10 Vitamin Untuk Mengandung Yang Terbaik, Pilihan Popular Bakal Ibu

10 Vitamin Untuk Mengandung Yang Terbaik, Pilihan Popular Bakal Ibu

Vitamin untuk mengandung sebenarnya bukan sekadar trend, tetapi satu persediaan penting untuk bakal ibu yang sedang merancang kehamilan.

Ramai pasangan fokus pada waktu subur, diet sihat dan gaya hidup aktif, tetapi lupa bahawa badan wanita perlukan nutrien yang cukup sebelum proses persenyawaan berlaku.

Bila nutrien cukup, peluang kehamilan lebih baik dan risiko komplikasi awal boleh dikurangkan.

Sebab itu ramai doktor sarankan wanita mula ambil vitamin untuk mengandung sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum cuba hamil.

Dalam artikel ini kita akan bincangkan:

  • Kenapa perlu ambil vitamin sebelum hamil.
  • Jenis nutrien penting untuk kesuburan.
  • Vitamin untuk mengandung di farmasi.
  • Vitamin untuk mengandung trimester pertama.
  • Suplemen tenaga untuk ibu mengandung.
  • Tip pilih produk yang sesuai.

Kalau anda sedang TTC (trying to conceive), artikel ini memang untuk anda.

Kenapa Perlu Ambil Vitamin Sebelum Mengandung?

Ramai wanita hanya mula ambil suplemen selepas disahkan hamil.

Hakikatnya, 4 minggu pertama kehamilan sangat penting dan ramai tak sedar pun mereka sudah hamil ketika itu.

Di sinilah peranan vitamin untuk mengandung menjadi sangat penting.

1. Membantu Proses Ovulasi Lebih Stabil

Nutrien seperti zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik membantu keseimbangan hormon.

Bila hormon stabil, kitaran haid lebih teratur dan ovulasi lebih konsisten.

2. Menguatkan Kualiti Telur

Antioksidan seperti vitamin C, vitamin E dan CoQ10 membantu melindungi sel telur daripada kerosakan radikal bebas.

Ini penting terutama wanita umur 30 tahun ke atas.

3. Menyediakan Badan Untuk Kehamilan

Bila badan sudah cukup nutrien, implantasi lebih baik dan risiko keguguran awal boleh dikurangkan.

Sebab itu doktor sering sarankan ambil vitamin untuk mengandung sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang hamil.

vitamin untuk mengandung
Vitamin untuk ibu mengandung boleh bantu tingkatkan tenaga dan kurangkan risiko anemia.

Nutrien Penting Dalam Vitamin Untuk Mengandung

Tak semua suplemen sesuai.

Bila cari vitamin untuk mengandung, pastikan ia mengandungi nutrien ini:

1. Asid Folik (Folic Acid)

Ini paling penting.

Asid folik membantu pembentukan tiub saraf bayi.

Kekurangan boleh menyebabkan kecacatan saraf.

Dos biasa: 400–800mcg sehari.

2. Zat Besi

Zat besi bantu pembentukan sel darah merah dan cegah anemia.

Ramai wanita Malaysia sebenarnya ada Hb rendah tanpa sedar.

3. Vitamin D

Vitamin D penting untuk kesuburan dan sokong sistem imun.

4. Iodin

Menyokong fungsi tiroid dan perkembangan otak bayi.

5. DHA / Omega-3

Baik untuk perkembangan otak dan mata bayi sejak awal kehamilan.

Vitamin untuk ibu mengandung biasanya sudah lengkap dengan nutrien ini, tetapi pastikan semak label sebelum beli.

Vitamin Untuk Mengandung Di Farmasi

Berikut senarai vitamin untuk mengandung yang boleh anda cuba:

1. Appeton Essential Folic Acid

vitamin untuk mengandung

Appeton Essential Folic Acid ialah suplemen asid folik yang sesuai diambil sebagai vitamin untuk mengandung, terutamanya bagi wanita yang sedang merancang kehamilan atau baru hamil.

Asid folik (Vitamin B9) sangat penting untuk membantu pembentukan sel baharu dan perkembangan awal janin.

Berikut sebab kenapa asid folik penting sebelum & awal kehamilan:

✔ Membantu pembentukan tiub neural bayi – Mengurangkan risiko kecacatan seperti spina bifida.
✔ Menyokong perkembangan otak & saraf janin pada minggu-minggu awal kehamilan.
✔ Membantu penghasilan sel darah merah – Penting untuk elakkan anemia.
✔ Disarankan diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga trimester pertama.

Cara pengambilan: 1 biji sehari.

Harga: RM57.90

Untuk pembelian, tekan di sini.

2. HLP Lifesenze Bio Iron-Folic Plus Capsule

vitamin untuk mengandung 2

Lifesenze Bio Iron‑Folic Acid Plus ialah suplemen nutrien yang menggabungkan besi (iron) dan asid folik (folic acid) bersama beberapa vitamin tambahan.

Ia menyokong kesihatan umum, terutamanya bagi wanita yang merancang kehamilan, sedang hamil, atau memerlukan sokongan tenaga dan pembentukan sel darah merah yang baik

Antara manfaatnya adalah:

✔ Sokongan pembentukan sel darah merah – membantu mencegah anemia, sesuatu yang biasa berlaku ketika hamil dan boleh menyebabkan keletihan.
✔ Asid folik menyokong perkembangan awal janin, terutama tiub saraf bayi dalam beberapa minggu pertama kehamilan.
✔ Meningkatkan tenaga harian – gabungan besi dan vitamin-vitamin B membantu mengurangkan rasa lesu.

Cara pengambilan: 1 kapsul setiap kali sebelum makan, sekali sehari.

Pantang larang:

  • Elakkan pada pesakit talasemia – risiko lebihan zat besi.
  • Elakkan ambil bersama susu, kalsium dan antasid (jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam).
  • Elakkan ambil bersama ubat tertentu seperti tetracycline, penicillin, ciprofloxacin dan levothyroxine (ambil 2 jam sebelum atau 6 jam selepas ubat).
  • Berhati-hati bagi pesakit G6PD.
  • Berhati-hati bagi pesakit penyakit buah pinggang kronik (mungkin perlu pelarasan dos).
  • Boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sembelit, sakit perut dan najis menjadi gelap.

Harga: RM39.17

Untuk pembelian, tekan di sini.

3. Biotective Folic Acid 400mcg 

vitamin untuk mengandung

Biotective Folic Acid 400mcg ialah suplemen asid folik yang sangat penting sebagai vitamin untuk mengandung, terutamanya bagi wanita yang sedang merancang kehamilan atau berada di awal trimester pertama.

Asid folik 400mcg membantu:

✔️ Mencegah anemia awal kehamilan.

✔️ Mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf bayi (seperti spina bifida).

✔️ Menyokong pembentukan sel dan DNA yang sihat.

✔️ sesuai untuk diambil semasa hamil dan juga ketika menyusukan bayi.

Cara pengambilan: Ambil 1 tablet sehari mengikut arahan pada label.

Harga: RM37.70

Untuk pembelian, tekan di sini.

4. Blackmores CoQ10 50mg

vitamin untuk mengandung

Blackmores CoQ10 50mg sering dipilih oleh wanita yang sedang berikhtiar hamil kerana kandungan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang berfungsi sebagai antioksidan kuat dan membantu penghasilan tenaga dalam sel.

Walaupun ia bukan vitamin prenatal utama seperti asid folik, CoQ10 semakin popular dalam kalangan pasangan TTC (trying to conceive) sebagai suplemen sokongan kesuburan.

CoQ10 ialah bahan semula jadi yang terdapat dalam setiap sel badan, terutamanya di bahagian mitokondria (pusat tenaga sel).

Ia membantu:

✔ Menghasilkan tenaga (ATP).
✔ Melindungi sel daripada kerosakan oksidatif.
✔ Menyokong fungsi jantung dan sistem imun.

Paras CoQ10 dalam badan akan menurun seiring pertambahan usia sebab itu ramai wanita berumur 30 tahun ke atas memilih suplemen ini ketika merancang kehamilan.

Harga: RM95.50

Untuk pembelian, tekan di sini.

5. GMPHARM The Folic For Mommy Prenatal Folic Acid

vitamin untuk mengandung

GMPHARM adalah Jenama suplemen kanak-kanak & prenatal No.1 di Korea.

✔ Mengandungi 800 μg DEF Active Folic Acid (5-MTHF) – bentuk folat aktif yang lebih mudah diserap badan.

✔ Menggunakan Quatrefoil® premium folic acid yang dipatenkan.

✔ Membekalkan lebih 100% keperluan harian Vitamin B2, B6 & B12.

✔ Mengandungi Vitamin E untuk fungsi antioksidan.

✔ Mengandungi EPA & DHA (Omega-3)

✔ Halal.

✔ Kapsul berasaskan tumbuhan (plant-based) yang lebih selamat.

Cara pengambilan: 1 biji sehari.

Harga: RM55.31

Untuk pembelian, tekan di sini.

6. Obimin Pluz Pre & Post Natal Vitamins & Minerals With Fish Oil 30 Capsules

vitamin untuk mengandung

Obimin Pluz ialah vitamin untuk mengandung yang diformulasikan khas bagi menyokong kesihatan ibu sebelum hamil, sepanjang kehamilan dan selepas bersalin.

Ia mengandungi kombinasi lengkap vitamin, mineral serta DHA & EPA untuk membantu perkembangan bayi dan menjaga kesihatan ibu.

Kebaikan Obimin Pluz:

  • Menyokong perkembangan otak dan saraf bayi.
  • Membantu tumbesaran janin secara menyeluruh.
  • Mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
  • Menjaga kesihatan ibu sepanjang kehamilan.
  • Sesuai diambil sebelum dan selepas bersalin.

Cara pengambilan:

Ambil 1 kapsul lembut sehari, atau mengikut nasihat doktor.

Harga: RM69.14

Untuk pembelian, tekan di sini.

7. Swisse Ultinatal Pre-Conception & Pregnancy Multivitamin 180 Tablets

vitamin untuk mengandung

Swisse Ultinatal Pre-Conception & Pregnancy Multivitamin ialah suplemen lengkap yang mengandungi gabungan 19 nutrien penting untuk menyokong keperluan pemakanan wanita sebelum hamil, sepanjang kehamilan dan juga selepas bersalin.

Formula ini mengandungi 500 mcg asid folik setiap dos harian, bersama omega-3 DHA, kolina (choline) dan vitamin D bagi memenuhi keperluan nutrisi yang meningkat ketika fasa prakehamilan dan kehamilan.

Ia membantu menyediakan tubuh untuk kehamilan serta menyokong perkembangan janin yang sihat.

Antara nutrien utama termasuk:

  • Asid folik – membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi.
  • DHA – menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
  • Kolina, iodin dan zink – penting untuk perkembangan menyeluruh bayi.
  • Zat besi bentuk rendah sembelit – lebih lembut pada perut dan membantu mengurangkan ketidakselesaan seperti sembelit.

Nota penting:

Produk ini tidak sesuai untuk diet vegan atau vegetarian kerana kapsulnya diperbuat daripada gelatin bovin (lembu).

Cara pengambilan: Ambil 2 kapsul sehari, semasa atau selepas makan.

Harga: RM173.30

Untuk pembelian, tekan di sini.

8. StemLabs CoQ10 100mg

vitamin untuk mengandung

StemLabs CoQ10 100mg (MAL16115009NCR) membekalkan CoQ10 dalam bentuk ubiquinone untuk menyokong kesihatan dan tenaga harian.

Antara kelebihannya adalah:

  1. Antioksidan kuat – Melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
  2. Tingkatkan tenaga – Membantu penghasilan ATP (sumber tenaga badan).
  3. Sokong kesihatan jantung – Menyokong fungsi kardiovaskular dan peredaran darah.
  4. Anti-penuaan – Membantu mengekalkan tahap tenaga seiring peningkatan usia.
  5. Sokong imuniti – Menguatkan sistem pertahanan badan.
  6. Mudah diserap – Diformulasikan untuk penyerapan yang lebih baik.

Cara pengambilan: Ambil 1–3 kapsul sekali sehari bersama atau selepas makan.

Harga: RM85.00

Untuk pembelian, tekan di sini.

9. Shaklee B Complex Plus Vitamin B with Folic Acid

vitamin untuk mengandung

Shaklee B-Complex Plus with Folic Acid ialah suplemen lengkap mesra vegetarian yang mengandungi kesemua 8 vitamin B penting untuk menyokong metabolisme tenaga, mengurangkan tekanan serta menjaga kesihatan sistem saraf.

Ia diformulasikan dengan sistem penghantaran bioaktif yang dipatenkan bagi membantu meningkatkan penyerapan asid folik, sekali gus membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran.

Kelebihannya adalah:

✔ Formula Lengkap. Mengandungi 100% keperluan harian untuk 8 vitamin B utama (B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12).

✔ Asid Folik 400mcg. Menyokong pembentukan sel darah merah dan penting untuk wanita yang merancang kehamilan.

✔ Diperkaya Biotin. Menyokong kesihatan rambut, kulit dan kuku.

Cara Pengambilan: Ambil 1 tablet sehari, sebaiknya bersama makanan.

Harga: RM74.50

Untuk pembelian, tekan di sini.

10. VitaHealth Active CoQ10 Ubiquinol 100mg

vitamin untuk mengandung

VitaHealth Active CoQ10 Ubiquinol 100mg ialah suplemen CoQ10 berkualiti tinggi yang membekalkan 100mg Coenzyme Q10 dalam bentuk Ubiquinol (bentuk aktif dan lebih mudah diserap oleh badan).

Ia diperkaya dengan lecithin dan vitamin E, serta diformulasikan dalam asas lipofilik untuk meningkatkan kadar penyerapan (bioavailabiliti).

Hanya perlu diambil sekali sehari untuk kemudahan penggunaan.

Antara kelebihannya adalah:

  • Meningkatkan penghasilan tenaga pada tahap sel.
  • Menyokong kesihatan jantung dan peredaran darah.
  • Menyokong kesuburan lelaki dan wanita.

Kaneka Ubiquinol™

Menggunakan Kaneka Ubiquinol™, iaitu bentuk CoQ10 tereduksi yang lebih bioavail dan dihasilkan melalui proses penapaian yis yang dipatenkan bagi menjamin keselamatan dan kualiti.

Cara pengambilan: Ambil 1–3 kapsul lembut sayuran sekali sehari selepas makan,.

Harga: RM160.00

Untuk pembelian, tekan di sini.

Vitamin Untuk Mengandung Trimester Pertama

Bila sudah disahkan hamil, keperluan nutrien meningkat.

Vitamin untuk mengandung trimester pertama biasanya fokus pada:

  • Asid folik lebih tinggi.
  • Zat besi mencukupi.
  • Vitamin B6 (kurangkan loya).
  • DHA untuk perkembangan otak.

Ramai ibu alami alahan, jadi pilih suplemen yang:

✔ Tak terlalu besar.
✔ Tak berbau kuat.
✔ Mudah telan.

Vitamin untuk ibu mengandung biasanya akan menggantikan suplemen pre-conception selepas disahkan hamil.

Perlukah Suplemen Tenaga Untuk Ibu Mengandung?

Bila masuk trimester pertama, ramai ibu rasa cepat letih, mengantuk dan kurang tenaga.

Di sinilah suplemen tenaga untuk ibu mengandung boleh membantu.

Biasanya mengandungi:

  • Vitamin B kompleks.
  • Zat besi.
  • Magnesium.

Namun, jangan ambil suplemen tenaga sembarangan.

Pastikan sesuai untuk wanita hamil.

Suplemen tenaga untuk ibu mengandung bukan bertujuan kuruskan badan atau tambah stamina ekstrem, tetapi bantu elakkan anemia dan keletihan melampau.

Cara Pilih Vitamin Untuk Mengandung Yang Sesuai

Berikut cara pilih vitamin mengandung yang sesuai:

1. Pilih Produk Berdaftar KKM

Semak nombor MAL di kotak.

2. Elakkan Dos Terlalu Tinggi

Lebih bukan bermakna lebih bagus.

4. Sesuaikan Dengan Keadaan Badan

Jika ada PCOS, anemia atau tiroid, rujuk doktor dulu.

5. Konsisten Ambil Setiap Hari

Vitamin untuk mengandung hanya berkesan jika diambil secara konsisten.

Bila Waktu Terbaik Ambil Vitamin?

  • Selepas makan (elak loya).
  • Waktu sama setiap hari.
  • Jangan ambil bersama kopi/teh (ganggu penyerapan zat besi).

Vitamin untuk mengandung perlu diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum cuba hamil untuk hasil optimum.

Berapa lama perlu ambil sebelum hamil?

Minimum 3 bulan.

Boleh ke suami ambil juga?

Ya, suami boleh ambil multivitamin lelaki atau zinc untuk kualiti sperma.

Perlu ke ambil jika dah makan sihat?

Diet penting, tapi sukar capai dos asid folik mencukupi hanya melalui makanan.

Kesimpulan

Merancang kehamilan bukan sekadar kira waktu subur.

Badan ibu perlu bersedia dari dalam.

Sebab itu pengambilan vitamin untuk mengandung sangat digalakkan sebelum dan awal kehamilan.

Pemilihan yang betul bukan sahaja meningkatkan peluang hamil, tetapi juga memastikan bayi berkembang dengan sihat sejak minggu pertama.

Jangan tunggu dua garis baru nak mula jaga nutrisi

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

BACA INI SETERUSNYA

Tag artikel