Munculnya stretch mark kat perut atau paha lepas bersalin dan bila berat naik memang perkara biasa. Walaupun tak bahayakan kesihatan, jujur cakap ia selalu buat ramai ibu rasa janggal dan hilang keyakinan diri.

Tapi jangan risau, garisan ini sebenarnya boleh dipudarkan. Ada banyak pilihan yang anda boleh cuba daripada petua bahan semula jadi di rumah sampailah rawatan moden.

Dalam artikel ini, kita akan bincang cara untuk hilangkan stretch mark di perut, di paha, ketika mengandung, selepas bersalin dan juga cara menghilangkan stretch mark dengan cepat.

Apa Itu Stretch Mark?

Stretch mark adalah garisan panjang atau jalur yang muncul pada kulit bila lapisan dalam kulit “tertarik” melebihi kemampuan. Warna stretch mark pada awalnya merah jambu, merah gelap atau ungu, tapi lama-lama ia akan pudar jadi putih atau kelabu.

Biasanya stretch mark muncul di:

  • Perut.
  • Paha.
  • Punggung.
  • Payudara.
  • Lengan atas.

Punca Terbentuknya Stretch Mark

Kulit wanita anjal sebab ada kolagen dan elastin. Tapi bila saiz badan berubah drastik macam masa perut membesar waktu mengandung atau berat naik mendadak, lapisan tengah kulit (dermis) tertarik melebihi hadnya. Kesannya, serat kolagen kat dalam tu terputus dan terkoyak secara halus.

Pada peringkat awal, garisan kelihatan kemerahan atau keunguan (striae rubra) kerana salur darah masih jelas. Lama-kelamaan, ia bertukar menjadi putih keperakan (striae alba).

Faktor Utama:

  • Kehamilan: Saiz dan bentuk perut yang makin membesar pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.
  • Perubahan Berat Badan: Kenaikan atau penurunan berat badan secara drastik.
  • Perubahan Hormon: Hormon ketika pubersiti atau kehamilan yang melemahkan keanjalan kulit.
  • Genetik: Sejarah keluarga yang mempunyai kulit mudah mendapat garisan ini.

Kenapa Warna Stretch Mark Tak Sama?

Perasan tak, stretch mark kadang merah, kadang putih? Renora Clinic pun ada jelaskan pasal perbezaan fasa ni.

warna stretch mark

Bila nampak garisan merah keunguan, itu maksudnya garisan baru nak jadi. Masa ni salur darah kat bawah kulit tengah aktif lagi. Kalau nak start sapu krim atau buat rawatan, fasa inilah paling sesuai sebab senang nak pudar.

Tapi bila dah bertukar warna putih pucat atau samar-samar, itu tanda stretch mark dah ‘berumur’. Tisu kolagen kat situ dah makin menipis dan berparut. Fasa ni memang liat sikit nak hilang.

Cara Hilangkan Stretch Mark Secara Semula Jadi

Ramai yang inginkan kulit kembali licin tanpa perlu bergantung pada rawatan mahal. Sebab itu, pilihan cara untuk hilangkan stretch mark secara semula jadi semakin digemari.

Berikut beberapa cara untuk menghilangkan stretch mark dengan berkesan:

1. Minyak Kelapa

Minyak kelapa kaya dengan vitamin E yang bagus untuk kelembapan kulit. Urut perlahan minyak kelapa pada kawasan stretch mark setiap malam.

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang nak cuba cara menghilangkan stretch mark dengan cepat secara natural. Ia juga selamat digunakan oleh ibu mengandung atau selepas bersalin kerana tidak mengandungi bahan kimia keras.

2. Aloe Vera

Aloe vera terkenal sebagai “penyembuh semula jadi”. Gel aloe vera boleh menenangkan kulit dan mempercepatkan proses pemulihan.

Ia sangat sesuai untuk ibu yang cari cara hilangkan stretch mark mengandung kerana aloe vera bersifat lembut, tidak memberi kesan sampingan pada bayi dan memberi kelembapan tambahan pada kulit.

3. Scrub Gula

Scrub gula buatan sendiri boleh membantu membuang sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan kulit baru. Campurkan gula dengan sedikit minyak zaitun atau minyak badam, kemudian gosok perlahan di kawasan perut atau paha.

Amalan ini boleh membantu cara menghilangkan stretch mark di perut secara semula jadi.

4. Minyak Zaitun

Selain untuk masakan, minyak zaitun kaya dengan antioksidan yang membantu memperbaiki tekstur kulit. Urutan konsisten dapat mengurangkan stretch mark selepas bersalin.

Ramai ibu guna petua ini kerana ia mudah didapati dan murah.

cara hilangkan stretch mark
Cara menghilangkan stretch mark dengan cepat dengan gabungan rawatan semula jadi dan moden.

Cara Hilangkan Stretch Mark dengan Rawatan Moden

Jika garisan pada kulit anda sudah lama bertukar menjadi warna putih (striae alba), petua semula jadi mungkin agak lambat menunjukkan kesan. Pada tahap ini, ibu boleh mempertimbangkan rawatan klinikal di bawah pengawasan pakar dermatologi seperti:

1. Krim & Losyen Khusus

Ada banyak produk di pasaran yang dicipta khas untuk cara untuk hilangkan stretch mark di perut dan paha. Pilih yang mengandungi retinol, asid hyaluronik atau centella asiatica.

Namun kalau mengandung, elakkan retinol kerana ia tidak sesuai untuk ibu hamil.

2. Rawatan Laser

Laser fractional adalah salah satu rawatan klinik yang popular untuk cara untuk menghilangkan stretch mark selepas bersalin. Ia membantu merangsang kolagen dan menjadikan kulit lebih tegang. Walaupun agak mahal, kesannya lebih cepat berbanding rawatan lain.

3. Microneedling

Rawatan ini menggunakan jarum halus untuk merangsang kulit menghasilkan kolagen baru. Ia juga sesuai untuk mengurangkan stretch mark lama di paha atau perut. Ramai memilih kaedah ini bila mahu cara menghilangkan stretch mark dengan cepat.

4. Chemical Peel

Rawatan ini mengelupaskan kulit lama untuk memberi ruang kepada kulit baru tumbuh lebih rata dan licin. Ia biasanya dibuat di klinik estetik dengan pemantauan doktor.

cara hilangkan stretch mark
Cara hilangkan stretch mark di perut biasanya mengambil masa untuk pudar.

Cara Hilangkan Stretch Mark Mengandung

Garis halus atau stretch mark kat perut dan paha memang perkara biasa masa mengandung. Bila bayi makin membesar, kulit terpaksa meregang dengan cepat sampai serat kolagen di lapisan dermis terkoyak secara halus.

Walaupun sukar untuk dihilangkan 100%, ibu tetap boleh memudarkan kesannya supaya kulit nampak lebih rata dan sihat. Antaranya dengan:

  • Mula Awal: Sapu pelembap secara konsisten seawal trimester pertama lagi.
  • Hidrat dari Dalam: Minum air secukupnya supaya kulit tak mudah kering dan hilang keanjalan.
  • Guna Minyak Semula Jadi: Amalkan sapuan minyak kelapa dara atau minyak argan setiap malam sebelum tidur.
  • Elak Dari Menggaru: Bila perut mula gatal, elakkan menggaru supaya lapisan dermis tak makin rosak. Sebaliknya, tepuk perlahan atau sapu pelembap tambahan.
cara hilangkan stretch mark
Cara hilangkan stretch mark mengandung yang selamat.

Cara Hilangkan Stretch Mark Selepas Bersalin

Kemunculan stretch mark kat perut, paha atau payudara selepas bersalin memang perkara biasa yang dilalui ramai wanita. Selepas bersalin, garisan merah atau putih keperakan ni masih jelas kelihatan sebab kulit yang tegang sewaktu hamil mula mengecut semula.

Ibu boleh cuba gabungan langkah penjagaan semula jadi dan moden ini:

  • Teruskan Rutin Pelembap & Minyak Semula Jadi: Jangan berhenti sapu krim khas, cocoa butter, minyak zaitun atau minyak kelapa dara (VCO). Kelembapan yang berterusan membantu memulihkan tekstur kulit.
  • Nutrisi Pemulihan dari Dalam: Amalkan diet seimbang yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Zink. Nutrisi ini membantu merangsang sintesis kolagen baharu untuk membaiki tisu kulit yang rosak.
  • Urutan Tradisional atau Postnatal Massage: Urutan lembut pada kawasan terjejas membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mempercepatkan proses pemulihan semula jadi sel kulit.
  • Pertimbangkan Rawatan Moden (Laser & Microneedling): Jika garisan sudah bertukar warna putih keperakan (striae alba) dan sukar pudar, rawatan klinikal seperti fractional laser atau microneedling sangat berkesan merangsang kolagen baharu dari dalam.
  • Senaman Ringan & Hidrasi: Minum air secukupnya dan mula lakukan senaman ringan (selepas mendapat kelulusan doktor) untuk menguatkan otot serta memulihkan keanjalan kulit.

Stretch Mark Bukan Kecacatan

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang wanita memuat naik tangkap layar perbualan bersama bekas suaminya. Menerusi hantaran tersebut, dia mengatakan bekas suaminya yang tergamak menghina parut pembedahan Caesarean (czer) pada perutnya demi melahirkan anak, selain bertindak curang di belakangnya.

Melalui satu perkongsian di Instagram, Dr Say menjelaskan bahawa tanda regangan (stretch mark) pada bahagian perut berlaku apabila kulit wanita hamil meregang dengan pantas seiring pembesaran bayi sehingga menyebabkan lapisan bawah kulit terkoyak secara perlahan-lahan.

stretch mark hamil

Tegas beliau, parut tersebut serta kesan pembedahan Caesarean bukanlah satu kecacatan atau kekurangan yang wajar dihina. Sebaliknya, ia adalah bukti luka dan lambang kekuatan seorang ibu demi menyelamatkan serta melahirkan zuriat mereka.

Dr Say turut menegur golongan lelaki yang menganggap kesan-kesan tersebut sebagai sesuatu yang menjijikkan. Menurut beliau, lelaki yang hanya menilai wanita berdasarkan kelicinan kulit dan kecantikan perut semata-mata belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, apatah lagi menjadi seorang bapa.

Kesimpulan

Stretch mark adalah perkara biasa dan hampir semua ibu akan mengalaminya. Sama ada di perut atau paha, ketika hamil mahupun selepas bersalin, garisan ini sebenarnya boleh dipudarkan.

Pilihlah kaedah yang sesuai dengan gaya hidup ibu, sama ada petua semula jadi di rumah atau rawatan moden di klinik. Kunci utamanya cuma satu iaitu konsisten.

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai tahu tentang tips hilangkan stretch mark yang berkesan.

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

7 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Stretch marks
  2. Stretch marks: Why they appear and how to get rid of them
  3. Stretch Marks
  4. Stretch marks
  5. Stretch marks
  6. Stretch Mark & Cellulite Selepas Bersalin — Apa Pilihan Anda?
  7. Kesan Regangan 'Stretch Mark' Semasa Hamil

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.