Ramai ibu mula tertanya-tanya tentang sukatan makanan bayi 6 bulan bila si kecil dah mula menunjukkan minat pada makanan.
Dan masa inilah banyak soalan muncul seperti “Berapa bulan baby boleh makan?”, “Makanan pertama bayi 6 bulan apa yang sesuai?”, sampai la ke “Berapa kali bayi makan usia 6 bulan?”
Semua ini normal, sebab fasa memperkenalkan makanan pejal ni memang satu perjalanan baru yang penuh excitement.
Dalam artikel ini, kami akan terangkan dengan santai dan mudah supaya ibu ayah tak pening.
Jom baca!
Berapa Bulan Baby Boleh Makan?
Soalan “Berapa bulan baby boleh makan?” adalah antara soalan paling popular.
Jawapannya: 6 bulan, seperti saranan WHO & KKM.
Sebelum umur 6 bulan, sistem pencernaan bayi masih belum matang dan lebih sesuai menerima nutrisi daripada susu ibu atau susu formula.
Tanda bayi dah bersedia makan pun biasanya akan mula kelihatan sekitar umur ini:
- Baby dah boleh duduk dengan sokongan.
- Leher kuat, kepala stabil.
- Mula memandang dan “mengunyah” bila tengok orang makan.
- Hilang refleks menjelir lidah.
- Minat terhadap makanan meningkat.
Walaupun begitu, setiap bayi berkembang dengan kadar berbeza.
Jadi umur hanyalah panduan – tengok readiness cues juga penting.
Makanan Pertama Bayi 6 Bulan

Bila dah tiba masanya, ibu ayah biasanya mula fikir: “Makanan pertama bayi 6 bulan apa yang sesuai?”.
Jawapannya: pilih makanan bayi 6 bulan yang ringkas, mudah hadam & rendah risiko alergi.
Antara pilihan terbaik:
a) Puree Buah
Ini antara pilihan paling mudah, sedap dan lembut untuk bayi.
Contoh buah yang boleh dimakan bayi 6 bulan:
- Pisang.
- Epal.
- Pir.
- Betik.
- Avocado (paling kaya lemak sihat).
Tekstur kena sangat lembut ya!
Ikut guideline “smooth puree” dulu.
b) Puree Sayur
Sayur pun sesuai untuk jadi makanan pertama bayi kerana kaya vitamin & mineral.
Contoh:
- Ubi keledek.
- Lobak merah.
- Labu.
- Brokoli (stim lebih lama supaya lembut).
c) Bijirin Bayi (Infant Cereal)
Pilih jenis iron-fortified sebab bayi perlu lebih zat besi bila umur 6 bulan.
d) Bubur nasi yang dilenyek halus
Kalau nak bagi bubur pun boleh, asalkan tekstur sangat cair masa mula-mula.
Berapa Sukatan Makanan Bayi 6 Bulan?

Ini soalan paling penting: “Berapa sukatan makanan bayi 6 bulan?”
Untuk umur ini, makanan hanyalah pengenalan, bukan sumber nutrisi utama.
Jadi sukatan makanan bayi 6 bulan harus bermula dengan sangat sedikit.
Sukatan Makanan Bayi 6 Bulan Minggu 1 / Permulaan):
- 1–2 sudu kecil (teaspoon) sekali makan.
- Tekstur smooth puree, bukan kasar.
- Bagi perlahan-lahan, ikut reaksi bayi.
Kalau baby tunjuk minat lagi, boleh tambah sedikit.
Tapi kalau baby tutup mulut, tolak sudu, atau gelisah – stop dulu.
Baby bukan lapar sangat pun, ini cuma sesi “kenal makanan”.
Sukatan Makanan Bayi 6 Bulan Minggu 2-4:
- 1–2 sudu besar (tablespoon).
- Boleh cuba 1–2 jenis makanan sehari.
- Mula pelbagaikan sayur & buah.
Masuk hujung bulan (Sukatan Makanan Bayi 6 Bulan Penuh):
- ¼ hingga ½ cawan setiap hidangan.
- Tekstur mula lebih pekat, tapi masih lembut.
Sukatan ni fleksibel ya.
Bila bercakap tentang sukatan makanan bayi 6 bulan, yang lebih penting ialah respon bayi.
Jangan paksa bayi habiskan makanan – bila baby kenyang, dia akan berhenti.
Berapa Kali Bayi Makan Usia 6 Bulan?
Ibu juga selalu tanya: “Berapa kali bayi makan usia 6 bulan?” atau “Berapa kali bagi bayi 6 bulan makan?”.
Jawapannya: 1–2 kali sehari semasa awal pengenalan.
Panduan mudah:
Minggu 1:
→ 1 kali sehari (contoh: waktu tengah hari bila baby tak mengantuk).
Minggu 2:
→ 1–2 kali sehari.
Minggu 3 & 4:
→ 2 kali sehari (contoh: pagi & tengah hari).
Bila masuk 7 bulan nanti barulah jadual makan akan meningkat ke 3 kali sehari.
Jangan lupa: susu ibu / susu formula masih sumber nutrisi utama.
Makanan pejal sekarang cuma “pembelajaran”.
Buah yang Boleh Dimakan Bayi 6 Bulan

Topik buah memang selalu buat ibu tertanya-tanya.
Jadi di sini saya himpunkan senarai buah yang boleh dimakan bayi 6 bulan dengan tekstur yang sesuai.
Buah sesuai:
- Pisang (lenyek halus).
- Avocado (lemak sihat & creamy).
- Epal (stim dulu baru blend).
- Betik (senang hadam).
- Pir (stim dan blend).
- Mangga masak (manis semula jadi).
Cara penyediaan selamat:
- Pastikan lembut & mudah ditelan.
- Jangan tambah gula, garam atau madu (honey bahaya untuk umur bawah 1 tahun).
- Perkenalkan satu jenis buah selama 2–3 hari untuk lihat reaksi alergi.
Contoh Jadual Harian Sukatan Makanan Bayi 6 Bulan
Contoh ini sesuai kalau nak ikut rutin:
Hari 1–3:
- Sarapan: Tiada (susu sahaja).
- Tengah hari: 1–2 sudu kecil puree labu.
- Petang: Susu seperti biasa.
Hari 4–7:
- Sarapan: 1 sudu kecil puree pisang.
- Tengah hari: 1–2 sudu kecil puree ubi keledek.
Minggu kedua:
- Sarapan: 1 sudu besar puree avocado.
- Tengah hari: 1 sudu besar bubur nasi cair.
Minggu ketiga & keempat:
- Sarapan: 1–2 sudu besar puree buah.
- Tengah hari: 2 sudu besar puree sayur.
- Petang: Susu.
Ini hanya contoh asas.
Bila dah dapat rentak, ibu boleh tambah tekstur, variasi dan kuantiti.
Baca juga:
Tips Penting Semasa Perkenalkan Makanan Pejal
Supaya perjalanan makan bayi lebih smooth, ini beberapa tips:
✔ Introduce satu makanan dalam satu masa
Elak campur banyak bahan masa awal supaya mudah pantau alergi.
✔ Jangan paksa baby makan
Baby makan ikut selera dan readiness mereka.
✔ Mulakan ketika baby aktif & tak mengantuk
Masa terbaik selalunya selepas nap.
✔ Susu tetap utama
Walaupun kita bagi makanan, bayi tetap perlu 500–700ml susu sehari pada umur 6 bulan.
✔ Jangan guna walker atau baring sambil makan
Baby mesti dalam posisi tegak.
✔ Jangan tinggalkan baby sendirian
Sentiasa perhatikan risiko choking.
Kesimpulan
Secara ringkas, sukatan makanan bayi 6 bulan adalah sangat kecil pada awalnya, sekitar 1–2 sudu kecil sahaja.
Yang penting bukan banyak mana baby makan, tapi bagaimana baby belajar rasa, tekstur dan skill makan.
Bila ibu ayah tahu makanan pertama bayi 6 bulan apa yang sesuai, berapa kali bayi makan usia 6 bulan, serta buah yang boleh dimakan bayi 6 bulan, proses makanan pejal bayi akan jadi lebih tenang dan menyeronokkan.
Ingat: setiap bayi unik.
Ikut panduan menu makanan bayi 6 bulan KKM, tapi tetap dengar bahasa tubuh anak sendiri.



