Beras untuk pesakit kencing manis sangat penting untuk ibu mengandung yang ada masalah gula tinggi seperti GDM (Gestational Diabetes Mellitus).
Ramai ibu tak sedar, jenis nasi yang dimakan setiap hari boleh mempengaruhi bacaan gula dalam darah, bukan sekadar jumlah makan sahaja.
Kalau salah pilih beras, gula boleh naik mendadak.
Tapi kalau pilih betul, ia bantu kawal gula, beri tenaga dan kekalkan kesihatan ibu serta bayi.
Dalam artikel ini, kita akan kupas jenis beras yang sesuai untuk orang kencing manis, pilihan terbaik untuk ibu hamil, serta tips makan nasi tanpa risau gula naik.
Kenapa Pemilihan Beras Penting Untuk Ibu GDM?
Bila ibu mengandung ada diabetes, badan jadi lebih sensitif terhadap karbohidrat, termasuk nasi.
Apa yang berlaku bila makan nasi biasa?
- Indeks glisemik (GI) tinggi.
- Gula naik cepat.
- Risiko bayi besar (macrosomia).
- Risiko komplikasi bersalin.
Sebab itu, ibu perlu pilih beras sesuai untuk pesakit kencing manis yang lebih rendah GI.

Jenis Beras Untuk Pesakit Kencing Manis
Berikut beberapa jenis beras untuk ibu mengandung GDM:
1. Beras Basmati
Beras basmati untuk pesakit kencing manis adalah antara pilihan paling disyorkan.
- GI lebih rendah berbanding beras putih biasa.
- Nasi lebih ringan & tak melekit.
- Kurang lonjakan gula.
Sesuai untuk ibu yang masih nak makan nasi putih tapi lebih sihat.
2. Beras Perang
Beras perang untuk diabetes sangat bagus kerana:
- Tinggi serat.
- Lepaskan gula secara perlahan.
- Bantu kawal selera makan.
Sesuai untuk ibu yang nak kawal berat badan sepanjang kehamilan.
3. Beras Campuran (Multigrain)
Biasanya campuran:
- Beras perang.
- Barli.
- Quinoa.
- Oat.
Pilihan ini:
- Lebih fiber.
- Lebih kenyang.
- GI lebih rendah.
Ini antara beras diabetes terbaik untuk ibu moden.
4. Beras Putih Biasa
Kalau susah nak tukar beras untuk ibu GDM:
- Ambil portion kecil.
- Gabung makanan ibu mengandung dengan protein & sayur.
- Elakkan makan nasi kosong.
Ini masih boleh jadi beras sesuai untuk pesakit kencing manis jika kawal cara makan.
Baca juga:
Ibu Wajib Cuba! Senaman Mudah Bersalin Untuk Cepat Bukaan & Bersalin Lancar
Perut Mengeras Trimester 3 Kerap Berlaku? Ini Bezanya Kontraksi Palsu vs Sebenar
Air Ketuban Pecah Tapi Tidak Sakit, Normal Atau Perlu Risau?
Pilihan Beras Diabetes Terbaik
Berikut beberapa jenama pilihan beras yang boleh anda cuba:
1. ecoBrown’s Pusa Brown Basmathi Rice

Beras ini menggabungkan kelebihan basmati dan beras perang, menjadikannya antara pilihan paling seimbang untuk kawalan gula.
Teksturnya lebih ringan berbanding brown rice biasa, jadi lebih mudah diterima oleh ibu hamil.
- Sesuai untuk ibu GDM yang nak nasi lebih sihat.
- Beras basmati perang dengan GI lebih rendah.
- Tinggi serat bantu kawal gula.
Harga: RM18.71
Untuk pembelian, klik DI SINI.
2. Sunflower Premium Parboiled Rice

Beras ini diproses menggunakan teknik parboiled (stim sebelum kisar), yang membantu mengekalkan nutrien dalam bijirin serta menurunkan indeks glisemik berbanding beras putih biasa.
Ia sesuai untuk ibu mengandung yang ingin pilihan nasi lebih stabil tanpa perlu beralih sepenuhnya ke brown rice.
- Sesuai untuk peralihan dari nasi putih ke pilihan lebih sihat.
- Beras parboiled dengan GI lebih rendah.
- Nutrien lebih kekal berbanding beras putih biasa.
Harga: RM30.00
Untuk pembelian, klik DI SINI.
3. LOHAS Natural Soft Brown Rice Juga Beras Untuk Pesakit Kencing Manis

Beras ini sesuai untuk ibu yang tidak biasa makan beras perang kerana teksturnya lebih lembut.
Ia tetap tinggi serat dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
- Sesuai untuk beginner.
- Brown rice tekstur lembut.
- Mudah kunyah dan hadam.
Harga: RM8.20
Untuk pembelian, klik DI SINI.
4. Faiza Rice Herba Ponni Taj Mahal

Beras ini merupakan jenis ponni yang terkenal dengan tekstur ringan dan GI yang lebih sederhana berbanding beras putih biasa.
Beras ini sesuai untuk ibu mengandung yang ingin alternatif nasi harian yang lebih stabil tanpa perlu beralih sepenuhnya kepada beras perang.
- Sesuai untuk kawalan gula secara sederhana.
- Beras ponni dengan GI sederhana.
- Tekstur ringan dan tidak terlalu melekit.
Harga: RM9.95
Untuk pembelian, klik DI SINI.
5. Radiant Organic Multigrain Rice

Beras ini mengandungi campuran bijirin seperti quinoa dan barli yang membantu meningkatkan kandungan serat dan protein.
Ia memberi rasa kenyang lebih lama dan membantu kawal gula dengan lebih baik.
- Sesuai untuk kawal selera makan.
- Multigrain tinggi nutrisi.
- Tinggi fiber dan protein.
Harga: RM16.90
Untuk pembelian, klik DI SINI.
6. Love Earth Ten Grain Rice Antara Beras Untuk Pesakit Kencing Manis

Beras ini pilihan organik ini sesuai untuk ibu yang mengutamakan pemakanan bersih dan semula jadi.
Kandungan antioksidan yang tinggi membantu kesihatan secara keseluruhan.
- Sesuai untuk gaya hidup sihat.
- Multigrain organik.
- Tinggi antioksidan.
Harga: RM18.60
Untuk pembelian, klik DI SINI.
Beras Untuk Pesakit Kencing Manis 7. Jasmine PusaCream

Jasmine PusaCream adalah antara beras putih premium yang popular di Malaysia, terkenal dengan tekstur lembut dan bau wangi semula jadi.
- Mudah dimasak dan sesuai untuk pelbagai jenis lauk.
- Beras jenis jasmine tekstur lembut & sedikit melekit, sesuai untuk hidangan harian.
- Rasa lebih sedap & harum berbanding beras putih biasa.
Harga: RM40.00
Untuk pembelian, klik DI SINI.
8. Health Paradise Natural Premium Unpolished Brown Rice

Beras ini merupakan beras perang yang tidak diproses (unpolished), jadi kandungan nutrisi asal seperti serat, vitamin dan mineral masih kekal tinggi.
Ia membantu melambatkan penyerapan gula dan sesuai untuk ibu mengandung yang perlu kawal bacaan gula dengan lebih stabil.
- Sesuai untuk diet jangka panjang.
- Beras perang tidak diproses (lebih natural).
- Tinggi serat bantu kawal gula darah.
Harga: RM9.90
Untuk pembelian, klik DI SINI.
9. Radiant Siam Black Rice Juga Beras Untuk Pesakit Kencing Manis

Beras hitam ini terkenal dengan kandungan antioksidan yang sangat tinggi, terutama anthocyanin yang baik untuk kesihatan.
Selain itu, ia juga membantu menstabilkan gula darah dan sesuai sebagai variasi dalam diet ibu hamil.
- Sesuai untuk variasi diet sihat.
- Tinggi antioksidan dan serat.
- GI lebih rendah berbanding beras putih.
Harga: RM22.90
Untuk pembelian, klik DI SINI.
10. Konjac Dry Rice

Konjac rice adalah pilihan moden yang rendah karbohidrat dan hampir tiada kalori, sesuai untuk pesakit diabetes yang ingin kawal gula dengan lebih ketat.
Teksturnya sedikit berbeza daripada nasi biasa, tetapi boleh membantu mengurangkan lonjakan gula secara signifikan.
- Sesuai untuk kawalan gula yang lebih ketat.
- Rendah karbohidrat dan kalori.
- Hampir tidak menaikkan gula darah.
Harga: RM5.20
Untuk pembelian, klik DI SINI.
Tanda Beras Tinggi Gula
Berikut beberapa tanda beras tinggi gula:
1. Warna Terlalu Putih dan Berkilat
Beras yang sangat putih biasanya telah melalui proses pengilangan yang tinggi.
Lapisan bran dan serat telah dibuang, menyebabkan karbohidrat lebih mudah diserap dan gula darah cepat naik.
2. Tekstur Sangat Lembut dan Melekit
Nasi yang terlalu lembut atau melekit seperti beras pulut mempunyai indeks glisemik yang tinggi.
Ia cepat dihadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah.
3. Cepat Lapar Selepas Makan
Jika anda cepat rasa lapar walaupun baru makan nasi, ini menunjukkan gula darah naik dengan cepat dan turun dengan cepat.
Ini adalah ciri makanan GI tinggi.
4. Rasa Sedikit Manis Walaupun Tanpa Gula
Sesetengah beras putih mempunyai rasa manis semula jadi kerana kandungan kanji yang tinggi.
Ini menandakan ia mudah meningkatkan paras gula darah.
5. Nasi Mudah Jadi Lembik Walaupun Air Sedikit
Jika nasi cepat lembik atau terlalu empuk walaupun tidak menggunakan banyak air, ini menunjukkan struktur kanji yang mudah pecah dan cepat diserap oleh badan.
Tips Makan Nasi Untuk Ibu Mengandung GDM
Ramai ingat kena stop nasi terus, sebenarnya TAK perlu.
Cara makan nasi tanpa gula naik:
- Makan nasi bersama protein (ayam, ikan, telur).
- Tambah sayur-sayuran tinggi fiber.
- Elakkan minuman manis.
- Jangan makan nasi waktu malam terlalu banyak.
- Makan secara sederhana (portion control).
Walaupun guna beras yang rendah indeks glisemik, cara makan tetap memainkan peranan besar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, beras untuk pesakit kencing manis bukan sekadar trend, ia keperluan penting untuk ibu mengandung yang nak jaga kesihatan diri dan bayi.
Pilihan terbaik termasuk:
- beras basmati untuk pesakit kencing manis.
- beras perang untuk diabetes.
- beras campuran multigrain.
Yang paling penting, kawal portion dan cara makan.
Kalau anda ibu mengandung dan ada masalah gula tinggi, mula tukar beras hari ini.
Pilih jenis beras sesuai untuk pesakit kencing manis supaya kandungan lebih sihat dan risiko komplikasi dapat dikurangkan.



