- Jaga emosi, elak stres: Bila ibu tenang, hormon oksitosin dapat mengalir dengan lancar dan mudahkan susu keluar. Bab ni, jangan segan minta bantuan suami atau keluarga untuk ringankan beban.

Ubat Tambah Susu Badan di Farmasi
Selain makanan semula jadi, ada juga pilihan moden yang boleh didapati di farmasi. Namun, penggunaan ubat tambah susu badan di farmasi perlu berhati-hati dan sebaiknya dengan nasihat doktor.
1. Domperidone (Motilium)
Ubat tambah susu badan di farmasi ini adalah untuk merangsang hormon prolaktin. Ia bukan ubat biasa yang boleh diambil tanpa kawalan.
2. Kapsul Halba & Teh Penyusuan
Versi moden daripada petua lama. Mudah didapati dalam bentuk suplemen yang lebih praktikal untuk ibu bekerja.
3. Vitamin Untuk Ibu Menyusu
B complex, zat besi dan kalsium penting untuk kesihatan ibu, sekali gus bantu penghasilan susu badan lebih berkualiti.
4. Milk Booster Moden
Banyak produk milk booster dalam bentuk serbuk minuman, coklat, atau kapsul. Namun, keberkesanan berbeza mengikut individu.
Peringatan penting: Jangan ambil sebarang ubat tambah susu badan di farmasi tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi, kerana setiap ibu ada kondisi kesihatan yang berbeza.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, ada banyak cara tradisional tambah susu badan yang boleh ibu cuba daripada makanan, amalan harian, hinggalah kepada sokongan emosi.
Semua ini bukan saja membantu susu lebih lancar, malah membuat ibu rasa lebih sihat dan bertenaga.Ingat, setiap ibu unik.
Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin berbeza untuk anda. Jangan risau kalau susu badan tak terus banyak, konsistensi dan kesabaran itu kuncinya.
Kalau anda seorang ibu baru yang tengah cari inspirasi untuk menambah susu badan, jangan putus asa. Cuba satu persatu cara tradisional yang dikongsi dalam artikel ini.
Kalau rasa bermanfaat, kongsikan artikel cara tradisional tambah susu badan ini dengan ibu-ibu lain supaya lebih ramai mendapat manfaat.
8 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- Breastfeeding nutrition: Tips for moms
- A Guide to Milk-Booster Foods That May Increase Milk Supply
- Breastfeeding and diet
- Increasing your supply
- Herbs and Foods to Increase Your Breast Milk Supply
- Susu Ibu Tiba-Tiba Berkurang? 8 Punca Tersembunyi & Bila Wajib Jumpa Lactation Consultant
- Penyusuan Susu Ibu: Panduan Lengkap
- Panduan Mengepam Susu Ibu
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.