Sebenarnya, normal sangat kalau rasa tak sabar nak badan kembali pulih macam dulu selepas bersalin. Yelah, lepas berbulan-bulan membawa perut dan melalui proses melahirkan yang mencabar, mestilah kita nak rasa segar dan bertenaga semula.

Tapi hakikatnya, proses untuk rahim kembali mengecut dan pulih sepenuhnya memerlukan masa. Sama ada ibu bersalin normal, pembedahan czer, ataupun pernah keguguran, tempoh pemulihan bagi setiap situasi adalah tidak sama.

Sebab itu penting untuk ibu faham perjalanan pemulihan rahim ini. Selain mempengaruhi kesihatan fizikal jangka panjang dan tahap tenaga seharian, ia juga berkait rapat dengan kestabilan hormon serta kitaran haid anda.

Maksud Tempoh Rahim Sembuh Selepas Bersalin

Untuk memahami tempoh rahim sembuh selepas bersalin, kita perlu tahu bagaimana rahim bekerja semasa hamil. Ketika mengandung, rahim membesar hampir 20 kali ganda bagi menampung bayi, uri dan air ketuban.

Selepas melahirkan, rahim tidak terus mengecut serta-merta. Ia mengambil masa berminggu-minggu untuk kembali ke saiz asal.

Biasanya kebanyakan ibu memerlukan 6 hingga 8 minggu untuk lalui tempoh rahim sembuh, tetapi keadaan ini berbeza antara tempoh rahim sembuh selepas bersalin normal, tempoh rahim sembuh bersalin czer, dan tempoh rahim sembuh selepas keguguran.

Proses pengecutan ini dipanggil involution iaitu satu proses yang melibatkan hormon oksitosin, pengecutan otot rahim, dan pembuangan lochia.

Berapa Lama Rahim Kecut Selepas Bersalin?

Soalan pasal rahim kecut ni memang selalu buat ibu risau, lagi-lagi bila perut masih nampak macam pregnant 4 bulan walaupun dah selamat bersalin. Sebenarnya, rahim ambil masa sekitar 6 minggu untuk mengecut semula ke saiz asal.

Hebatnya badan kita, hampir 50% pengecutan tu berlaku pada minggu pertama berpantang. Sebab tu dalam beberapa hari awal ni ibu akan perasan saiz perut mula berubah sedikit demi sedikit.

Ibu yang menyusukan anak pula biasanya beruntung sebab rahim kecut lebih cepat. Bila bayi hisap susu, badan merembeskan hormon oksitosin yang bantu rahim mengecut. Rasa cramp macam senggugut masa menyusu tu sebenarnya petanda bagus rahim tengah ‘bekerja’.

Secara amnya, ibu bersalin normal akan rasa proses ni lebih cepat berbanding ibu czer. Maklumlah, pembedahan czer ada luka pada lapisan dinding rahim, jadi badan perlukan masa ekstra untuk pulih sepenuhnya.

tempoh rahim sembuh selepas bersalin
Berapa lama rahim kecut selepas bersalin?

Tempoh Rahim Sembuh Selepas Bersalin

Selepas bersalin, rahim mengambil masa untuk kembali ke saiz asal dan pulih sepenuhnya. Proses ini dipanggil involusi rahim. Berikut tempoh rahim sembuh selepas bersalin mengikut jenis kelahiran:

Bersalin Normal (6 – 8 Minggu)

Rahim mengambil masa kira-kira 6 hingga 8 minggu untuk kembali ke saiz asal. Pendarahan nifas akan bertukar warna secara beransur-ansur dari merah pekat sehingga menjadi keputihan.

Walaupun luka jahitan luar mula membaik seawal 2-3 minggu, otot dan tisu dalaman rahim masih perlukan rehat secukupnya.

Bersalin Czer (8 – 12 Minggu atau Lebih)

Proses pemulihan lebih lama sebab badan kena sembuhkan beberapa lapisan tisu dan otot perut yang dipotong. Luka parut di luar mungkin nampak dah kering selepas beberapa minggu.

Namun, tisu dalaman rahim dan dinding perut sebenarnya perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk pulih.

Selepas Keguguran (2 – 6 Minggu)

Pendarahan biasanya berlarutan 1 hingga 2 minggu. Rahim ambil masa sekitar 2 hingga 6 minggu untuk mengecut dan stabilkan hormon semula. Rahim mungkin cepat sembuh, tapi emosi ibu dan kitaran haid juga perlukan masa untuk kembali normal.

tempoh rahim sembuh selepas bersalin
Tempoh rahim sembuh selepas keguguran berbeza bagi setiap wanita.

Kenapa Rahim Sakit Selepas Bersalin?

Ramai ibu fikir sakit rahim selepas bersalin adalah tanda sesuatu tidak kena, tetapi kebanyakannya normal. Antara punca kenapa rahim sakit selepas bersalin:

1. Rahim Sedang Mengecut Semula (Involution)

Kenapa rahim sakit selepas bersalin? Jawapannya adalah kerana proses pengecutan rahim untuk kembali ke saiz sebelum hamil. Pengecutan ini menyebabkan rasa mencengkam atau senggugut.

2. Oksitosin Ketika Menyusu Merangsang Sakit

Ketika menyusu bayi, hormon oksitosin dilepaskan. Ini menyebabkan pengecutan rahim yang lebih kuat.

3. Luka Dalaman Selepas Uri Tanggal

Selepas uri dikeluarkan, permukaan rahim meninggalkan luka besar. Proses penyembuhan luka dalaman ini adalah antara punca kenapa rahim sakit selepas bersalin selama beberapa minggu pertama.

4. Pergerakan Berlebihan & Kurang Rehat

Kadangkala ibu rasa sakit lebih kuat bila terlalu aktif atau banyak bergerak. Keadaan ini buat ibu tertanya-tanya kenapa rahim masih sakit selepas bersalin, padahal ia cuma tanda badan belum habis melalui fasa pemulihan.

5. Perubahan Hormon & Tekanan Pada Otot Pelvis

Ketidakseimbangan hormon turut menyumbang kepada rasa mencucuk, sengal atau berdenyut. Ini juga menjadi sebab kenapa rahim sakit selepas bersalin secara berulang, terutamanya dalam minggu pertama.

Bila Ibu Perlu Risau?

Walaupun tempoh rahim sembuh bersalin normalnya lancar, ibu perlu berhati-hati jika:

  • Pendarahan banyak.
  • Bau darah terlalu busuk.
  • Demam tinggi.
  • Sakit perut berpanjangan.
  • Keluar ketulan besar berulang.
  • Luka czer merah atau bernanah.

Ini tanda penyembuhan tidak berjalan normal.

Berapa Lama Berpantang Selepas Bersalin?

Tempoh berpantang tradisional ialah 44 hari, tetapi dari sudut perubatan:

  • 6 minggu adalah fasa critical recovery.
  • 3 bulan untuk pemulihan tenaga dan hormon.
  • 6 bulan untuk pemulihan penuh tubuh dalaman.

Ibu czer dan ibu yang melalui tempoh rahim sembuh bersalin czer biasanya perlukan berpantang lebih panjang daripada ibu normal.

tempoh rahim sembuh selepas bersalin
Berapa lama berpantang selepas bersalin?

Cara Cepatkan Tempoh Rahim Sembuh Selepas Bersalin

Tidak kira ibu melalui tempoh rahim sembuh bersalin normal, tempoh rahim sembuh bersalin czer, atau tempoh rahim sembuh selepas keguguran, ini cara terbaik mempercepatkan pemulihan:

1. Menyusu Badan Dengan Kerap

Penyusuan merangsang hormon oksitosin yang membantu rahim mengecut lebih cepat. Lagi kerap ibu susukan bayi (terutama direct feeding), lagi cepat proses pemulihan berlaku.

2. Banyakkan Rehat & Tidur Yang Cukup

Rahim adalah organ dalaman yang memerlukan masa untuk sembuh. Rehat yang mencukupi membantu tubuh fokus kepada pemulihan luka rahim dan luka kelahiran.

3. Minum Air Yang Cukup

Air membantu melancarkan peredaran darah serta mempercepatkan pembuangan lochia. Bila darah nifas keluar dengan baik, penyembuhan lebih cepat.

4. Makan Makanan Pemulih Dalaman

Pilih makanan berpantang yang bantu pulihkan rahim:

  • Ikan haruan.
  • Kurma.
  • Halia.
  • Sup ayam.
  • Sumber zat besi.
    Nutrisi yang betul mempercepatkan pembaikan tisu dalaman.

5. Elakkan Angkat Berat & Pergerakan Kasar

Pergerakan lasak boleh menekan otot perut dan lantai pelvis, menyebabkan sakit rahim bertambah dan melambatkan pemulihan—lebih penting jika ibu czer.

6. Tuam Perut Secara Selamat

Bertangas atau bertuam boleh melancarkan darah dan memberi kelegaan. Namun, ibu czer perlu elakkan tuam di kawasan luka sehingga benar-benar sembuh.

7. Amalkan Postnatal Massage (Jika Sesuai)

Urutan selepas bersalin membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot tegang dan menyokong proses pengecutan rahim. Pastikan urut dengan bidan bertauliah.

8. Kawal Stress & Emosi

Hormon stress boleh menjejaskan penyembuhan. Sokongan suami, tidur cukup & rutin ringan bantu stabilkan emosi ibu.

9. Elakkan Sembelit

Meneran kuat memberi tekanan pada rahim. Minum air, makan serat dan ambil buah seperti prune untuk elakkan sembelit.

10. Ikut Pemeriksaan Postnatal

Jangan skip check-up antara 1 atau 2 minggu selepas bersalin untuk pastikan rahim mengecut dengan baik dan tiada tanda jangkitan.

Pantang Bersalin Dr Amalina Bakri

Dr. Amalina Bakri kongsi beberapa penjagaan selepas bersalin berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman beliau sendiri sebagai seorang doktor.

Antaranya:

  • Makan & Minum Sihat: Amalkan diet seimbang (banyakkan buah dan sayur, kurangkan gula, garam, dan minyak) serta minum air kosong 2-3 liter sehari. Tak perlu berpantang ayam atau telur kalau tak ada alahan.
  • Bergerak & Rehat: Jangan angkat barang berat lebih dari bayi dalam tempoh 6 minggu pertama. Untuk bersalin normal, boleh mula senaman ringan macam jalan kaki atau senaman lantai pelvis (Kegel) bila rasa bersedia, tapi senaman berat tunggu lepas 6 minggu.
  • Jaga Kebersihan Luka: Pastikan kawasan intim atau luka C-section sentiasa bersih dan kering. Mandi macam biasa setiap hari, tukar pad setiap 3-4 jam, dan pakai pakaian yang selesa.
  • Emosi & Hubungan Intim: Rehatkan badan dan elakkan hubungan seks sekurang-kurangnya 6 minggu atau sampai darah nifas berhenti. Paling penting, jaga mental, jangan stress, dan minta sokongan suami serta keluarga.

Urutan Rahim Selepas Bersalin

Dr. Izzat menjelaskan bahawa masyarakat perlu hentikan amalan urutan sengkak rahim selepas bersalin. Hal ini kerana rahim akan mengecut secara automatik (uterine involution) tanpa perlukan sebarang produk atau ubat.

Selepas 48 jam bersalin, rahim masih boleh terasa di paras pusat, tetapi selepas 14 hari ia sudah masuk ke posisi asal di belakang tulang pubis dan tidak lagi terasa apabila ditekan.   

Dalam masa 6 minggu, berat rahim akan susut daripada 1 kg kepada 50-150 gram dan kembali hampir ke saiz asal. Sepanjang proses ini, ibu mungkin akan rasa cramping (senggugut), dan amalan menyusukan bayi (breastfeeding) sangat membantu mempercepatkan pengecutan tersebut.   

Justeru, urut rahim, sengkak, atau produk untuk mengecutkan rahim tidak diperlukan kerana badan wanita boleh melakukannya dengan jayanya. Jika mahu berurut sekadar untuk sedap badan, ia dibenarkan, asalkan bahagian abdomen langsung tidak diusik

Kesimpulan

Secara ringkas, tempoh rahim sembuh adalah proses penting yang setiap ibu perlu faham supaya tidak memaksa diri terlalu awal.

Sama ada ibu melalui tempoh rahim sembuh bersalin normal, tempoh rahim sembuh bersalin czer, ataupun tempoh rahim sembuh selepas keguguran, tempoh pemulihan setiap orang berbeza bergantung kepada keadaan tubuh, hormon, dan tahap rehat.

Paling penting, jangan bandingkan diri dengan ibu lain. Yang utama ialah beri masa kepada tubuh untuk pulih secara semula jadi, perlahan-lahan tetapi pasti.

Rasa artikel ni bermanfaat? Jangan lupa share dengan suami atau ibu-ibu lain kat luar sana supaya semua orang lebih peka dan faham tentang proses pemulihan rahim.

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

8 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Postpartum
  2. Physiology, Postpartum Changes
  3. Postpartum care: What to expect after a vaginal birth
  4. Your body after the birth
  5. After Your Delivery (the Postpartum Period): Care Instructions
  6. Your changing body
  7. 9 Tips Penjagaan Selepas Bersalin untuk Cepat Sembuh
  8. Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar Mengandung Balik Rahim Ibu Terkoyak Boleh Berlaku

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.