Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir, Elak Puting Sakit & Susu Tersumbat

Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir, Elak Puting Sakit & Susu Tersumbat

Cara menyusukan bayi baru lahir adalah perkara asas yang sangat penting untuk ibu faham sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Walaupun nampak semula jadi, hakikatnya ramai ibu terutama first time mom akan rasa kekok, risau bayi tak kenyang atau takut buat silap.

Sebenarnya, penyusuan adalah proses yang ibu dan bayi belajar bersama.

Dalam beberapa hari pertama, mungkin ada sedikit cabaran, tapi bila ibu dah faham teknik yang betul, semuanya akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Artikel ini akan bantu ibu faham step-by-step cara menyusukan bayi baru lahir dengan lebih yakin dan tenang.

Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir

Untuk pastikan bayi dapat susu secukupnya, ibu perlu kuasai cara menyusukan bayi baru lahir dengan betul.

Ini bukan sekadar letak bayi pada breast, tetapi melibatkan posisi dan teknik yang tepat.

1. Mulakan Penyusuan Awal

Penyusuan bayi sebaiknya dimulakan dalam 1 jam pertama selepas kelahiran.

Ini dipanggil “golden hour”.

Kebaikannya:

  • Merangsang hormon susu (oxytocin & prolactin).
  • Membantu bayi belajar menyusu lebih cepat.
  • Menguatkan bonding ibu dan bayi.

Kolostrum (susu awal) walaupun sedikit, sangat kaya dengan antibodi untuk melindungi bayi.

2. Skin-to-Skin Contact Juga Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir

Sentuhan kulit ke kulit sangat membantu dalam cara menyusukan anak baru lahir.

Kelebihannya:

  • Bayi lebih tenang dan kurang menangis.
  • Membantu bayi mencari puting secara semula jadi.
  • Menstabilkan suhu badan dan pernafasan bayi.

Amalan ini sangat digalakkan terutama dalam beberapa hari pertama kelahiran.

cara menyusukan bayi baru lahir
Cara menyusukan bayi baru lahir dengan betul bermula dari lekapan yang tepat.

3. Jangan Risau Tentang Jumlah Susu

Ramai ibu risau susu tak cukup, tapi sebenarnya:

  • Perut bayi baru lahir sangat kecil.
  • Kolostrum yang sedikit sudah mencukupi.

Yang penting adalah kekerapan penyusuan, bukan jumlah susu yang keluar.

Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir 4. Posisi Menyusu Yang Betul

Cara menyusukan bayi baru lahir yang seterusnya adalah posisi menyusu yang betul.

Antara posisi menyusu yang sesuai:

  • Cradle hold (paling biasa digunakan).
  • Cross cradle (mudah kawal kepala bayi).
  • Football hold (sesuai untuk ibu czer atau payudara besar).
  • Side-lying (sesuai untuk ibu rehat sambil menyusu).

Penting untuk ibu pastikan:

  • Kepala, leher dan badan bayi dalam satu garis lurus.
  • Badan bayi menghadap ibu (tummy to tummy).
  • Mulut bayi betul-betul menghadap puting, bukan perlu pusing kepala.

Jika posisi tidak betul, bayi mungkin susah nak latch, cepat penat, dan ibu pula akan rasa sakit.

Posisi yang betul adalah asas penting dalam cara menyusukan bayi baru lahir.

5. Teknik Latch Yang Betul Antara Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir

Latch adalah cara bayi melekap pada breast.

Ini sangat penting dalam cara menyusukan bayi dengan betul.

Tanda latch yang betul:

  • Mulut bayi terbuka luas seperti menguap.
  • Bibir bayi terkeluar (flanged out).
  • Dagu bayi menyentuh breast.
  • Bunyi hisapan perlahan dan konsisten.

Jika latch salah:

  • Ibu akan rasa pedih atau luka.
  • Bayi tidak dapat susu secukupnya.
  • Penyusuan jadi tidak efektif.

Jadi ibu boleh cuba betulkan latch dengan memasukkan lebih areola ke dalam mulut bayi, bukan hanya puting sahaja.

cara menyusukan bayi baru lahir
Cara menyusukan bayi yang baru lahir bantu tingkatkan penghasilan susu ibu.

Berapa Jam Sekali Bayi Baru Lahir Minum Susu?

Soalan popular ibu: Berapa jam sekali bayi baru lahir minum susu?

Kekerapan Penyusuan

Secara umumnya, berapa jam sekali bayi baru lahir minum susu adalah:

  • Setiap 2 hingga 3 jam sekali.
  • 8 hingga 12 kali sehari.

Ini termasuk waktu malam.

Walaupun penat, penyusuan malam sangat penting untuk merangsang penghasilan susu.

Dalam memahami berapa jam sekali bayi baru lahir minum susu, ibu tidak digalakkan tunggu bayi menangis kerana itu tanda bayi sudah terlalu lapar.

Tanda Awal Bayi Lapar

Antara tanda awal:

  • Menghisap jari atau tangan.
  • Mulut mencari-cari.
  • Menggerakkan kepala kiri kanan.

Jika ibu respon awal, bayi akan menyusu dengan lebih tenang.

Cara Kejutkan Bayi Untuk Menyusu

Kadang-kadang kan, bayi tidur lena sangat sampai kita tengok pun rasa sayang nak kejut.

Tapi dalam masa sama risau sebab dia belum menyusu lagi.

Sebab tu penting tahu cara kejutkan bayi untuk menyusu supaya bayi cukup susu dan tak skip feeding, terutama untuk newborn.

Jangan risau, kita tak perlu kejut kasar dan kena tahu cara menyusukan bayi baru lahir yang betul.

Ada cara lembut yang boleh buat bayi bangun perlahan-lahan:

1. Belai-Belai Manja Dulu

Cuba gosok kaki, tangan atau pipi bayi perlahan-lahan.

Biasanya bayi akan mula gerak sikit atau buat muka comel tanda dia dah masuk fasa tidur ringan.

Masa ni lah peluang terbaik guna cara kejutkan bayi untuk menyusu tanpa buat dia terkejut.

2. Tukar Lampin

Ini antara “trick” paling power!

Bila buka lampin, bayi akan rasa sedikit sejuk dan mula terjaga.

Lepas tu terus boleh sambung menyusu.

Memang antara cara kejutkan bayi untuk menyusu yang ramai ibu guna setiap hari.

3. Buka Selimut Sikit

Kalau bayi terlalu selesa, memang dia akan tidur panjang.

Cuba buka selimut atau longgarkan baju sikit.

Tak perlu sampai kesejukan, cukup bagi dia rasa perubahan ringan je.

Ini juga cara kejutkan bayi untuk menyusu yang sangat lembut dan natural.

4. Dukung Perlahan

Kalau bayi tidur dan masih tak bangun, cuba angkat dan dukung si manja perlahan-lahan.

Kadang-kadang pergerakan kecil macam ni dah cukup untuk buat dia sedar dan buka mata.

Memang berkesan kalau bayi jenis “deep sleeper”.

5. Sentuh Bibir Baby

Ni trick best ramai ibu tak tahu.

Sentuh bibir bayi dengan puting atau jari bersih.

Selalunya bayi akan terus buka mulut atau mula hisap walaupun mata masih pejam.

Ini salah satu cara kejutkan bayi untuk menyusu paling mudah dan cepat.

Baca juga:

Pam Susu Berapa Minit Baru Efektif? Ini Tempoh Ideal Untuk Ibu Selesa

Bengkak Susu Apa Perlu Buat Bila Payudara Keras & Sakit? Ini Solusinya!

Nak Merancang Keluarga Dengan Selamat? Ini Pilihan Ubat Tak Nak Mengandung

Tanda Bayi Kenyang Menyusu

Dalam cara menyusukan bayi baru lahir, ibu juga perlu tahu tanda bayi cukup susu.

Tanda Bayi Kenyang

  • Bayi berhenti menyusu sendiri.
  • Badan bayi nampak relaks.
  • Bayi mudah tertidur selepas menyusu.

Ini tanda bayi sudah puas menyusu.

Tanda Susu Cukup

  • Lampin basah 6–8 kali sehari.
  • Najis bayi normal (kuning lembut).
  • Berat badan meningkat.

Jika tanda ini ada, ibu tak perlu risau walaupun susu nampak sedikit.

Tips Mudah Untuk Ibu Berjaya Menyusukan Bayi

Untuk memastikan cara menyusukan bayi baru lahir berjalan lancar, ibu boleh ikut tips ini:

1. Kerapkan Penyusuan

Lebih kerap bayi menyusu:

  • Lebih banyak susu dihasilkan.
  • Payudara tidak mudah bengkak.

2. Minum Air & Makan Seimbang

Pemakanan ibu sangat penting:

  • Air secukupnya.
  • Protein dan nutrisi lengkap.

Ini membantu meningkatkan kualiti susu.

3. Rehat Secukupnya

Walaupun susah, cuba rehat bila bayi tidur.

Keletihan boleh ganggu penghasilan susu.

4. Elakkan Stres

Stres berlebihan boleh mengganggu hormon susu.

Cuba relaks dan yakin dengan diri sendiri.

5. Dapatkan Bantuan

Jika ibu keliru:

  • Jumpa nurse atau lactation consultant.
  • Minta bantuan suami atau keluarga.

Ini sangat membantu dalam perjalanan cara menyusukan bayi yang baru lahir.

cara menyusukan bayi baru lahir
Berapa jam sekali bayi baru lahir minum susu?

Cabaran Biasa Dalam Menyusukan Bayi Baru Lahir

Dalam realiti, cara menyusukan anak baru lahir memang ada cabaran.

1. Puting Sakit atau Luka

Biasanya disebabkan:

  • Latch tidak betul.
  • Posisi salah.

Solusi:

  • Betulkan teknik latch.
  • Gunakan nipple cream jika perlu.

2. Susu Lambat Keluar

Normal dalam beberapa hari pertama.

Teruskan penyusuan kerap untuk merangsang susu.

3. Bayi Menolak Menyusu

Punca mungkin:

  • Bayi mengantuk.
  • Bayi tidak selesa.
  • Latch tidak betul.

Ibu boleh cuba ubah posisi atau kejutkan bayi perlahan.

4. Breast Bengkak (Engorgement)

Jika susu tidak dikeluarkan:

  • Breast jadi keras dan sakit.
  • Bayi susah latch.

Solusi:

Semua cabaran ini adalah normal dan boleh diatasi dengan ilmu dan kesabaran.

Kesimpulan

Kesimpulannya, cara menyusukan bayi baru lahir memerlukan sedikit ilmu, latihan dan kesabaran.

Ibu tidak perlu sempurna dari hari pertama, kerana penyusuan adalah proses pembelajaran antara ibu dan bayi.

Bila ibu faham:

  • Posisi dan latch yang betul.
  • Kekerapan penyusuan.
  • Tanda bayi kenyang.

InsyaAllah perjalanan penyusuan akan jadi lebih mudah, lancar dan penuh momen indah bersama bayi.

Kalau ibu rasa artikel ini membantu, jangan lupa kongsikan dengan kawan atau keluarga yang baru bersalin

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

BACA INI SETERUSNYA

Tag artikel