Bengkak susu apa perlu buat adalah antara masalah paling kerap dialami ibu menyusu, terutamanya dalam tempoh awal selepas bersalin.
Bila payudara tiba-tiba jadi keras, tegang dan sakit, memang boleh buat ibu rasa tak selesa sepanjang hari.
Ada yang sampai susah nak tidur, susah nak pegang bayi, malah ada yang terus rasa takut untuk menyusu.
Sebenarnya, keadaan ini sangat normal dan hampir semua ibu menyusu pernah melaluinya. Yang penting bukan elak sepenuhnya, tetapi tahu cara mengurus dengan betul.
Jika diurus awal, bengkak susu boleh lega dengan cepat. Tapi kalau dibiarkan, ia boleh jadi lebih serius seperti saluran susu tersumbat atau jangkitan.
Apa Itu Bengkak Susu & Kenapa Ia Berlaku?
Bengkak susu berlaku apabila susu badan terkumpul terlalu banyak dalam payudara dan tidak dikeluarkan sepenuhnya.
Apabila ini berlaku, tekanan dalam payudara akan meningkat dan menyebabkan tisu menjadi tegang serta menyakitkan.
Dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas bersalin, badan ibu mula menghasilkan susu dalam jumlah yang banyak.
Ini adalah proses normal, tetapi jika bayi tidak menyusu dengan efektif atau ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap, susu akan terkumpul.
Antara punca utama:
- Bayi tidak menyusu dengan kerap atau terlalu lama tidur.
- Teknik lekapan bayi tidak betul.
- Ibu skip sesi pam atau menyusu.
- Penggunaan bra yang terlalu ketat.
- Ibu terlalu penat atau stres.
Situasi ini menyebabkan ramai ibu mula tertanya-tanya bengkak susu apa perlu buat kerana rasa sakit yang datang boleh jadi sangat mengganggu rutin harian.

Perbezaan Bengkak Susu & Susu Tersumbat
Ramai ibu keliru antara dua keadaan ini, sedangkan cara rawatannya sedikit berbeza.
Bengkak susu:
Seluruh payudara terasa keras, penuh dan tegang.
Biasanya berlaku pada kedua-dua belah payudara dan disebabkan oleh pengumpulan susu yang banyak secara keseluruhan.
Justeru adalah penting untuk mengetahui bengkak susu apa perlu buat agar masalah tidak menjadi lebih teruk.
Susu tersumbat:
Saluran susu tersumbat hanya melibatkan satu bahagian payudara.
Ibu akan rasa ada ketulan kecil yang sakit bila ditekan.
Susu mungkin keluar sedikit atau tersekat di kawasan tertentu.
Memahami perbezaan ini penting kerana ia membantu ibu memilih cara hilangkan bengkak susu tersumbat yang lebih tepat dan berkesan.
Baca juga:
Susu Badan Nampak Cair? Cuba 7 Tips Pekatkan Susu Badan Ini, Barulah Bayi Kenyang & Sihat!
Pilihan Ramai Mommy! Ini 22 Jenama Breast Pump Terbaik Tahun 2026
Susu Badan Tahan Berapa Lama Selepas Dipanaskan? Ini Panduan Penyimpanan Susu Yang Selamat
Tanda-Tanda Bengkak Susu
Berikut beberapa tanda bengkak susu yang perlu ibu beri perhatian:
1. Payudara Keras & Tegang
Payudara akan terasa sangat keras seolah-olah dipenuhi tekanan.
Ini berlaku kerana susu tidak dapat keluar dengan lancar dan terkumpul dalam saluran susu.
Jika ditekan, ibu mungkin rasa sakit yang kuat.
2. Kulit Payudara Menegang & Berkilat
Kulit pada payudara boleh nampak tegang dan sedikit berkilat.
Ini menunjukkan tekanan dalaman meningkat dan tisu sedang meregang.
3. Sakit Berdenyut
Sesetengah ibu akan rasa sakit payudara berdenyut atau berdenyut-denyut, terutama bila susu semakin penuh.
Rasa ini boleh datang secara berterusan atau ketika disentuh.
4. Puting Jadi Rata
Apabila payudara terlalu tegang, puting boleh menjadi rata atau keras.
Ini menyebabkan bayi sukar untuk melekap dengan betul, seterusnya memburukkan keadaan.
5. Susu Susah Keluar
Walaupun payudara penuh, ada ibu mengalami bengkak susu tak keluar.
Ini berlaku kerana tekanan dalam payudara terlalu tinggi sehingga menghalang aliran susu keluar dengan lancar.
Dengan mengetahui bengkak susu apa perlu buat, anda boleh mengatasi masalah ini daripada berlarutan sehingga menjejaskan keselesaan harian.

Bengkak Susu Apa Perlu Buat
Antara cara hilangkan bengkak susu tersumbat adalah dengan:
1. Susukan Bayi Dengan Kerap
Menyusukan bayi dengan kerap adalah cara paling penting untuk mengatasi bengkak susu.
Apabila payudara dikosongkan secara konsisten, tekanan akan berkurang dan aliran susu menjadi lebih lancar.
Ibu disarankan menyusu setiap 2 hingga 3 jam.
Ini adalah jawapan utama kepada persoalan bengkak susu apa perlu buat.
2. Teknik Lekapan Antara Bengkak Susu Apa Perlu Buat
Bengkak susu apa perlu buat adalah dengan betulkan teknik lekapan atau latch.
Latch yang betul memastikan susu keluar dengan sempurna.
Jika tidak, susu akan tertinggal dalam payudara dan menyebabkan bengkak.
Dengan latch yang baik, ibu bukan sahaja dapat mengurangkan bengkak, malah dapat membantu cara hilangkan bengkak susu tersumbat dengan lebih efektif.
3. Bengkak Susu Boleh Pam, Tapi Berpada
Ya, bengkak susu boleh pam, tetapi hanya untuk mengurangkan tekanan.
Elakkan pam terlalu lama kerana ia boleh merangsang penghasilan susu.
Pam secara sederhana membantu melancarkan aliran susu dan juga merupakan sebahagian daripada cara hilangkan bengkak susu tersumbat.
Bengkak Susu Apa Perlu Buat 4. Urutan Payudara
Urutan membantu membuka saluran susu dan melancarkan aliran.
Lakukan urutan dari bahagian luar ke arah puting dengan perlahan.
Teknik ini sangat penting dalam cara hilangkan bengkak susu tersumbat kerana ia membantu mengurangkan kawasan keras.
5. Bengkak Susu Apa Perlu Buat Adalah Tuam Suam & Sejuk
Tuam suam sebelum menyusu membantu membuka saluran susu, manakala tuam sejuk selepas menyusu bayi membantu mengurangkan bengkak.
Gabungan teknik ini bukan sahaja melegakan sakit, malah membantu dalam cara hilangkan bengkak susu tersumbat secara semula jadi.
6. Perahan Tangan Juga Tips Bengkak Susu Apa Perlu Buat
Jika pam tidak berkesan, teknik perahan tangan boleh digunakan untuk mengeluarkan susu secara manual.
Teknik ini membantu ibu mengatasi masalah bengkak susu tak keluar dan juga merupakan sebahagian daripada cara hilangkan bengkak susu tersumbat.
Cara Hilangkan Bengkak Susu Cara Tradisional
Mengetahui bengkak susu apa perlu buat adalah sangat penting untuk membantu ibu menyusu mengurangkan sakit dengan cepat dan mengelakkan komplikasi seperti saluran susu tersumbat atau jangkitan.
Cara hilangkan bengkak susu cara tradisional adalah dengan:
1. Daun Kubis Sejuk
Cara hilangkan bengkak susu cara tradisional adalah dengan daun kubis sejuk.
Daun kubis yang disejukkan boleh membantu mengurangkan bengkak dan memberi rasa lega.
Ia berfungsi dengan menyerap haba dari payudara dan mengurangkan keradangan.
Gunakan selama 15 hingga 20 minit dan elakkan penggunaan berlebihan supaya tidak mengurangkan penghasilan susu.
2. Daun Sirih
Daun sirih yang dilayurkan boleh digunakan sebagai tuam untuk mengurangkan sakit dan membantu melancarkan aliran susu.
Ia merupakan amalan tradisional yang masih digunakan oleh ramai ibu hingga hari ini.
3. Minyak Herba Untuk Urutan
Cara hilangkan bengkak susu cara tradisional yang lain adalah minyak herba.
Minyak herba atau minyak telon boleh digunakan untuk membantu urutan menjadi lebih lancar dan selesa.
Ia juga membantu memberi kesan hangat yang boleh melonggarkan saluran susu.
Ini antara cara hilangkan bengkak susu cara tradisional yang popular dalam kalangan ibu di Malaysia.
4. Air Suam & Mandian Hangat
Mandi air suam boleh membantu melonggarkan tisu payudara dan memudahkan aliran susu.
Ini juga termasuk dalam tips bengkak susu apa perlu buat yang mudah dilakukan di rumah.

Bengkak Susu Tak Keluar
Apabila mengalami bengkak susu tak keluar, ibu perlu bertindak segera.
Mulakan dengan tuam suam untuk membuka saluran susu, kemudian lakukan urutan lembut dan cuba teknik hand expression.
Tukar posisi penyusuan untuk membantu mengosongkan bahagian payudara yang berbeza.
Jika masih tidak berhasil, ibu disarankan untuk mendapatkan bantuan kaunselor laktasi bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Ibu perlu mendapatkan rawatan jika mengalami:
- Demam.
- Payudara merah dan panas.
- Sakit yang semakin teruk.
- Badan menggigil atau lemah.
Ini mungkin tanda jangkitan seperti mastitis yang memerlukan rawatan segera.
Tips Elak Bengkak Susu Berulang
Berikut tips elak bengkak susu berulang:
1. Konsisten Menyusu atau Pam
Kekerapan menyusu atau pam susu sangat penting untuk memastikan payudara tidak terlalu penuh.
2. Pakai Bra Yang Selesa
Bra yang terlalu ketat boleh menekan saluran susu dan menyebabkan penyumbatan.
3. Elakkan Tekanan Pada Payudara
Posisi tidur atau pakaian yang menekan payudara boleh mengganggu aliran susu.
4. Jaga Rehat & Emosi
Keletihan dan stres boleh menjejaskan hormon yang mengawal pengeluaran susu.
Kesimpulan
Masalah ini memang biasa, tetapi tidak boleh dipandang ringan.
Dengan teknik yang betul, ibu boleh mengatasi bengkak susu dengan cepat dan selamat.
Setiap kali ibu tertanya bengkak susu apa perlu buat, ingat bahawa kunci utama adalah memastikan susu dikeluarkan secara konsisten dan teknik yang digunakan adalah betul.
Jika artikel ini membantu, kongsikan dengan ibu lain supaya lebih ramai tahu cara mengurus bengkak susu dengan betul.
Sokongan kecil ini boleh bantu ramai ibu melalui fasa penyusuan dengan lebih tenang.



