Baru nak tarik nafas lega dapat bersalin dan keluar wad, tiba-tiba diuji pula bila jururawat maklumkan bayi ada kuning. Masa ni, hilang terus rasa teruja sebab kepala dah fikir macam-macam termasuklah berapa bacaan kuning bayi yang normal.
Kenapa jaundice ini berlaku secara tiba-tiba sedangkan masa bayi lahir nampak sihat sahaja? Berapa hari pula nak kena angkut bayi ulang-alik ke klinik untuk ambil darah dan tunggu keputusan ujian?
Dalam keadaan badan penat berpantang dan emosi yang kurang stabil, timbul pula tekanan luar yang menyaran untuk mencuba pelbagai petua hilangkan kuning bayi dengan cepat.
Sebenarnya, ibu ayah tak perlu panik dulu. Hakikatnya, sekitar 60% hingga 70% bayi baru lahir memang akan lalui fasa jaundis ni. Dalam kebanyakan kes, bacaan kuning bayi yang normal akan turun sendiri bila penyusuan berjalan lancar.
Apa Maksud Bacaan Kuning & Bagaimana Ia Diukur?
Bilirubin sebenarnya pigmen kuning yang terhasil bila sel darah merah dalam badan terurai secara semula jadi.
Proses ni memang berlaku pada semua orang cuma bezanya organ hati bayi baru lahir masih belum cukup matang nak proses bilirubin tu dengan cepat. Sebab tulah masuk hari kedua atau ketiga lahir, kulit si comel mula nampak makin kuning.
Bila bawa pergi klinik, doktor takkan cakap “bacaan kuning bayi yang normal kena bawah angka sekian” secara melulu. Kenapa? Sebab tak ada bacaan nombor yang terpakai untuk semua bayi.
Doktor akan ukur paras bilirubin (dalam unit µmol/L) dan padankan dengan graf khas mengikut umur bayi. Biasanya ia mengambil kira jam kelahiran, bukannya hari sahaja. Berat bayi dan sama ada dia lahir cukup bulan atau pramatang pun memainkan peranan besar.
Lagi satu perkara penting, pemantauan jadi lebih ketat kalau bayi anda ada masalah G6PD deficiency. Bayi G6PD ni lebih ‘sensitif’, jadi sel darah merah mereka lebih mudah pecah.
Untuk kes macam ni, doktor ada jadual rujukan berasingan dan ibu ayah memang kena lebih berwaspada sebab paras kuning mereka boleh mendadak naik dalam masa yang singkat.

Bacaan Kuning Bayi Yang Normal Mengikut Umur Hari
Secara umumnya, doktor dan jururawat akan memantau paras jaundis ini mengikut umur hari dan jam kelahiran si manja untuk memastikan ia kekal berada dalam julat yang selamat:
- Hari 1 (24 Jam Pertama): Paras bilirubin sepatutnya berada di bawah 5 mg/dL (85 µmol/L). Jika kuning mula kelihatan pada hari pertama, ia dianggap tidak normal dan memerlukan pemeriksaan segera oleh doktor.
- Hari 2 (24-48 Jam): Bacaan yang masih dianggap selamat biasanya di bawah 10 mg/dL (170 µmol/L).
- Hari 3 hingga 5 (Fasa Kemuncak): Bacaan biasa berada di bawah 12 mg/dL (205 µmol/L). Fasa ini merupakan waktu paras kuning biasanya berada di kemuncak sebelum mula menurun secara berperingkat.
- Hari 7 dan Ke Atas: Paras bilirubin sepatutnya mula menunjukkan penurunan secara konsisten ke paras di bawah 10 mg/dL.
Namun, ada juga situasi di mana bacaan kuning bayi masih tak turun walaupun dah masuk minggu ketiga.
Keadaan ini dipanggil prolonged jaundice. Ia adalah masalah kuning yang berlanjutan melebihi 14 hari untuk bayi cukup bulan atau lebih 21 hari bagi bayi pramatang.
Kebanyakan kes begini sebenarnya berpunca daripada breastmilk jaundice (kuning disebabkan komponen dalam susu ibu) yang secara umumnya tidak berbahaya.

Bacaan Kuning Bayi G6PD
Bayi yang disahkan mengalami kekurangan enzim G6PD (G6PD deficiency) memerlukan perhatian dan pemantauan yang jauh lebih ketat.
G6PD ialah sejenis enzim dalam sel darah merah yang berfungsi melindungi sel tersebut daripada mudah rosak atau pecah (hemolisis).
Apabila bayi kekurangan enzim ini, sel darah merah mereka jadi sangat rapuh. Jika terdedah kepada pencetus tertentu, sel darah akan pecah dengan banyak secara mendadak dan sekali gus paras bilirubin naik terlampau cepat.
Berikut beberapa perkara tentang bacaan kuning bayi G6PD.
1. Kuning Lebih Mudah Naik & Lebih Cepat
Bayi G6PD biasanya akan ada bacaan yang lebih tinggi pada awal hari kelahiran, jadi kawalan lebih rapi diperlukan.
2. Graf Khas Bilirubin Untuk G6PD
Rawatan biasanya bermula lebih awal jika bacaan menghampiri julat tinggi walaupun bayi masih kecil (contoh: 250-300 µmol/L pada hari 2-3).
3. Bila Bacaan Menjadi Bahaya?
- ≥ 300 µmol/L: perlukan pemantauan rapi.
- ≥ 350 µmol/L: biasanya perlukan fototerapi segera.
- ≥ 400 µmol/L: risiko komplikasi (contoh: kernikterus) meningkat dengan ketara
4. Bayi G6PD Dipantau Kerap
Pemantauan lebih kerap membantu elakkan bilirubin naik terlalu cepat tanpa disedari.
Kenapa Bayi Kena Kuning?
Bayi kena kuning (jaundice) berlaku apabila bilirubin dalam darah naik. Bilirubin ialah bahan berwarna kuning yang terhasil apabila sel darah merah bayi pecah.
Hampir 60% bayi cukup bulan dan 80% bayi pramatang akan mengalami kuning kerana badan mereka masih belum matang.
1. Hati Bayi Belum Matang
Ini sebab utama terutama bayi yang lahir cukup bulan.
2. Bayi Kurang Menyusu
Bilirubin tidak dapat dibuang melalui najis dengan baik. Soalan seperti berapa lama bayi kena kuning sering timbul jika kurang menyusu lancar.
3. Darah Ibu & Bayi Tak Serasi
Ketidakserasian ABO atau Rh boleh menyebabkan bilirubin naik lebih cepat.
4. Bayi Lahir Awal (Pramatang)
Hati lebih lambat matang, jadi risiko tinggi. Bacaan biasanya dinilai berbeza daripada bacaan normal demam kuning bayi.
5. Bayi G6PD
Bilirubin boleh naik secara mendadak. Sebab itu bacaan normal kuning bayi G6PD perlu dipantau rapat.
6. Lebam Semasa Lahir
Lebam meningkatkan pecahan sel darah merah.
Tanda Kuning Bayi Masih Normal
Ibu ayah boleh melihat sendiri sama ada kuning bayi masih dalam keadaan selamat atau tidak selain bergantung pada bacaan bilirubin.
Tanda-tanda bacaan kuning bayi yang normal termasuk:
1. Kuning Hanya Di Muka dan Dada
Jika kuning turun hingga ke paha, bacaan mungkin lebih tinggi daripada bacaan normal demam kuning bayi.
2. Bayi Aktif & Kuat Menyusu
Jika menyusu lemah atau mengantuk berlebihan, doktor akan menilai semula.
3. Kerap Buang Air Besar dan Najis Warna Kuning Mustard
Ini membantu mengeluarkan bilirubin. Jika kurang buang air besar, ibu ayah akan mula tertanya berapa lama bayi kena kuning.
4. Air Kencing Jernih
Tanda bayi tidak dehidrasi.
5. Kuning Semakin Pudar Selepas Hari ke-5
Ini menunjukkan trend menurun seperti dalam garis panduan bacaan normal demam kuning bayi.
Adakah Susu Kambing Sesuai Untuk Bayi Kuning?
Ramai ibu ayah tertanya-tanya: Adakah susu kambing sesuai untuk bayi kuning? Jawapannya tidak digalakkan untuk bayi bawah 6 bulan.
Sebabnya:
• Susu kambing tidak seimbang dari segi nutrisi untuk bayi baru lahir.
• Risiko dehidrasi meningkat.
• Tidak membantu turunkan kuning.
• Tidak termasuk dalam rawatan kuning.
Soalan adakah susu kambing sesuai untuk bayi kuning memang sering timbul tetapi penyelesaian sebenar tetap bergantung pada penyusuan yang mencukupi dan pemantauan bacaan bilirubin.
Doktor atau jururawat pasti tetap merujuk kepada bacaan normal demam kuning bayi, keadaan penyusuan dan pola pembuangan najis bayi, bukan kepada jenis susu kambing.

Berapa Lama Bayi Kena Kuning?
Soalan berapa lama bayi kena kuning? Sebenarnya tiada satu jawapan yang sama untuk semua bayi. Secara umum:
1. Bayi Cukup Bulan
Kuning biasanya hilang dalam 7-14 hari.
2. Bayi Pramatang
Boleh mengambil masa sehingga 3 minggu atau lebih lama.
3. Bayi G6PD deficiency
Tempoh biasanya lebih panjang kerana bergantung kepada bacaan normal kuning bayi G6PD yang berubah dengan cepat.
4. Kuning Sebab Penyusuan Kurang Lancar
Tempoh boleh berlanjutan jika bayi tidak mendapat susu mencukupi. Walaupun begitu, jawapan kepada berapa lama bayi kena kuning? Ia tetap bergantung pada bacaan bilirubin dan pemerhatian doktor.
Pantang Larang Bayi Kuning
Dr. Raihana Ismail menjelaskan bahawa pesanan orang tua-tua supaya ibu mengandung tidak makan atau memakai baju berwarna kuning kerana takut bayi terkena demam kuning (jaundice) hanyalah mitos semata-mata.

Sebenarnya, demam kuning adalah satu keadaan yang sangat biasa dan berlaku pada hampir 50 hingga 60 peratus bayi baru lahir. Hal ini kerana hati mereka masih belum cukup matang untuk memproses bilirubin, iaitu pigmen kuning daripada pecahan sel darah merah.
Tambah beliau lagi, secara perubatan memang tiada sebarang bukti yang mengaitkan makanan atau pakaian berwarna kuning dengan masalah jaundice pada bayi.
Malah kunyit itu sendiri mempunyai banyak manfaat kesihatan asalkan diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Walaupun pesanan tersebut sering disampaikan oleh orang tua dengan niat yang baik berdasarkan pemerhatian lama, kita sebagai masyarakat moden harus bijak menapis antara mitos dan fakta dengan merujuk kepada ilmu perubatan yang sahih.
Cabaran Menjaga Bayi Baru Lahir
Masa anak baru lahir, memang banyak cabaran yang ibu ayah kena hadap dan Dr. Redza Zainol ada menyenaraikan 3 perkara utama yang paling kerap dikesan.
Pertama adalah jangkitan kuman paru-paru di mana bayi susah bernafas (nafas laju, muka biru, dada berombak). Keadaan ini perlu bantuan segera kerana kekurangan oksigen walaupun 4 minit boleh cederakan otak.

Kedua ialah jaundice (kuning). Paling membimbangkan jika berlarutan lebih 14 hari bagi bayi cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang, memerlukan pemeriksaan lanjut di hospital.
Ketiga adalah selesema dan batuk. Memandangkan bayi bernafas guna hidung sepenuhnya dan KKM melarang ubat selesema untuk bayi bawah 2 tahun, ibu ayah boleh gunakan normal saline atau alat sedut hingus (nasal aspirator).
Dr. Redza mengingatkan ramai ibu ayah tersilap sangka bayi akan terus sihat tanpa ilmu penjagaan yang betul, hingga ada yang terlepas pandang dan hanya membiarkan anak sakit di rumah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah jaundis pada minggu awal kelahiran adalah fasa biasa yang jarang memberi komplikasi jika dipantau dengan betul.
Sebagai rujukan, ibu ayah perlu memastikan:
- Semak bacaan kuning bayi yang normal mengikut umur hari dan jam kelahiran bayi.
- Beri perhatian ekstra jika bayi disahkan mempunyai kekurangan enzim G6PD.
- Utamakan penyusuan yang lebih kerap dan jauhi petua berisiko seperti bagi susu kambing.
- Dapatkan pemeriksaan doktor jika kuning berlanjutan melebihi 14 hari.
Dapat sesuatu daripada artikel bacaan kuning bayi yang normal ini? Tekan butang share dan kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan ibu ayah yang lain.
9 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.